Wednesday, 6 March 2013

Kebangkitan anak muda Larut,misi tawan parlimen dan 3 DUN

Hujan lebat tidak menghalang kemaraan konvoi kebangkitan anak muda Larut  yang berlangsung  di sini baru-baru ini

Disertai kira 3000 peserta yang sebahagian besarnya  terdiri daripada golongan muda,program tersebut merupakan inisiatif yang diambil  Pemuda PAS Larut bagi memperjelaskan kesediaan pemuda di kawasan itu dalam misi menawan Parlimen Larut dan ketiga-tiga DUN di bawahnya pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13

Konvoi yang diketuai Ketua Pemuda PAS Larut,Ustaz Mohd Nazri Din dan timbalannya ,Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin mengelilingi 3 DUN dalam parlimen tersebut bermula dari Kampung Anak Kurau dalam DUN Batu Kurau melalui DUN Kubu Gajah seterusnya menamatkan perjalanan di Kampung Garok dalam DUN Selama.

Turut serta Ketua Pemuda PAS Perak,Ustaz Mohd Zawawi Hasan.
     'Senyum'..Gandingan Ketua Pemuda,Ustaz Nazri Din(kanan) dan timbalannya,Ustaz Akmal(kiri) mengetuai konvoi

1 comment:

  1. SAYA ANAK PERANTAUAN DARI ULU SELAMA BERMAUSTAUTIN DISELAGOR.

    SAYA URIGA DENGAN CALON P056 LARUT.

    DIA INI MENYERTAI PAS SATELAH LAWATAN HADI BERSAMA MIKE TYSON (BEKAS MB SELAGOR0 KERUMAHNYA. MULANYS SAY MENJANGKA DIA AKAN DI BERI PRLUANG UNTUK KERSUSI DI SELANGOR UNTUK MENGUKUHKAN PERJUANGAN PUAK2 YANG MENDUKUNG KERAJAAN UNITY PAS-UMNO BARU

    ReplyDelete