Akmal menjelaskan,dalam program tersebut pihaknya telah mengunjungi
20 buah rumah penduduk di kampung tersebut dan kesempatan itu digunakan pihaknya
untuk menghulurkan sumbangan kepada beberapa orang penduduk yang kurang
berkemampuan.
Di awal kunjungan ke kampung itu,Akmal berkata pihaknya mendapati kampung tersebut yang terletak di seberang
sungai tidak mempunyai jambatan sebagai laluan penghubung menyebabkan beliau
dan rombongan PAS kawasan terpaksa meranduk air sungai untuk ke seberang.
Kegagalan kerajaan menyediakan prasana yang lengkap seperti jambatan
sebagai laluan kemudahan kepada penduduk-penduduk di situ mengundang kekesalan pihaknya.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku,dalam tempoh 55 tahun
negara kita merdeka,kenapa masih ada rakyat yang ketinggalan daripada menikmati
arus pembangunan?” Soal Akmal.
(Santai bersama pemuda PAS Cawangan Bukit Torak turut disertai Leman Raja Lawak)
Seterusnya,rombongan PAS kawasan yang diketuai Akmal dan Fauzi turut berkunjung ke Kampung Bukit Torak untuk sesi beramah mesra dan santai
bersama pemuda-pemuda PAS di cawangan itu sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Sungai Bayor untuk menziarahi Ketua PAS di cawangan tersebut iaitu Ahmad Zanian Mad Shuhor
(Akmal dan Fauzi menziarahi Ketua PAS Sg Bayor,Ahmad Zanian)



No comments:
Post a Comment