Saturday, 14 June 2014

Tahniah Mantan Ketua Amk Larut bertemu jodoh

Penulis selaku sahabat karib mengucapkan tahniah kepada Mohd Shaiful Lizam Yusof,Mantan Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK)Cabang Larut yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Shaiful yang baru melepaskan jawatan sebagai ketua AMK Larut dalam pemilihan 2014 setelah memegang jawatan tersebut sejak tahun 2009 telah diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati,Majidah bt Mihat,seorang guru agama di SMA Syubaniah Batu Kurau.

Majlis akad nikah berlangsung selepas waktu Isyak di Masjid Kampung Repoh,Batu Kurau pada malam 13/6/2014 dan majlis jamuan di pihak perempuan telahpun berlangsung pada 14/6/2014 diikuti majlis jamuan di kediaman pihak lelaki yg akan berlangsung di Kg Sungai Ara Batu Kurau pada 15/6/2014

Kepada Shaiful dan pasangan,selamat menjalani kehidupan berumahtangga penulis ucapkan .Semoga berbahagia dan beroleh zuriat yg soleh


 Sedikit foto yang sempat penulis rakamkan sekitar majlis perkahwinan.Maaf foto tak clear,maklumlah pakai kamera handphone je

No comments:

Post a Comment