Friday, 30 March 2012

Umno Larut ajar orang jadi bodoh

Konvoi bermotosikal yang dianjurkan pemuda BN Larut pada 25 mac yg lalu seolah-olah kebal dari tindakan undang2 apabila didapati terdapat daripada peserta konvoi yg tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal namun pihak polis dilihat seolah-olah takut untuk bertindak kepada mereka2 yang terlibat..

Apa yang amat dikesalkan,terdapat juga peserta yg baru berusia belasan tahun yang secara jelas tiada lesen memandu diberi kebenaran oleh pihak penganjur untuk terlibat dalam acara konvoi tersebut.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak,Ustaz Akmal Kamaruddin yg kebetulan terserempak dengan beberapa orang remaja yg menyertai konvoi tersebut turut ditempelak ketika cuba menasihati mereka.

“Apa nak takut tak ada lesen ustaz,kan konvoi Umno ni,Polis pun Umno yg bayar gaji”.Jawab seorang remaja.

Haha,komen aku,tahniah diucapkan kepada Umno kerana berjaya memperbodohkan budak2 remaja ni.Lagi ramai org yg berjaya dibodohnya kamu,lagi lama la nampaknya Umno boleh pegang kerusi Parlimen atau Dun2 Kat Larut ni..Itu yang dimahukan mereka sebenarnya..

Kepada pihak polis,dengar baik2..Sedarlah bahawa maruah anda kini sedang dipijak-pijak dengan sewenang-wenangnya oleh Umno.Sampai bila anda mahu terus menjadi hamba abdi yang terpaksa turut dan akur dengan kehendak Umno????? Terpaksa mengunci mulut tatkala maruah anda sedang diinjak-injak oleh mereka.


"POLIS TAKUT KEPADA UMNO"..Itulah yg cuba diasak oleh mereka ke dalam pemikiran seluruh rakyat hari ini.Takkan itu pun tak sedar lagi.





Ini program UMNO... Siapa berani kacau...tak pakai 

helmet pun tak apa.





Wednesday, 28 March 2012

Seleweng tanah orang miskin,masyarakat Larut perlu bangkit hukum UMNO


Oleh:Mohamad Shukri Abd Hamid


Larut: Masyarakat di kawasan ini digesa supaya membuat perubahan pada pilihan raya akan datang agar mereka tidak lagi menjadi mangsa penipuan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Larut,Mohd Shaiful Lizam Yusof (gambar) ketika ditemui baru-baru ini.

Jelasnya,ini berikutan terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wujud satu komplot terancang yang kini sedang giat dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin Umno bahagian dalam usaha mengagihkan tanah-tanah rakyat kepada mereka-mereka yang tidak layak menerimanya.

Ujar Shaiful lagi.”Kami daripada pihak KeADILan amat memandang serius akan perkara ini dan menuntut agar pimpinan Umno Larut memberi penjelasan segera atau mereka perlu bersiap sedia untuk dihukum oleh masyarakat di kawasan ini pada pilihan raya akan datang.

Penulis difahamkan,Tanah milik Yayasan Negeri Perak yang terletak di Redang Panjang,Kubu Gajah tersebut telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada penduduk-penduduk miskin di kawasan ini yang masih belum punya tanah sendiri,namun kerana kerakusan dan ketamakkan pemimpin Umno,mereka sanggup menyerahkannya kepada kroni-kroni yang terdiri daripada pimpinan Umno di peringkat bahagian dan cawangan…



Berikut adalah senarai penerima tanah Yayasan Perak di Redang Panjang hasil daripada maklumat sahih yang diterima penulis.Kesemua mereka dikesan menerima tanah seluas 2.5 ekar setiap seorang.
                                                            Alamat
1.       Mohd Halil bin Abdullah- Kg Sungai Ara,Batu Kurau
2.       Rohani Jaafar-Jelai,Batu Kurau
3.       Ali Omar bin Othman-Kg Pantai Besar,Batu Kurau
4.       Abdul Razak bin Osman-Kg Kelian Chinei,Batu Kurau
5.       Asman binti Jepan-Kg Pantai Besar,Ijok,Batu Kurau
6.       Narma binti Abdul Rashid-Kg Pantai Besar,Batu Kurau
7.       Ramlah binti Ibrahim-Kg Kelian Chinei,Batu Kurau
8.       Mohd Hazani Zolaawal-Kg Makmur Pantai Besar,Batu Kurau
9.       Ishak bin Ibrahim-Lot 6656,Lorong 4,RPT Permai,Selama
10.   Anuar bin Darus-Kg Banggol Sebelah,Kg Perak ,Batu Kurau
11.   Rosli bin Md Noor-No2 Jln Besar,Batu Kurau
12.   Mohd Faudzi bin Mohd Kassim-No 18 Jln Medan1,Medan Taiping.
13.   Mehad bin Din-No 74,Lrg 6,Taman Seri Selama,Selama
      
      Hasil siasatan penulis mendapati,hampir kesemua penama yang disebutkan di atas menjawat jawatan penting dalam Umno.Antaranya ialah Naib Ketua Umno bahagian,Ketua Umno Cawangan,Ketua Pemuda Umno Cawangan,Ketua Wanita Umno Cawangan serta beberapa individu yang menjawat jawatan berpendapatan tinggi di sector kerajaan mahupun swasta.

Turut tersenarai sebagai penerima,beberapa invidu yang dikesan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pimpinan Umno di peringkat bahagian dan cawangan.Apa yang dikesalkan,majority daripada penerima-penerima tanah ini adalah terdiri daripada mereka-mereka yang sememangnya sudah berharta.Perbuatan mereka ini seolah-olah menafikan hak penduduk miskin di kawasan ini untuk mendapat tanah sendiri.

Justeru itu itu,penulis amat berharap agar rakyat di kawasan Larut ini membuat pilihan bijak pada pilihan raya akan datang dengan menolak  sebuah kepimpin yang hanya tahu untuk menipu dan merompak harta rakyat sesuka hati mereka




Thursday, 22 March 2012

Ratusan anak muda Larut iringi ketua Srikandi ke tempat ceramah


Larut: Melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia di setiap program yang dianjurkan Pakatan Rakyat kawasan ini jelas membuktikan bahawa Umno kini sudah tidak mendapat tempat di hati orang muda.

Demikian ditegaskan oleh Ketua AMK Larut,Mohd Shaiful Lizam Yusof ketika diminta mengulas berhubung penyertaan ratusan anak muda bermotosikal dalam program konvoi yang dianjurkan khas bagi menyambut kedatangan Ketua Srikandi KeADILan Malaysia,Siti Aishah Shaik Ismail ke Batu Kurau hari ini.

Katanya lagi,”Ini bukan pertama kali,malah setiap kali pihak kami menganjurkan konvoi seumpana ini,nescaya pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan muda.Ia ternyata berbeza sekali dengan program konvoi yang dianjurkan Umno.

Saiful turut memperingatkan kepada Umno di kawasan ini agar bersiap sedia untuk menerima kekalahan pada pilihan raya akan datang renteten daripada peratus sokongan anak muda di kawasan ini terhadap Umno-BN yang kini berada pada tahap yang agak kronik.



Berbagai gaya ditunjukkan oleh anak muda dalam sesi bergambar sejurus selesai konvoi

Siti Aishah sedang menikmati hiidangan yg disediakan oleh pihak penganjur 

Saiful(kanan) serta beberapa orang aktivis parti turut berkesempatan bergambar bersama Ketua Srikandi sejurus selesai ceramah






Kupon Minyak dan T-Shirt percuma,BN Larut terdesak raih sokongan anak muda

Banner yg tergantung di simpang 3,pekan Batu Kurau 

Kejayaan Pemuda PAS Larut menghimpunkan 2000 anak muda dalam acara konvoi raksasa sempena HimpunanTanzim Pemuda PAS Larut(TEMPIK12) baru-baru ini telah menyebabkan BN Larut kecut perut tak senang duduk.


Lebih2 lagi kehadiran mereka tidak dibayar,tidak kira tshirt ataupun petrol,semuanya menggunakan duit poket sendiri.Ia ternyata berbeza sekali dengan program Himpunan Pemuda BN Larut yg bakal dianjurkan tidak lama lagi apabila anak muda cuba dirasuah dengan kupon petrol dan sehelai tshirt percuma supaya hadir memberi sokongan.

Ternyata,ia merupakan langkah terdesak BN bagi meraih sokongan anak muda di kawasan ini yang dilihat mula cenderung untuk menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Sama-sama kita nantikan,mampukah himpunan pemuda BN yg akan berlangsung di Kompleks Astaka Batu Kurau ini menyaingi himpunan pemuda PAS yg telahpun berlangsung meriah di Sg.Dendang Kubu Gajah beberapa minggu yg lalu.

Di bawah ini adalah gambar2 yg sempat penulis rakamkan sekitar TEMPIK 12 yg dianjurkan Dewan Pemuda PAS Larut.


Semangat patriotik anak muda,jalur gemilang turut berkibar megah





Gelombang kuning mewarnai bumi Larut.Tidak ada sponsor untuk tshirt dan petrol




Wednesday, 21 March 2012

TOLAK CAMPURTANGAN LUAR!!! Kerajaan zalim Bashar Syria kagumi pendirian UMNO

Menyayat hati. Budak ini adalah mangsa bom kerajaan Syria ke atas rakyatnya. Budak ini meninggal dunia selepas di bom tentera Syria yang zalim


Pada saat ulama dunia sepakat mengecam dan menolak kazaliman ini, Mereka berfatwa rakyat Syria wajib menggulingkan karajaan Basyar Assad manakala negara-negara umat Islam wajib memutuskan hubungan diplomatik dan memberi tekanan kerajaan Syria sehingga Syria kembali ke landasan keadilan. Namun sikap UMNO mendukacitakan kita..

Tuesday, 20 March 2012

PAS Changkat Perah mohon sumbangan baik pulih markas

Batu Kurau: PAS cawangan Changkat Perah mengalu-alukan bantuan orang ramai yang ingin menyumbangkan dana kepada pihak mereka bagi tujuan membaik pulih markas yang rosak teruk akibat dihempap pokok durian beberapa hari yang lalu.


Demikian dinyatakan oleh Ketua cawangannya,Haji Uzir Lodin,65,ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya lagi,markas yang baru sahaja beroperasi sejak beberapa bulan yang lalu selepas siap pembinaannya hasil bantuan para penyokong di sekitar kawasan Larut kini terpaksa dibaik pulih dengan segera bagi membolehkan beliau dan ahli-ahli PAS di situ meneruskan gerak kerja parti.

Buat masa ini,kami terpaksa menghentikan buat sementara waktu berbagai program yang telah direncanakan sementara menunggu kerja-kerja membaik pulih markas selesai.Jelasnya lagi.

Tinjauan penulis di tempat kejadian mendapati hampir 30 peratus struktur markas tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh digunakan lagi.

Bagi mereka yang ingin menyumbang.Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor,08237-29-00006170-4 atas nama Uzir bin Lodin atau hubungi beliau di talian 019-4162412 untuk mendapat keterangan lanjut.


Keadaan markas yang mengalami kerosakan



Kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan markas

Written by: Mohamad Shukri Abd Hamid
                  Unit Berita PAS Kawasan Larut,Perak




Thursday, 15 March 2012

Kerana Hassan Ali,Umno Larut Berbalah


Suatu perkara yang amat menarik perhatian penulis hari ini apabila dikhabarkan oleh salah seorang penyokong tegar umno di kawasan ini berhubung satu ribut kecil yang kini sedang melanda Umno Larut.Semuanya bermula apabila terdapat pimpinan dan ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penganjur yang telah membuat bayaran sebanyak RM5000 kepada Dr Hassan Ali(DHA) untuk memberi ceramah kepada penduduk di Batu Kurau baru-baru ini.

Sudahlah pada hari ceramah tersebut rata-rata hadirin yang hadir seolah-olah merasa tertipu apabila Ustaz Kazim Ellias yang sebelum ini dikhabarkan akan berganding dengan DHA dalam ceramah itu dilihat tidak muncul2 sehinggalah program ceramah selesai.Jadi terpaksalah juga mereka yang hadir mendengar kelentong DHA selama 2 jam dari awal hinggalah ke akhir ceramah walaupun kebanyakan mereka dilihat langsung tidak berminat mendengarnya.

Penulis yang kebetulan berada di sana pada malam itu sempat juga mendengar rungutan daripada hadirin yang duduk di bawah pentas.Kebanyakan mereka dengan wajah hampa melahirkan rasa terkilan terhadap pihak penganjur apabila Ustaz Kazim kesayangan mereka tidak muncul-muncul di atas pentas..Jadi jelaslah di sini bahawa,di antara ratusan yang hadir itu bukanlah kerana hendak mendengar ceramah DHA sangat pun.Kalau tidak kerana tertera nama Ustaz Kazim di banner dan poster yang diedarkan beberapa hari sebelum itu,nescaya ceramah DHA di Batu Kurau pada malam tersebut akan mengalami nasib yang sama seperti ceramahnya di Kampung Melayu Subang sebelum ini.Hanya deretan kerusi kosong yang akan menjadi pendengar setia.Haha.

Bebalik kepada tajuk asal.RM5000 untuk satu sesi ceramah.Biar betul? Kalau 40 buah ceramah DHA minta wang sebanyak itu bermakna jumlahnya dah mencecah RM200 000.Ini yang membuatkan Umno Larut berbalah kerana penulis difahamkan Ustaz Kazim Ellias kesayangan mereka pun tidak pernah mendapat bayaran sebanyak itu hanya untuk satu sesi ceramah.Haha padan muka hampa!!

Di kesempatan ini,penulis ingin membuat satu cabaran kepada UmnGok agar dianjurkan sekali lagi ceramah DHA di Batu Kurau tapi kali ini penulis minta supaya jangan ditulis nama Ustaz Kazim sebagai penceramah bersama dalam poster dan banner macam yg dibuat sebelum ni..Cukup sekadar DHA seorang sahaja,bukan apa,kita nak lihat berapa orang pula yang akan hadir mendengar kelentong si parasit macam dia.
                   Hassan Ali sedang berperasit di bawah khemah milik Umno di Batu Kurau 

Sunday, 11 March 2012

Pemuda PAS Larut bantu mangsa banjir

Larut: Hujan lebat yang berlarutan sejak beberapa hari yang lalu telah menyebabkan beberapa buah rumah di Kampung Sungai Ara yang terletak dalam DUN Kubu Gajah dimasuki air.Hal ini telah mengundang kprihatinan dewan pemuda pas kawasan itu untuk menghulurkan bantuan.



Rombongan Dewan Pemuda PAS kawasan Larut yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemudanya, Ustaz Akmal Kamaruddin telah mengunjungi beberapa buah rumah mangsa serta menghulurkan sedikit sumbangan.


Beberapa orang aktivis parti yang menyertai rombongan tersebut turut mengambil kesempatan menghulurkan bantuan tulang empat kerat dengan membantu penduduk memindahkan barangan serta membersihkan rumah-rumah yang dimasuki air banjir.

Salah seorang penduduk yang menerima kunjungan tersebut,Zulkifli bin Ibrahim,menyatakan rasa terharu di atas kesudian pemuda PAS kawasan yang sudi turun padang bagi meninjau dan mendengar permasalahan yang dihadapi oleh beliau dan masyarakat di kampung ini.

Beliau dalam satu kenyataannya turut menggesa wakil rakyat di kawasan ini agar menyegerakan secepat mungkin pembinaan system perparitan dan longkang agar masalah banjir di sini dapat diatasi sekiranya berlaku hujan lebat.

Sementara itu,Ustaz Akmal dalam satu kenyataannya tidak menolak kemungkinan bahawa kekerapan banjir yang berlaku di kawasan ini sejak akhir-akhir ini setiap kali hujan lebat adalah berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
Salah seorang penduduk memindahkan barangan ke tempat selamat
kerana paras air semakin naik

Ustaz Akmal meninjau keadaan rumah penduduk yang dimasuki air

Majlis kenduri kahwin di salah sebuah rumah penduduk tergendala apabila khemah2
mula ditenggelami air










Wednesday, 7 March 2012

PEKIDA pun dah tak mau ke UMNO…

Selepas negeri Kelantan,kini PEKIDA sebuah kawasan di negeri Perak pula akan mengambil langkah serupa,mengisytiharkan sokongan secara terbuka terhadap Pakatan Rakyat tidak lama lagi..
Untuk pengetahuan pembaca,penulis adalah salah seorang bloggers yg telah dihubungi oleh pihak pertubuhan di kawasan tersebut untuk membuat liputan pada majlis pengisytiharan yang akan diadakan tidak lama lagi.
Alhamdulillah,sama-sama kita nantikan kejutan itu..

Pemuda PAS Larut redah air bantu mangsa banjir

Banjir yang melanda beberapa perkampungan dan menenggelami beberapa buah rumah di daerah sini beberapa hari yang lalu ekoran daripada hujan lebat telah mengundang rasa prihatin dewan pemuda pas kawasan itu untuk menghulurkan bantuan wang serta bekalan makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.Operasi penyerahan bantuan yang berlangsung selama beberapa jam  itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan,Ustaz Akmal Kamarruddin dan dibantu oleh beberapa orang aktivis parti.Turut hadir memberi sokongan,YDP PAS kawasan Taiping,Ustaz Fakharuddin Abdul Aziz..
Ustaz Akmal meredah air banjir

Ustaz Fakharuddin membaiki kerosakan eletrik di rumah salah seorang mangsa banjir


Ustaz Akmal turut membantu mencuci rumah yang dimasuki air



BTN Racuni pemikiran pelajar SMK Dato’ Kamaruddin

Batu Kurau: Pihak Biro Tata Negara (BTN) dikesan telah meracuni pemikiran 80 orang pelajar SMK Dato’ Kamaruddin yang bakal menduduki SPM tahun ini dalam sebuah kem motivasi yang diadakan di Teratak Afrina,Anak Kurau pada 3&4 Februari yang lalu.

Kem motivasi yang pada mulanya diadakan dengan tujuan untuk membimbing para pelajar supaya berjaya dalam peperiksaan sebaliknya telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pihak BTN untuk menyebarkan agenda politik sempit Barisan Nasional.

Salah seorang pelajar yang mengikuti program tersebut mengakui bahawa BTN dalam ceramah motivasinya telah bertindak memburuk-burukkan parti pembangkang dengan cuba mengaitkan kes tuduhan liwat ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu,BTN juga dikatakan telah memanipulasi cerita sebenar dalam isu pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya di Memali oleh pihak polis pada tahun 1985.

Kata pelajar itu lagi,program tersebut telah tersasar daripada matlamat asal apabila pihak BTN dilihat lebih suka menggunakan peluang yang ada untuk menyebarkan dakyah politik bukannya untuk memberi semangat dan motivasi kepada para pelajar seperti mana tujuan asal yang dinyatakan sebelum ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak,Ustaz Akmal Kamaruddin dalam satu kenyataannya turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan BTN ini.Jelasnya,”Jika kem motivasi seperti ini masih berterusan,maka akan hancurlah system pendikan di negara kita”.

Turut mengulas akan perkara ini,Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Larut Mohd Shaiful Lizam Yusof.

Beliau dalam satu kenyataan menganggap bahawa tindakan BTN ini adalah satu usaha terancang Umno bagi mendoktrin pemikiran para pelajar sekolah supaya tunduk dan percaya kepada pembohongan Umno..

Katanya,“mungkin mereka silap dan lupa bahawa generasi anak muda pada hari ini bukannya seperti anak muda zaman dahulu yang mudah ditipu,mereka adalah golongan yang akses kepada maklumat”

Dalam kes Memali contohnya,para pelajar yang sebelum ini masih belum mengetahui akan perstiwa ini sudah tentunya akan cuba mencari malumat di internet apabila pulang dari program tersebut,maka pada waktu itu akan terdedahlah segala paparan cerita sebenar yang selama ini dinafikan oleh Umno BN.Ujar Shaiful lagi.


pada pandangan penulis,elok tukarkan sahaja slogan yg terpapar di logo BTN ini kepada slogan
                                            "BERSAMA MENCIPTA PEMBOHONGAN"

Tuesday, 6 March 2012

Dr Hasan Ali JATI berperasit dibawah khemah UMNO dengan isu basi di Batu Kurau

Ceramah Roadshow Dr Hasan Ali berlangsung di Batu Kurau yang membanggakan riak-kan diri DHA yang konon-nya sudah mencecah 34 lokasi semuanya dan Batu Kurau adalah lokasi yang ke 35. DHA juga berkata disetiap roadshow-nya semua perjalanan majlis berjalan dengan lancar tanpa halangan…

“Woi..!!! DHA……!!!!! ” kamu dah lupa ke bala bencana sehinggakan khemah dan pentas kamu terpelanting disapu hujan ribut dengan petir sambung menyambung di Seri Manjung Lumut..??? Sumber berkaitan Klik [ Sini ] dan [ Sini ].


Dalam ceramah DHA di Batu Kurau ini juga jelas menunjuk-kan yang beliau bertambah hebat dikalangan pemimpin UMNO yang menganggapnya hero dalam UMNO sekarang terutamanya di negeri Perak . Kehadiran para pemimpin UMNO di lokasi jelas menunjuk-kan DHA adalah talian hayat terakhir UMNO dalam meraih sokongan rakyat.


UMNO negeri Perak tidak boleh menyangkal lagi perkara ini,kerana disetiap ceramah DHA sekarang pasti akan ada para pemimpin UMNO akan turun serta melutut,mencangkung memperhampakan diri didepan pentas. Segala persiapan majlis kesemuanya jelas menunjuk-kan semuanya disediakan oleh pihak UMNO.


Kantoi…!!! Kelihatan khemah yang digunakan milik UMNO

( Sumbangan Adun Batu Kurau YB Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin B. Elias - UMNO BN )

Dalam ceramah semalam yang pada perancangan awalnya akan digandingkan DHA dengan Ust Kazim, tetapi DHA terpaksa terpekik terlolong sendirian selama 2jam lebih kerana Ust Kazim tidak hadir… (Penulis tidak tahu kenapa Kazim tidak hadir disaat-saat akhir diumumkan semalam…macam ada yang tak kena…haha…)


Antara pemimpin UMNO yang sudi datang mendengar dan menjilat kelentong DHA

Dari pemerhatian semalam,mejoriti yang datang adalah dari kalangan penyokong UMNO sahaja walaupun DHA dengan “muka tak malu dan perasan “mengatakan yang hadir ramai terdiri dari penyokong PAS. Manakala isu-isu yang disampaikan oleh DHA hanyalah copy and paste dari ceramah-ceramahnya yang lepas..nampak sesangat dah basi yang dijaja oleh DHA buat UMNO yang semakin basi dalam sokongan…hahaha…


Monday, 5 March 2012

AMK Negeri Tekad Rampas Kembali Negeri Perak


Bagan Serai: Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) negeri Perak,Dr Meor Ahmad memperingatkan kepada seluruh pimpinan AMK di setiap cabang di negeri ini agar tidak menjadikan jawatan yang disandang sebagai medium untuk mencari publisiti atau mempopularkan diri sebaliknya anggaplah ia sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang harus digalas dengan sebaik-baiknya.  

Kenyataan tersebut dibuat dalam mesyuarat AMK negeri yang berlangsung di Bagan Serai,Perak baru-baru ini.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 3.00 ptg dan berakhir pada 4.45 ptg itu turut menfokuskan beberapa perkara penting seperti isu keselamatan,strategi pilihan raya,persiapan jentera serta program-program yang bakal dianjurkan oleh KeADILan negeri dalam masa terdekat
Rata-rata pimpinan AMK yang hadir turut menyatakan kesediaan mereka untuk bekerja keras dan memberi komitmen yang tinggi terhadap usaha-usaha memenangi hati rakyat bagi membolehkan Pakatan Rakyat memerintah kembali negeri ini.


PAS giat daftar pengundi baru di DUN Kubu Gajah



Kubu Gajah: 4 Mac 2012; Beberapa orang sukarelawan yang terdiri daripada penolong pendaftar pemilih sementara,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan satu siri jelajah ke beberapa cawangan Unit Peti Undi (UPU) yang terletak dalam DUN Kubu Kajah bagi mengesan mereka-mereka yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Program jelajah sehari yang juga dikenali sebagai “Operasi pintu” merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pilihan Raya pemuda PAS Negeri bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat di kawasan ini terhadap tanggungjawab mereka sebagai seorang rakyat.
Setiausahanya,Mohd Nur Basyir ketika di temubual dalam satu siri jelajah di Kampung Kelian Chinie yang terletak dalam UPU Sungai Ara mengatakan bahawa program ini adalah bertujuan untuk mengumpul seramai mungkin pengundi baru di sekitar DUN Kubu Gajah.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang penduduk yang sedia memberikan respon dan kerjasama yang cukup baik kepada pihak mereka sewaktu menjayakan program jelajah ini.
“Semoga dengan sedikit usaha yang kami lakukan ini,ia dapat membantu PAS merampas kursi di DUN Kubu Gajah yang telah dimenangi oleh Umno pada pilihan raya umum(PRU) yang lalu hanya dengan majority kemenangan yang agak tipis iaitu 66 undi”.Katanya lagi.