Friday, 3 May 2013

Pemuda Umno langgar kereta polis punca arahan larangan konvoi bermotor di seluruh parlimen Larut

Maklumat yg diterima dari sumber PDRM mengesahkan bahawa larangan konvoi bermotor oleh semua parti politik di seluruh parlimen Larut adalah berpunca drpd satu insiden. Dikatakan telah berlaku satu kemalangan melibatkan peserta konvoi daripada Pemuda Umno dengan sebuah kereta peronda polis di Selama. Bagi menghormati arahan pihak berkuasa.Pemuda PAS Larut telah membuat satu hebahan melalui sms dan facebook kpd ahli2 dan para penyokong agar tidak melakukan sebarang aktiviti konvoi buat masa ini.Upacara konvoi besar-besarkan yang dijangka akan berlangsung esok juga diarah supaya dibatalkan. Apa-apa pun kita tengok esok.Adakah BN akan patuh dengan arahan yg dikeluarkan PDRM? Jika mereka tdk patuh,apakah tindakan yg akan dilakukan oleh pihak polis?

Wednesday, 1 May 2013

Mantan Adun Umno Batu Kurau,Najmuddin Alias doakan kekalahan adiknya yang menentang calon PAS di DUN Kubu Gajah

Bila sikap cemburu dan iri hati menguasai diri..pencalonan Pak Lang Hasbullah di DUN Kubu Gajah rupa2nya tidak menyenangkan hati beberapa pemimpin2 Umno peringkat bahagian di Larut yg selama ini bertungkuslumus menonjolkan diri kepada masyarakat tetapi tidak mendapat kepercayaan oleh kepimpinan tertinggi Umno untuk dicalonkan.. Antaranya ialah Ketua Umno Larut,Raja Ahmad,Ketua Pemuda bahagian,Anuar Arifin dan Naib Ketua Bahagian,Fauzi Kassim.. Mereka ini adalah nama2 yang telah banyak berhabis wang mengatur program untuk menarik sokongan masyarakat sekaligus meyakinkan kepimpinan tertinggi umno bahawa merekalah calon yang selayaknya dipilih..Tapi malangnya mereka tidak dipilih..Tidak hairanlah bila maklumat yang diterima menyatakan terdapat usaha2 untuk memboikot Pak Lang Hasbullah oleh mereka2 yang gugur dari pencalonan.. Masing2 mengatur pengikut masing2 menyebabkan jentera Umno di beberapa buah Unit Peti Undi dalam DUN Kubu Gajah kelihatan suram..gerak kerja tidak berjalan..Apa boleh buat? Inilah budaya politik yang subur di dalam Umno..Cah keting,cantas mencantas,sudah menjadi perkara biasa.. Bukan nama2 yang disebutkan di atas shj yang dikatakan membentuk team untuk memboikot Pak Lang Hasbullah tetapi juga Kapten Najmuddin Alias iaitu abang kepada Pak Lang Hasbullah sendiri..Nak dijadikan cerita,selepas beberapa hari diumumkan Pak Lang Hasbullah bertanding di DUN Kubu Gajah,Kapten Najmuddin ada menghubungi calon PAS Dun Kubu Gajah,Ust Nazri Din yang akan bertanding melawan adiknya itu..Dalam perbualan tersebut Kapten Najmuddin telah mendoakan kekalahan adiknya sendiri.. Hmmm,dengan itu terbuktilah apa yang telah diperhebohkan selama ini..Kedua2 beradik ini sememangnya sudah lama berseteru..semuanya bermula sejak Pru 2004 apabila masing2 ingin menawarkan diri bertanding di DUN Batu Kurau menyebabkan salah seorang drpd mereka terpaksa beralah..Pak Lang Hasbullah selaku adik beralah dan memberi laluan kpd abangnya.Dua penggal bergelar YB,nafsu kapten Najmuddin tak pernah puas.Kalau boleh nak bertanding lagi.. Pencalonan Pak Lang Hasbullah di DUN Kubu Gajah mensyaratkan Kapten Najmuddin berundur kerana BN bimbang jika dua beradik diperturunkan dalam sebuah kawasan yang sama iaitu DUN Batu Kurau yang kedudukannya berada dalam satu kawasan parlimen yg sama dengan DUN Kubu Gajah akan menimbulkan kesan protes yang lebih besar daripada ahli akar umbi..Lalu dengan perasaan geram terpaksalah Kapten Najmuddin undur diri dan beri laluan kepada calon muka baru iaitu Dr Mohd Amin di DUN Batu Kurau.. Sepatutnya setelah tidak tercalon,beliau mempunyai banyak masa untuk turun membantu adiknya berkempen..Ini tidak..dalam keadaan banyak jentera cawangan dalam DUN Kubu Gajah memboikot adiknya.Boleh pula dia doakan kekalahan adiknya..Busuknya hati manusia bernama Najmuddin ini.Walaupun mempunyai kelulusan agama..Tapi nafsu telah mengaburi hati dan akal dek kerana ketamakkan kuasa..

Wednesday, 6 March 2013

Kebangkitan anak muda Larut,misi tawan parlimen dan 3 DUN

Hujan lebat tidak menghalang kemaraan konvoi kebangkitan anak muda Larut  yang berlangsung  di sini baru-baru ini

Disertai kira 3000 peserta yang sebahagian besarnya  terdiri daripada golongan muda,program tersebut merupakan inisiatif yang diambil  Pemuda PAS Larut bagi memperjelaskan kesediaan pemuda di kawasan itu dalam misi menawan Parlimen Larut dan ketiga-tiga DUN di bawahnya pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13

Konvoi yang diketuai Ketua Pemuda PAS Larut,Ustaz Mohd Nazri Din dan timbalannya ,Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin mengelilingi 3 DUN dalam parlimen tersebut bermula dari Kampung Anak Kurau dalam DUN Batu Kurau melalui DUN Kubu Gajah seterusnya menamatkan perjalanan di Kampung Garok dalam DUN Selama.

Turut serta Ketua Pemuda PAS Perak,Ustaz Mohd Zawawi Hasan.
     'Senyum'..Gandingan Ketua Pemuda,Ustaz Nazri Din(kanan) dan timbalannya,Ustaz Akmal(kiri) mengetuai konvoi

Tuesday, 8 January 2013

Kampung tiada jambatan di Selama dapat perhatian PAS

SELAMA: PAS kawasan Larut yang diketuai Ketua Penerangannya,Ustaz Akmal Kamaruddin dan Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang juga calon PAS di Parlimen Larut,Dato’ Fauzi Shaari meneruskan misi menyantuni masyarakat di sekitar Kampung Ulu Damak yang terletak dalam DUN Selama baru-baru ini.

Akmal menjelaskan,dalam program tersebut pihaknya telah mengunjungi 20 buah rumah penduduk di kampung tersebut dan kesempatan itu digunakan pihaknya untuk menghulurkan sumbangan kepada beberapa orang penduduk yang kurang berkemampuan.

Di awal kunjungan  ke kampung itu,Akmal berkata pihaknya mendapati kampung tersebut yang terletak di seberang sungai tidak mempunyai jambatan sebagai laluan penghubung menyebabkan beliau dan rombongan PAS kawasan terpaksa meranduk air sungai untuk ke seberang.

Kegagalan kerajaan menyediakan prasana yang lengkap seperti jambatan sebagai laluan kemudahan kepada penduduk-penduduk di situ  mengundang kekesalan pihaknya.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku,dalam tempoh 55 tahun negara kita merdeka,kenapa masih ada rakyat yang ketinggalan daripada menikmati arus pembangunan?” Soal Akmal.
    (Santai bersama pemuda PAS Cawangan Bukit Torak turut disertai Leman Raja Lawak) 
                                   
Seterusnya,rombongan PAS kawasan yang diketuai Akmal dan Fauzi turut berkunjung ke Kampung Bukit Torak untuk sesi beramah mesra dan santai bersama pemuda-pemuda PAS di cawangan itu sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Sungai Bayor untuk menziarahi Ketua PAS di cawangan tersebut iaitu Ahmad Zanian Mad Shuhor
(Akmal dan Fauzi menziarahi Ketua PAS Sg Bayor,Ahmad Zanian)

                                               

Thursday, 3 January 2013

Bila jutawan Jackpot jadi cybertrooper kempen untuk Umno..Inilah jadinya

Di bawah ini adalah posting terbaru seorang jutawan Jackpot bergelar Dato’ yang telah mempertikaikan manifesto Pakatan Rakyat yang dikeluarkan PAS kawasan Larut di laman fb nya


Silap dia,kalau ye pun nak jadi cybertropper,bukalah akaun lain yang tdk mendedahkan identiti sebenar..Tambah2 pulak posting tersebut dibuat dalam group fb yg di dalamnya terdapat banyak penyokong2 PR yang tau tentang latar belakangnya.

Akibatnya,beliau telah menjadi bahan ejekan cybertrooper Pakatan Rakyat..

haha,dgr tu apa hujahnya..sokong umno dpt BRIM,anak sekolah dapat RM 1OO..lagi dapat apa dato' sokong Umno..? orang melayu susah boleh ubah taraf hidup,caranya tikam nombor ekor...kalau menang jadi jutawan,siap dapat Dato' lagi..Oleh itu jgn sokong PAS,nanti PAS menang org melayu Islam dah tak boleh tikam ekor lagi sebab dah ada undang2 hudud..tak ke susah orang melayu nanti?
Jadi kesimpulannya,,sokonglah Umno,hahaha..

Ikuti pula apa komen cybertooper PR
kena perli kaw2 hahaha..

Baca post terdahulu penulis berhubung latar belakang Dato' Rodzi bin Awang Kechek ini.(klik di sini)





Friday, 28 December 2012

Ni dia senarai calon Umno Parlimen Larut,DUN Kubu Gajah & Selama ! YB sampah selonggok Kubu Gajah tersingkir...

Mungkin kerana calon2 sebelum ini tidak lagi tergolong dalam kategori calon boleh menang@ winnable candidate menyebabkan Umno terpaksa mengambil langkah selamat dengan menampilkan muka2 baru di Parlimen Larut,DUN Kubu Gajah dan Selama pada pru ke 13

Berikut adalah senarai nama2 calon tersebut ;
(Maklumat tepat dari sumber dalaman Umno,salah satu daripada dua nama yang disebutkan dalam setiap kawasan akan terpilih sebagai calon)

Nampak gayanya tersingkirlah YB bagi ke tiga-tiga kawasan tersebut sebagai calon buat sepenggal lagi..Ini termasuklah Ketua Umno Larut merangkap YB Sampah Selonggok DUN Kubu Gajah,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin..

Kenapa aku katakan si Raja Ahmad ni YB Sampah selonggok..?
Blogger OrangNi ada butirannya (klik di sini)

Thursday, 27 December 2012

PKR tampil calon berpendidikan Agama di DUN Batu Kurau

BATU KURAU: Jika di Parlimen Larut PAS meletakkan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Datuk Fauzi Shaari sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13,di DUN Batu Kurau dalam parlimen tersebut pula akan diwakili oleh seorang calon yang berlatarbelakangkan agama.

DUN Batu Kurau adalah satu-satunya kerusi dalam parlimen Larut yang ditandingi Parti KeADILan Rakyat (PKR) sejak PRU ke 11.

Untuk PRU ke 13 dikhabarkan PKR akan menurunkan Ustaz Mohammad Fadzil bin Ellias (gambar) ,anak kelahiran Batu Kurau yang berasal dari Kg Anak Kurau.Beliau adalah anak tempatan Batu Kurau yang kini bertugas sebagai pegawai agama di Pulau Pinang dan merupakan lulusan dari Abu Bakr Islamic Universiy,Pakistan.

Timbalan Ketua Cabang PKR Larut,Haji Adli Kamarun ketika dihubungi penulis mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau,pihaknya telahpun memperkenalkan calon tersebut kepada pengundi-pengundi di DUN Batu Kurau dalam beberapa program bersama masyarakat di situ sejak beberapa bulan yang lalu.

"Ternyata penerimaan mereka amat baik sekali malah tiada bantahan daripada ahli-ahli di peringkat akar umbi dan pihak kami yakin DUN Batu Kurau akan berjaya ditawan PKR pada PRU ke 13".Katanya

Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK)Larut,Shaiful Lizam Yusof ketika dihubungi juga turut meluahkan nada yang sama.

Katanya beliau yakin DUN Batu Kurau akan berjaya dimenangi PKR berdasarkan kepada 'mood' pengundi khususnya golongan muda yang semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno tidak lagi berada pada zon selesa di DUN tersebut.

Komen Blogger: Memang itu yang kami mahu,berkat doa KO BN yang kita aminkan setiap kali rakaman video doa tersebut disiarkan dlm buletin TV3..InsyaAllah,Umno akan KO pada PRU-13,bukan sahaja di Parlimen Larut dan DUN Batu Kurau,tetapi juga di Putrajaya..Hancur Umno!!



Tuesday, 25 December 2012

Sepakat menyokong pencalonan Datuk Fauzi Shaari di Parlimen Larut

LARUT: PAS Cawangan Sungai Ara dalam kawasan Larut sebulat suara menyokong pencalonan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Datuk Fauzi Shaari di parlimen Larut pada Pilihan raya umum(PRU) ke 13.

Pendirian tersebut disepakati oleh seluruh ahli jawatankuasa serta ahli-ahli di cawangan tersebut ketika berlangsungnya majlis usrah di kediaman Setiausaha PAS Cawangan,Zainal Abidin Ramli baru-baru ini

Dalam program yang turut dihadiri Fauzi itu,rata-rata ahli PAS yang berada pada majlis tersebut dilihat  tidak kekok untuk berbual mesra dengan Fauzi,anak kelahiran Larut yang baru sahaja 7 bulan menyertai PAS itu.

Mewakili PAS Cawangan,Bendaharinya,Mohd Ikber Tan berkata pihaknya tidak mempunyai apa-apa masalah berhubung soal calon.

“Tidak kira siapa sahaja calon yang akan diputuskan PAS Pusat untuk bertanding di Parlimen dan DUN di sini,kami tetap konsisten menyokong tanpa bantahan”Katanya

Ini kerana ujarnya,kepatuhan kepada setiap keputusan pucuk pimpinan adalah sikap yang harus ditonjolkan oleh setiap ahli di pelbagai peringkat

Kataya lagi,seluruh ahli di cawangan tersebut membantah tindakan seorang Ketua Cawangan dalam kawasan Larut yang baru-baru ini membuat sidang media untuk memboikot calon yang telah diputuskan PAS Pusat

Pihaknya yakin bahawa setiap keputusan yang dibuat PAS Pusat telah melalui beberapa fasa sehinggalah musyawarah di peringkat badan tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama dan keputusan tersebut bukanlah terhasil daripada perbincangan di peringkat kedai kopi.

Sementara itu,Fauzi yang diberi kesempatan berucap pada majlis tersebut meluahkan keyakinan bahawa akan berlaku satu perubahan kepimpinan bukan sahaja di kawasan parlimen yang bakal ditandinginya tersebut tetapi juga di peringkat persekutuan.

“Yakinlah,PRU 13 akan menyaksikan Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya.Penantian kita(PAS) sudah terlalu lama,doakan PAS dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya,InsyaAllah kita akan pamerkan satu kelainan dalam pemerintahan itu nanti” Katanya

Turut serta,Naib Ketua Pemuda PAS Larut,Ustaz   Firdaus Hassan selaku naqib yang mengendalikan majlis Usrah pada hari tersebut

Akibat sering dimaki dan disumpah seranah,satu persatu pemandu peribadi ADUN Umno Kubu Gajah cabut lari

Sikap angkuh dan sombong seorang majikan yang sering memaki hamun dan menyumpah seranah pekerja bawahannya menyebabkan satu persatu pekerjanya cabut lari.Bukan kerana dipecat,tetapi secara sukarela mereka memberhentikan diri mereka sendiri setelah tidak tahan dengan sikap majikan mereka itu.

Itulah situasi yang berlaku kepada mereka-mereka yang pernah berkhidmat sebagai pemandu peribadi kepada ADUN Umno Kubu Gajah,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin.Lima penggal menjadi wakil rakyat,dari DUN naik ke Parlimen,dari Parlimen turun ke DUN.Namun dalam tempoh itu sudah berdozen-dozen pemandu peribadi kepada wakil rakyat Umno ini yang datang dan pergi silih berganti.

Kerana tidak tahan dengan makian yang diterima dikhabarkan pernah salah seorang pemandunya memberhentikan kenderaan di pertengahan jalan dan melemparkan kunci kereta lantas meningglkan YB tersebut di situ juga.Akibatnya YB itu terpaksa “drive” sendiri ke lokasi yang ingin dituju.Hahaha,baru kau tau! Jangan fikir kau punya taring ja..Orang lain pun ada taring juga

Inilah yang dikatakan manusia spesis ego dan bodoh sombong.Manusia spesis ini selalunya akan merasakan diri mereka begitu sempurna sehinggakan orang yang berada di bawahnya baginya hanya layak dipandang sebagai hamba abdi yang wajib diherdik dan dicerca oleh tuannya..

Perhatian! tawaran masih dibuka kepada mereka yang masih tercari-cari kerja:

Peluang dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menawarkan diri sebagai CALON MENUNGGU untuk jawatan pemandu peribadi kepada seorang VIP yang bergelar Dato’ Seri ini.Tawaran masih dibuka,jadi rebutlah peluang anda.Untuk memohon,sila pos@emelkan “Resume” anda ke Pejabat Khidmat Mayarakat DUN Kubu Gajah.

Kenapa aku katakan CALON MENUNGGU? Manalah tau kot-kot pemandu peribadinya yang masih berkhidmat sekarang juga akan mengambil tindakan sama iaitu memberhentikan dirinya sendiri macam yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini,waktu itu boleh la korang masuk try pulak.Hahaha

Syaratnya cukup senang.Hanya mereka-mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tersebut sahaja bakal dipertimbangkan ke jawatan itu

Antaranya syarat-syaratnya ialah:

Tanpa perlu pengalaman ,yang penting mempunyai satu kebolehan istimewa iaitu.....

TAHAN MAKI !!!

Hahaha,teringat pulak aku satu babak dalam filem Tan Sri P.Ramli,"DoReMi"




Sedikit Info tambahan: Selain suka memaki,ADUN Umno Kubu Gajah,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin ini juga adalah orang yang bertanggungjawab membenarkan penerokaan secara besar-besaran tanah-tanah rezab melayu dalam DUN Kubu Gajah oleh seorang tauke cina kaya dari Taiping.Dan dikhabarkan daripada sumber dalaman Umno,besar jugalah habuan yang diberi Tauke cina tersebut kepada beliau hasil  daripada jasanya itu..Oleh itu besar harapan aku dan seluruh Rakyat yang cintakan keadilan kepada Pakatan Rakyat..Semoga PRU-13 Putrajaya berjaya ditawan.InsyaAllah,jika PR ke Putrajaya,Raja Ahmad ke penjara!! Hahaha

Thursday, 13 December 2012

Datuk Fauzi sedia berdepan dengan sesiapa sahaja calon BN di Larut


LARUT: Calon Pas Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari sedia berdepan sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang sebelum ini disebut-sebut calon bertanding kerusi itu  juga melahirkan keyakinan mampu menang berdasarkan sokongan padu pengundi di kawasan tersebut.

Fauzi berkata, beliau akur dengan kehendak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Larut.

“Saya istiqamah dengan perjuangan dan tidak kisah siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di Parlimen Larut).

"Rakyat kini sudah sedar dan yakin perjuangan PR ke Putrajaya untuk menubuhkan kerajaan yang adil bagi membela semua kaum dan golongan tanpa pilih kasih," katanya pada ceramah anjuran Pas Cawangan Batu Enam, di sini, kelmarin.

Menurutnya, beliau dan pucuk pimpinan kini juga yakin dengan sokongan padu rakyat juga pengundi Larut kepada Pas serta PR.

“Kita memberi jaminan jika PR memerintah negara, bahasa Melayu akan kekal menjadi bahasa rasmi negara, di samping menghormati bahasa lain. “Manakala agama Islam akan kekal agama rasmi dengan pengisian lebih menyeluruh, selaras kehendak perundangan Islam,” katanya.

Bersemangat pada ceramah berkenaan, Fauzi juga menegaskan PR akan memastikan hak istimewa orang Melayu terjamin, malah akan dimartabatkan dalam pelbagai bidang tanpa meminggirkan bangsa lain.

Bekas pelakon derita sakit gembira terima kunjungan PAS Larut

SELAMA: Jelas terpancar senyuman kegembiraan di wajah seorang bekas pelakon tanah air yang kini sedang terlantar sakit di hospital sejak 3 bulan lalu apabila menerima kunjungan Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut,Mohd Akmal Kamaruddin.

Pelakon tersebut,Radi Mat Isa,50,pernah membintangi beberapa buah filem pada era 80-an.Antara judul-judul filem lakonan beliau ialah ‘Panglima Badul’, ‘Hong Kong Angel 2’, ‘Tuan Besar’ dan lain-lain lagi.

Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak berkata,pelakon tersebut yang sebelum ini banyak membuat persembahan di pentas-pentas Felda selepas tidak lagi terbabit dalam dunia lakonan telah dimasukkan ke hospital Selama pada bulan Julai  yang lalu bagi menjalani satu pembedahan membuang satu ketumbuhan di bawah punggung.

Walaubagaimanapun jelas Akmal,selepas pembedahan itu beliau telah mengalami satu komplikasi yang mengakibatkan kedua-dua kakinya lumpuh.

Sebak melihat penderitaannya itu,Akmal berkata pihaknya amat berharap agar Persatuan-persatuan seperti SENIMAN,KARYAWAN dan mana-mana persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib golongan artis di negara ini agar mengambil perhatian serius akan hal yang menimpa bekas pelakon tersebut.

“Pihak kami mengalu-alukan juga sumbangan daripada orang ramai yang prihatin dan sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 158305335259 atas nama Madrazhid bin Isa” Jelas Akmal lagi.

Wednesday, 12 December 2012

Jutawan Jackpot intai peluang bertanding DUN Selama..

Di sebalik polemik yang cuba dicetuskan geng-geng daki Umno dalam PAS yang masih wujud dan belum disental habis.Kononnya PAS Larut sedang bergelora dan dilanda ribut kencang.

Semuanya bermula apabila terdapat ahli akar umbi yang hanya berapa peratus sahaja bilangannya tidak berpuas hati dengan calon yang diputuskan  PAS pusat untuk bertanding di DUN Selama pada PRU ke 13 nanti.Maka dipanggillah wartawan untuk menulis dan melaporkan tentang ketidakpuasan hati mereka itu.


Jumlah mereka yang melakukan protes dan pemulauan ini tidaklah banyak,namun setelah ditambah sedikit rencah dan perasa oleh media propaganda,maka terciptalah satu resipi dan ramuan yang direka-reka.

Kononnya 14 daripada 23 Cawangan dalam MTD Selama menolak calon yang telah diputuskan tersebut setelah dibuat satu undian pungutan suara.Nak menipu pun agak-agaklah,dalam MTD Selama hanya ada 17 Cawangan sahaja.

Pada hari sidang media itu dibuat,hanya Ketua PAS Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor dan beberapa ahli jawankuasanya sahaja yang hadir.Kalau betul ada 14 Cawangan yang menolak pencalonan Ustaz Akmal Kamaruddin,mana lagi 13 cawangan?? Kenapa hanya satu cawangan yang hadir ketika sidang media itu dibuat.Dan kenyataan yang dibuat Ahmad Zanian itu dikatakan langsung tidak mewakili kehendak dan suara majority ahli-ahli PAS yang berada pada sidang media itu.

Dikhabarkan,mereka yang hadir langsung tidak tahu menahu bahawa akan diadakan satu sidang media untuk memboikot calon PAS di situ.Mereka hanya hadir setelah dijemput untuk menjayakan program memasak bubur assyura.

Walaubagaimanpun bagi aku,inilah hikmahnya di sebalik pengumuman awal calon-calon PAS kepada ahli-ahli akar umbi.Dengan ini,segala sabotaj oleh ahli sendiri dapat dikesan lebih awal dan proses untuk menanganinya akan dapat dilaksanakan segera.Itu kita serah kepada kebijaksanaan pemimpin PAS kawasan.

Berbeza dengan Umno,sehingga kini masih merahsiakan calon mereka waima ketua-ketua Umno Cawangan Pun masih tidak mengetahuinya.

Namun maklumat dari sumber tidak rasmi mengatakan kemungkinan besar kerusi DUN Selama pada PRU 13 kali ini tidak lagi ditandingi penyandangnya sekarang iaitu YB Dato Mohd Daud kerana beliau bukanlah calon “winnable candidate” yang diyakini mampu mempertahankan kerusi itu daripada dirampas PAS.Ditambah pula dengan sokongan terhadap PAS yang semakin meningkat setiap hari di kawasan tersebut dan sewaktu PRU yang lalu Dato Daud hanya menang tipis kepada PAS.

Namun siapa calon baru yang bakal menggantikan tempat Dato’ Daud? Desas desus dan maklumat tidak rasmi daripada sumber dalaman Umno mengatakan calon tersebut adalah anak tempatan selama yang juga merupakan kroni dan Pegawai Khas kepada ADUN Selama ini
.



Inilah orang yang dimaksudkan.Nama beliau ialah Dato’ Rodzi Awang Kechik,anak tempatan Selama berasal dari Kg Kuala Nor yang kini sedang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan Umno di peringkat DUN Selama.

Setelah ditabur segala wang daripada  kocek sendiri kepada masyarakat di Selama ini,tidak mustahil namanya akan tercalon sebagai calon boleh menang Umno di DUN tersebut pada pilihan raya akan datang.

Namun ada satu cerita menarik berhubung latar belakang Datuk Rodzi ini yang ingin aku kongsikan di sini.Untuk pengetahuan semua,Datuk Rodzi sebelum ini hanyalah orang-orang biasa yang tiba2 menjadi jutawan selepas memenangi judi ekor (JACKPOT).

Berpuluh juta jugalah habuan yang diterimanya hasil daripada kemenangannya itu.Menjadi kaya secara mendadak,selang beberapa bulan selepas itu beliau telah dianugerahkan pangkat Dato’ oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Kini bukan sahaja gelaran Datuk sahaja yang berada di pangkal namanya tetapi juga Dr. Ramai yang mempertikai status Dr yang dimiliki Rodzi ini kerana dikhabarkan oleh beberapa orang rakan-rakan lamanya kepada aku yang si Rodzi  ini langsung tidak pernah sekalipun belajar di mana-mana university.

Jangan dikatakan PHD,Diploma pun dah “confirm” tak ada.Habis macam mana dia boleh dapat gelaran Dr? Haha,itu kena tanya kepada Umno la,di negara kita,macam-macam gelaran yang boleh didapat asalkan berduit lebat.

Bekas rakannya itu bercerita lagi kepada aku yang selepas sahaja si Rodzi menjadi kaya,beliau terus berubah sikap,”Ibarat kacang lupakan kulit”.Rakan-rakan yang dahulunya sama-sama bersusah dan senang dengan beliau terus ditinggalkan.

Kini si Rodzi ini lebih suka mendekati orang-orang yang setaraf dengannya.Pernah salah seorang rakannya menyapa beliau dengan gelaran nama sahaja,tetapi rakannya itu telah dimarahi oleh si rodzi ini kerana tidak memanggilnya dengan gelaran Datuk.Inilah jenis manusia yang lupa daratan.


(Datuk Rodzi bersama ketua Umno Larut,Raja Ahmad 
dan Timbalannya,Datuk Daud dalam satu program 
bersama masyarakat India di Selama)

(Di program ceramah Umno bertajuk "Bongkar penyelewengan PAS" di Selama)

(Merasmikan mesyuarat Agung Tahunan PERKASA Larut Matang&Selama)

Aku yakin dan percaya Datuk Daud selaku anak jati selama sebelum ini sudah pun mengetahui tentang “background” si rodzi ini.Namun Datuk Daud tetap juga melantik si Rodzi ini sebagai pegawai Khas beliau.

Bolehkah aku dan seluruh masyarakat di sini terutannya ahli Umno Larut tahu.Atas kepentingan apa Datuk Daud melantik si Rodzi ini sebagai pegawai Khas beliau ? Adakah beliau dibayar gaji untuk tugas itu? Jika dibayar,berapa jumlah gajinya? Adakah ia sepadan dengan status si Rodzi sebagai seorang jutawan?

Kekayaan si Rodzi ini jauh berlipatkaliganda banyaknya daripada jumlah kekayaan Datuk Daud.Relevankan jika si Rodzi ini menerima bayaran gaji dari Datuk Daud?

Atau kedua-dua mereka sememangkan ada kepentingan tersendiri yang ingin didapatkan daripada partner masing-masing.Si Rodzi ada sesuatu yang hendak didapatkan daripada Datuk Daud dan Datuk Daud pula ada sesuatu yang hendak didapatkan daripada Si Rodzi ini..

Dan mungkinkah juga Umno Larut selama ini telah menerima suntikan dana daripada daripada si Rodzi jutawan judi ini? Jika benar,ia seharusnya menjadi sesuatu perkara yang sepatutnya menggugat sensitivity ahli-ahli Umno bawahan di sini.

Lupakah kita beberapa tahun lalu di pulau Pinang,peristiwa ahli Umno beramai-ramai memulangkan wang yang diagihkan kepada warga emas oleh kerajaan negeri oleh sebab ianya datang daripada hasil judi.

Jika benar Umno Larut ada menerima suntikan dana daripada si Rodzi ini,maka ahli Umno Larut diseru agar mengembalikan semula wang yang diterima mereka.Bukankah mereka dibayar dalam setiap kehadiran di mesyuarat dan program Umno? Jangan pula jadi orang yang menjilat semula lendir kahak,dulu kata haram terima duit judi,sekarang disebabkan aku yang terima,maka dah jadi halal.hehe..

Berbalik kepada persoalan calon PAS DUN Selama.Apa yang ingin aku katakan kepada pemimpin-pemimpin Umno Larut yang dilihat begitu ghairah memberi kenyataan di akhbar berhubung krisis kecil yang berlaku dalam PAS kawasan Larut ini.

Tak kisahlah siapakah calon  yang akan diturunkan PAS untuk bertanding di DUN tersebut ,yang pasti calon itu bukanlah seorang jutawan judi dan tidak juga dibayangi hubungan dengan mana-mana jutawan judi seperti Timbalan Ketua Umno Larut,Dato’ Daud merangkap ADUN Selama.hehe

Kepada ahli-ahli PAS yang terlibat,sedarlah..kita sekarang ibarat saling bekerjasama mengemudi sebuah kapal yang didalamnya sarat dengan muatan khazanah bernilai.Janganlah pula apabila nakhoda mengarahkan supaya dinaikkan layar,maka yang dibuat oleh kita ialah menurunkan sauh,maka kita yang sepatutnya bergerak ke hadapan tetapi terkandas pula di tengah lautan.

Berhati-hatilah dengan perangkap Umno.Ingat,perkara asas yang perlu diketahui dalam sesebuah peperangan adalah mengenali siapa musuh kita dan musuh kita sekarang adalah Umno.Janganlah prinsip yang terbina sejak sekian lama ini tergadai hanya kerana calon yang kita minati tidak dipilih.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak,tetapi nasihat aku,akurlah dengan apa sahaja keputusan yang telah ditentukan pimpinan  selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat.Itulah adab dalam berjemaah.

Saturday, 24 November 2012

Bekas Pengarah JSJ PDRM ketuai program ziarah dan penyampaian sumbangan PAS kawasan Larut


BATU KURAU: Selepas mengisyhtiharkan kemasukannya ke dalam PAS beberapa bulan lalu,bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) PDRM,Datuk Fauzi Shaari kini giat melibatkan diri dalam  aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan PAS.

Terbaru,beliau telah mengetuai program ziarah dan penyampaian sumbangan di sekitar Ijok yang terletak dalam mukim Batu Kurau dan DUN Kubu Gajah

Program yang dianjurkan PAS kawasan Larut dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) kawasan dan PAS Cawangan Charak Salak itu dimulakan dengan melakukan kunjungan ke pasar pagi pekan Ijok untuk sesi beramah mesra dengan penduduk setempat dan para pengunjung di pasar tersebut

Pada sebelah petangnya pula,program diteruskan dengan melakukan kunjungan ke rumah-rumah penduduk miskin di sekitar Kampung Masjid Ijok bertujuan menyampaikan sumbangan beras dan barangan keperluan dapur.

Turut serta Yang Dipertua PAS kawasan Larut,Dr Dhari Othman



\

Monday, 19 November 2012

Dokumen urus niaga minyak sawit mentah Malaysia-Israel didedah,Umno Supply peluru untuk Israel !!

Pendedahan terkini!
Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan nafikan Genting Berhad beli saham FGVH sejumlah RM407.005.000 walaupun ia jelas dipaparkan di skrin Bursa Malaysia.

Kali ini,Pengerusi NGO Anak Peneroka FELDA Kebangsaan(ANAK),Mazlan Aliman telah mendedahkan pula bukti penjualan Minyak sawit mentah(MSM) FELDA kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat Israel yang berpengkalan di Singapura. Inilah salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu.

Ia berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga keturunan India yang berpengkalan di Dubai.

Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kpd 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpengkalan di Pasir Gudang ini dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).

Detik hitamnya bermula, MSM mula dijual kepada syarikat Israel!
Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, GAZA jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini.

Pemimpin UMNO berpura2 tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual Minyak Sawitnya kepada Israel!

Siapa yang hipokrit dan menjadi pengkhianat kepada orang Islam?


Umno sememangnya tidak pernah peduli tentang penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin yang ditindas sejak sekian lama oleh Regim Israel.Di sebalik kecaman2 mereka terhadap Israel selama ini rupa2nya ada udang di sebalik batu.Ianya tidak lain hanya untuk menutup pekung di dada mereka yang sudah membusuk bagaikan bangkai.


Begitu tergamaknya mereka menjalankan urus niaga dengan Israel.Tidakkah mereka tahu,setiap sen yang disalurkan kepada Israel ibarat membekalkan peluru senjata dan bom untuk membunuh ribuan umat Islam,pejuang-pejuang dan kanak2 tidak berdosa di Palestin?


Minyak sawit yang dibeli dari Malaysia dengan harga belian tertentu pastinya akan dijual pula oleh Israel kepada rakyatnya sendiri dengan harga yang jauh lebih tinggi dan menguntungkan.Tidakkah dengan menjual minyak sawit kepada Israel ianya secara tidak langsung telah menjana pendapatan negara haram itu?


Demi untuk mengejar keuntungan dunia yang sedikit,Umno sanggup melacurkan diri kepada Israel.Kepada orang melayu di negara ini yang kononnya mengecam kebiadaban dan kezaliman Israel terhadap umat Islam Palestin,ambillah masa untuk berfikir sejenak.Apakah makna kecaman kamu itu,sekiranya kamu terus menjadi pendokong kepada Umno.Sebuah parti yang menjadi proksi kepada Israel dan telah banyak menyumbang dana kepada regim itu untuk terus melumpuhkan kekuatan orang Islam.


Umat Islam di negara kita diseru untuk memboikot produk keluaran Israel bagi melumpuhkan ekonomi mereka.Apa gunanya kita memboikot produk keluaran negara itu sedangkan dalam masa yang sama kita menyokong Umno.Alahai,tolonglah jadi cerdik sikit wahai bangsaku!

Berikutan pendedahan ini.ANAK akan menganjurkan satu perhimpunan aman bagi menggesa penjualan MSM FELDA ke Israel dihentikan.Butiran program adalah seperti berikut:


Jom hadir beramai2 tanda solidariti kita. Buktikan simpati kita terhadap nasib rakyat Palestin yang di zalimi. Berpakaian serba Oren. SEBARLUASKAN INFO INI.





Friday, 16 November 2012

Kejayaan dua Anggota Unit Amal kesan jenazah tentera hilang wajar diberi pengiktirafan

LARUT: Kecekapan dua anggota unit Amal Malaysia yang berjaya menemui mayat seorang anggota tentera,Supain Gane,37, yang hilang selepas melakukan latihan penerjunan di Redang Panjang yang terletak dalam parlimen Larut dan DUN Kubu Gajah baru-baru ini dipuji Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin

Beliau menjelaskan dua orang anggota Unit Amal dari Perak bernama Abdul Rahim Syukor,61, dan Mohd Adib,21, hanya mengambil masa selama 10 minit mengesan jenazah mangsa biarpun misi mencari telah dilakukan selama 3 hari oleh pihak polis,Angkatan Tentera Malaysia(ATM),bomba dan  anggota Ikatan Relawan Rakyat(RELA).
(Akmal,kiri,mengambil kesempatan berbual dengan 2 wira Unit Amal,Adib dan Abdul Rahim)

Bagaimanapun kejayaan mereka ini sengaja digelapkan oleh media arus perdana.Jelas Akmal lagi

Menyifatkan mereka sebagai wira,Akmal turut memberi cadangan kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia supaya memberi pengiktirafan kepada kedua-dua individu ini agar ianya dapat membuka mata seluruh rakyat tentang kesungguhan dan komitmen jabatan Amal dalam membantu masyarakat.

Tuesday, 30 October 2012

Sumbangan Aidil Adha PAS Cawangan Simpang 3 Gudang

Bukan sahaja daging korban ,beras juga turut diagihkan kepada beberapa orang penduduk dalam majlis korban PAS Cawangan Kampung Simpang 3 Gudang yang terletak dalam parlimen Larut dan DUN Kubu Gajah pada hari raya pertama Aidil Adha yang lalu.

Bertempat di markas PAS Cawangan,sejumlah 3 ekor lembu telah ditumbangkan dan 110 kampit beras berjaya diagihkan kepada penerima terpilih yang terdiri daripada penduduk setempat oleh pihak PAS cawangan tersebut dalam sebuah majlis yang diadakan secara bergotong royong.

Upacara pengagihan daging korban dan beras diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan Larut,Mohd Akmal Kamaruddin.

Akmal dalam ucapannya berkata,program sedemikian adalah salah satu perlaksanaan ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Jelas  Akmal,walaupun jumlahnya kecil,tetapi Allah memberikan ganjaran yang cukup besar kepada sesiapa yang melaksanakannya.

“InsyaAllah,bukan sahaja pada hari ini,kita(PAS) juga akan teruskan program berbentuk seperti ini dari masa ke semasa.” Tambah Akmal lagi.

Program yang berlangsung selepas waktu solat jumaat dan berakhir selepas waktu asar tersebut turut diserikan dengan kehadiran Mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) PDRM,Datuk Fauzi Shaari yang mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan  penduduk di sini selepas kemasukannya ke dalam PAS Mei Lalu.

Fauzi yang juga merupakan anak jati Batu Kurau,Larut dalam ucapan ringkasnya meluahkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk berinteraksi dengan masyarakat di sekitar tempat kelahirannya  sendiri setelah tidak berkesempatan melakukannya sebelum ini kerana tuntutan tugas sebagai pegawai polis.

Datuk Fauzi turut membantu Akmal mengagihkan sumbangan

Sunday, 21 October 2012

Nafi sokong pembangkang,mantan ADUN Umno Batu Kurau dah nyanyuk rupanya

Menggelabah sakan Umno bila aku siarkan satu artikel dan sekeping gambar yang menunjukkan kelibat Mantan ADUN Batu Kurau,Hj Abdul Manan Ali atau mesra disapa Cikgu Manan bersama Anwar Ibrahim dlm satu program ceramah Pakatan Rakyat yang berlangsung di Perkarangan Tapak Pekan SelasaBatu Kurau beberapa bulan lalu.Mana tidaknya sebelum ini,kemasukan bekas pegawai tertinggi PDRM Dato’ Fauzi Shaari ke dalam PAS sudah cukup memberi tamparan hebat kpd Umno di kawasan ini.Dato’ Fauzi adalah anak jati Batu Kurau yang agak kuat pengaruhnya di sini.Belum kebah demam terkejut Umno akibat tindakan Fauzi itu,Umno dikejutkan pula dengan penyiaran gambar seorang lagi individu yang cukup berpengaruh di Batu Kurau iaitu cikgu Manan yang hadir dlm program ceramah Anwar.Bukan sahaja hadir mendengar ceramah Anwar daripada awal hingga ke akhir,malah beliau dilihat sempat berpelukan dan berbual mesra dengan Anwar.
                                                                                               Mantan ADUN Batu Kurau,Cikgu Manan
(berbaju hijau)   di program ceramah Anwar

Artikel bertajuk "Tawar Hati dengan Umno,Bekas ADUN BatuKurau muncul di majlis ceramah Anwar terjemah sokongan terhadap Pakatan Rakyat" (klik pada tajuk) telah mengundang reaksi kurang senang Umno.Berhubung penyiaran artikel tersebut aku telah dituduh membawa cerita fitnah ,bukan itu sahaja,gambar aku turut tersiar dlm beberapa buah laman blog pro Umno dengan memaparkan tajuk  Kenali Wajah blogger HAPRAK PAS dari Batu Kurau”(klik pada tajuk).

Maka,Cikgu Manan yang selama ini tidak pernah dilayan sebagai seorang tua yang berjasa,jangan kata hendak ziarah,bertanya khabarpun tidak.Inilah nasib yang dihadapi setiap pemimpin di dlm Umno bila tiba zaman kejatuhannya.Bila sudah tidak menjadi wakil rakyat,tidak ada keuntungan lagi yang boleh dikaut daripadanya maka yang sering mendapat liputan dan pujian oleh pencacai-pencacai murahan Umno ini hanyalah pemimpin-pemimpin Umno yg masih memegang status wakil rakyat.

Hikmah di sebalik penyiaran artikel tersebut menyerlahkan sikap dan perangai sebenar Umno.Rombongan Umno bersama blogger pencacai murahan mereka yang selama ini bagaikan tidak menyedari kewujudan cikgu Manan apatah lagi mahu mengingatkan jasa2 beliau kpd umno telah mengadakan satu lawatan ke rumah Cikgu Manan.Tujuannya adalah untuk mendapatkan kepastian,benarkah cikgu Manan sudah mula tawar hati dengan Umno dan mula menyokong pembangkang? Kalau tdk timbul isu ni,memang tak kelapaq Umno nak ziarah Cikgu Manan ni.Hehe

Satu rakaman video telah dibuat dlm satu sesi temuramah blogger pro-Umno terhadap Cikgu Manan.Dalam video tersebut yang kini telahpun diupload dlm laman youtube bertajuk “Mantan ADUN Batu Kurau  nafi sokong pembangkang” (klik pada tajuk) telah memaparkan pengakuan Cikgu Manan yang mengakui tidak menyokong Anwar apabila ditanya pendapatnya tentang Anwar.Maka bersorak gembiralah Umno dgn jawapan itu.Haha satu peluru untuk pembangkang berjaya dilepaskan.Blogger PAS menfitnah Mantan ADUN Batu Kurau!

Tiba-tiba aku teringat tentang satu peristiwa.Beberapa hari selepas berlangsungnya program ceramah Anwar di Batu Kurau itu,aku berkesempatan menunjukkan gambar cikgu Manan bersama Anwar ini kepada salah seorang pemuda Umno kawasan Larut.Nak tahu apa katanya kepada aku? Katanya "kalau setakat cikgu Manan je pun,hampa ambik la,kami(Umno) tak mau dah,lagipun orang tua tu dah nyanyuk”.

Ha Nyanyuk.!!.Hahaha,patutla...Setahu aku,orang nyanyuk selalunya akan mengalami simpton-simpton seperti mudah lupa,keliru dengan setiap tindakan yang dilakukan.Penghidap penyakit ini juga akan melakukan sesuatu perkara di luar kebiasaan manusia normal.Contohnya seperti dalam kes ini,kejap cakap sokong PR,kejap,kejap Umno.kejap PR,kejap Umno balik.

Sewaktu kehadiran Cikgu Manan ke majlis ceramah Anwar malam itu.Timbalan Ketua KeADILAn Cabang Larut,Haji Adli Kamarun yang menyedari kehadiran cikgu Manan telah bertanya tentang tujuan kehadirannya.Bukan apa,200 meter bersebelahan ceramah Anwar telah berlangsungnya juga ceramah Umno..Manalah tau,mungkin dia tersalah tempat.Tetapi jawapan yang keluar daripada mulut cikgu Manan sendiri.Katanya”Memang tujuan saya nak datang sini,saya nak jumpa Anwar,saya sokong perjuangan Anwar” tapi berbeza pula dlm kenyataanya sewaktu ditemurah blogger pencacai Umno..”Saya tak sokong Anwar”..Haha..Betullah apa yang pemuda Umno tu habaq kat aku,Cikgu Manan dah nyanyuk..apasal la aku tak percaya cakap dia dari awal2..Patutlah malam tu dikhabarkan waktu nak pulang dari majlis tersebut cikgu Manan telah meminta tolong org carikan keretanya yang dia sendiri lupa parking kat mana..Hehe..

p/s: Yang masih bersama Umno kebanyakannya orang yang jenis macam ni la(tua,nyanyuk).Yang muda2 semua dah sokong PR..Hehe

Monday, 8 October 2012

Umno paksa pengetua beri amaran pada guru2 supaya jangan undi Pakatan Rakyat

Dah terdesak agaknya Umno ni.Cuba baca info kat bawah ni..

Pengetua Sekolah dipaksa buat road show ugut guru-guru tentang undi.
Betapa terdesaknya umno bak lembu disembelih tetapi terlepas ikatan maka bertempiaranlah lari 'silembu ini'..

Terkini umno paksa Pengetua sekolah untuk buat road show ke sekolah-sekolah, bertemu dengan semua guru-guru sekolah, beri taklimat tentang PRU 13 dan nayatakan bahawa undi bukan lagi rahsia, guru-guru diberi amaran jika mengundi Pakatan Rakyat, mereka akan diambil tindakan.

Ada juga guru-guru yang takut dengan perkara ini. Mereka takut undi mereka diketahui. Mereka takut mereka akan diambil tindakan. Mereka bertanya betulkan undi bukan lagi rahsia?

Jawabnya mudah..jangan takut wahai semua guru-guru..takutlah pada Allah bukan pada umno..maka tabahkan hati..bulatkan tekad..undilah Pakatan Rakyat..insyaAllah akan tercatat dalam sejarah Malaysia, guru-guru berperanan tumbangkan umno demi untuk Malaysia baru.

Tapi yang lucunya Pengetua Sekolah kata.."Kami bagi laporan pada umno kata semuanya ok..semuanya putih..walaupun sebenarnav warna hitam..kah kah kah..





(sumber;FB PAS Kawasan Larut,Perak)

Wednesday, 19 September 2012

Konvoi Anak Muda bersama Aishah Srikandi dan Leman Raja Lawak ke Majlis rumah terbuka PKR Cabang Larut



BATU KURAU: Sejumlah 1000 anak muda terlibat dalam acara konvoi bermotosikal menuju ke majlis rumah terbuka PKR Cabang Larut petang semalam.

Konvoi anjuran Angkatan Muda KeADILan(AMK) dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Larut tersebut turut disertai oleh dua ikon anak muda iaitu Ketua Srikandi KeADILan Malaysia,Siti Aishah Shaik Ismail dan bekas peserta rancangan reality Tv,Raja Lawak musim ke-5,Leman.

Aishah dan Leman yang dijadual menyampaikan ceramah di sini pada sebelah malamnya mengambil kesempatan untuk turut serta bersama perarakan konvoi sejauh 15 kilometer yang memulakan perjalanan dari Ulu Sepetang hingga ke Kg Anak Kurau,tempat berlangsungnya majlis.

Berlepas pada jam 3.45 petang,para peserta konvoi kemudiaannya singgah sebentar di Kampung Titi Kasai,Batu Kurau bagi meneruskan satu upacara menaikkan bendera PKR dan PAS bersaiz gergasi di situ.


Ketua AMK Larut,Shaiful Lizam Yusof  menyifatkan jumlah penyertaan yang sangat menggalakkan daripada golongan muda dalam setiap program yang dianjurkan Pakatan Rakyat di situ adalah merupakan tanda-tanda awal kejatuhan Umno.

Ujarnya,sebelum ini  kehadiran tokoh-tokoh besar Pakatan Rakyat seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim,Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Haji Mohamad Sabu ke bumi Larut turut disambut oleh perarakan konvoi anak muda yang telah berjaya mengundang penyertaan di luar jangka.

Walaupun pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan media-media kawalan Umno,ternyata ianya langsung tidak berjaya merencatkan jumlah sokongan golongan muda di kawasan itu terhadap Pakatan Rakyat yang semakin bertambah saban hari.Jelasnya lagi.

Sementara itu,Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin  berkata, kejayaan Pakatan Rakyat menambat hati golongan muda di kawasan tersebut dapat dilihat dalam setiap program yang dianjurkan.

Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak menjelaskan bahawa pihaknya percaya fenomena dan situasi ini sangat dicemburui pihak lawan terutamanya Pemuda Umno Larut itu sendiri.

“Hari ini kita telah buktikan,biarpun kita tidak menjanjikan apa-apa habuan kepada mereka,tiada tshirt percuma,cabutan bertuah dan wang saku malah sebaran maklumat berhubung program hanya dibuat melalui sms sehari sebelumnya(semalam),namun lihatlah sendiri sambutannya.”

“Mereka ini adalah golongan muda bermaruah yang tidak rela menjadi bahan komoditi atau objek yang boleh dijual beli dan dirasuah sesuka hati. Tahniah saya ucapkan,semoga kita terus berganding bahu dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan berada di tangan kita(PR) pada pilihan raya umum akan datang.”Tambah Akmal lagi

Setibanya di lokasi majlis pada jam 4.30 petang,para peserta konvoi mengambil kesempatan menjamu selera dengan juadah yang disediakan sambil mendengar amanat dan ucapan yang disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Aishah yang diberi kesempatan untuk berucap di majlis itu mengucapkan tahniah kepada seluruh anak muda yang terlibat dalam menjayakan program konvoi pada hari tersebut.

“Inilah gerakan anak muda yang pastinya akan menumbangkan Umno BN pada pilihan raya akan datang”Jelas Aishah dalam ucapan ringkasnya di hadapan lebih 1500 tetamu yang hadir.

Ketua Cabang KeADILan Larut,Dr Muhammad Nur Manuty dalam ucapannya pula meluahkan rasa yakin dengan keupayaan PR untuk merampas kerusi Parlimen Larut dan ketiga-tiga DUN di bawahnya setelah melihat momentum sokongan masyarakat terhadap PR yang semakin meningkat di kawasan itu.

Muhammd Nur yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR Malaysia menjelaskan bahawa hasil daripada maklumat dan sumber risikan pihaknya mendapati satu-satunya kerusi yang ditandingi PKR di kawasan tersebut iaitu DUN Batu kurau yang dulunya sering dilabel sebagai kawasan putih(selamat) oleh Umno,namun kini sudah menjadi kelabu iaitu kawasan yang sudah dianggap berbahaya dan tidak selamat lagi bagi mereka(Umno).

"Ini menguatkan lagi semangat kita untuk bekerja keras bagi memastikan Umno tumbang di kawasan ini pada pilihan raya umum akan datang."Katanya

Biarpun majlis berlangsung dalam cuaca hujan,namun hadirin yang hadir tetap tidak berganjak dari tempat duduk mereka sehinggalah majlis berakhir pada jam 5.45 petang.

Turut hadir,ADUN Kuala Kurau,YB Yunus Jamhari serta pimpinan KeADILan dan PAS dari pelbagai peringkat di negeri Perak.


Leman menunggang motosikal milik ketua Amk Larut,Shaiful

Reaksi spontan Ust Akmal & Leman ketika gambar mereka dirakam lensa kamera

Aishah dan Leman sewaktu upacara menaikkan bendera gergasi di Kg Titi Kasai,Batu Kurau
Sebesar-besar bendera ini,namun besar lagi semangat kami nak menumbangkan Umno BN


Beberapa orang remaja perempuan turut serta dalam perarakan konvoi

Timbalan Ketua Cabang PKR Larut,Haji Adli Kamarun@Ayah cikgu segak berbaju melayu biru

Ketibaan Adun Kuala Kurau,YB Yunus Jamhari