Saturday, 28 September 2013

PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG PEMUDA PAS LARUT

Hari: Sabtu Tarikh : 28September 2013 Masa: 2.00pm-6.00pm Tempat: Markaz PAS Cawangan Kampung Perak, Batu Kurau.. Semua Ajk Pemuda dan semua ahli dijemput hadir. Pemuda adalah tunjang kebangkitan islam!!! Allahuakhbar!!!!

Monday, 1 July 2013

Ada ruang di media Umno untuk Kazim Elias jaja cerita raih publisiti murahan

Isu sekat pendakwah daripada menyampaikan ceramah,kuliah,atau forum bukanlah perkara baru dalam negara ini..


  • Sebelum ini sudah ramai pendakwah yang pernah mengalami situasi sedemikian.
    Antaranya ialah Ustaz Ismail Kamus,Dr Haron Din dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Mereka adalah contoh nama2 tokoh pendakwah yang dulunya pernah popular dalam slot forum Perdana Ehwal Islam di RTM iaitu sebuah rancangan berbentuk forum yang mengupas isu2 keagamaan di negara ini.
    Rancangan tersebut masih lagi bersiaran sehingga ke hari ini tetapi di manakah nama2 yang disebut itu sekarang? Kenapa tiada lagi kemunculan mereka di kaca tv? 

    Mereka adalah mangsa2 diskriminasi parti pemerintah yang menguasai siaran tv.Padahal jika hendak dibandingkan kelulusan mereka2 ini dengan kelulusan seorang ustaz (ustazlah konon) yang asyik mencari publisiti murahan dengan sibuk menjaja cerita yang sepatutnya tidak terpacul daripada mulut seseorang yang benar2 menepati ciri2 seorang pendakwah. 

    (Ustaz Ismail Kamus,pendakwah yang kini 
    menjadi masngsa diskriminasi media Umno)

    Daripada cerita diugut bunuh yang tidak berjaya menarik simpati orang ramai.Keluar surat khabar tapi masing2 buat "dont know" dan tidak menunjukkan keterujaan mereka untuk mengambil tahu..Siapa orang yang nak bunuh tu? Kenapa orang tu nak bunuh? Masing2 tak berminat nak ambil tahu.

    Pada mereka,banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu diberi keutamaan untuk difikirkan.Adalah lebih baik difikirkan penyelesaian untuk mengembalikan maruah ugama yang semakin tercalar dengan kewujudan ULARMAK-ULARMAK pengampu yang menjilat pemerintah sekular.Pemerintah yang membelakangkan Al-Quran,Hadis,Ijmak dan Qias dalam urusan pemerintahan.Hal ugut bunuh tidak menjadi tugas kami untuk memikir dan menyelesaikannya.

    Kongsikan sahaja cerita itu dengan polis bukan dengan akhbar.Kalau ada bukti,polis boleh tangkap dan dakwa orang terlibat.Nampaknya dah sebulan semenjak kenyataan ugut bunuh itu dikeluarkan.Memang ada tangkapan dibuat dalam tempoh itu.Tetapi yang ditangkap itu bukanlah orang yang mengungut bunuh ustad sorang ni tetapi Adam Adli dan Datuk Husam Musa.

    Pada pihak berkenaan.Cukup2lah menganjing..Banyak lagi isu jenayah tak selesai..Bunuh,rogol,ragut dan sebagainya..Kenapa agresif dengan orang politik dari pembangkang tetapi lemah dengan penjenayah2 di luar yang membahayakan? Pergi cari dan tangkap orang yang bertanggungjawab mengugut untuk membunuh si Kazim ni.Kalau betullah apa katanya itu..Bukannya pergi cari dan tangkap aktivis mahasiswa dan orang politik dari pembangkang seperti Adam Adli dan Datuk Husam Musa.

    Berbalik kepada cerita asal..Daripada cerita ugut bunuh yang sampai hari ini pengugutnya tidak ditangkap gara2 orang yang diugut mengalami kegagalan fungsi otak sehingga tidak tahu membezakan tugas wartawan akhbar dengan pihak polis..

    Mungkin orang yang diugut bunuh itu (Kazim) menyangka kerja2 menangkap penjenayah itu adalah tanggungjawab wartawan akhbar..Sebab itu dibuat report kpd wartawan akhbar,bukannya pihak polis..

    Senyap isu kes ugut bunuh,tiba2 dengar pula cerita baru.Kononnya ada negeri yang tidak benarkan dia berceramah dan berkuliah.Kah,kah,kah.Deyy.itupun nak kecoh ke? Sama ada dia sedar atau tidak yang selama ini sebelum dia ramai lagi tokoh2 agama yang mengalami perkara sedemikian contohnya seperti yang penulis nyatakan mula2 tadi..

    Ustaz Ismail Kamus,Dr Haron Din,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan termasuk yang terbaru Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya yang diarahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shaberry Cheek(Menteri KBS sebelumnya) supaya dibatalkan bagi memberi laluan kepada konsert kpop yang memperagakan tarian gadis seksi dari korea.

    Terdapat dua perbezaan antara mereka2 ini dengan Kazim Elias.Mereka adalah pendakwah yang tidak sealiran ideologi dan pemikirannya dengan parti pemerintah tetapi kazim pula adalah pendakwah yang biarpun dinafi tetapi bak kata pepatah "sekilas ikan di air sudah ditahu jantan betinanya".Kalau sudah berbau umno,semburlah dengan pewangi apapun,akan tetap berbau Umno.kah,kah,kah.

    Justeru kita memahami perbezaan di atas,maka dapatlah disimpulkan pula perbezaan yang keduanya pula.

    Sejak daripada dulu lagi,jika ada dua golongan agamawan yang mempunyai ciri2 seperti di atas.Maka sudah tentu hanya salah satu daripada mereka yang akan diberi ruang di media kerajaan manakala pihak yang satu lagi tidak.

    Pendakwah2 lain ada juga yang mendapat sekatan daripada meneruskan aktiviti dakwah di negara ini tetapi tiada ruang untuk mereka mengadu di media2 kerajaan seperti Kazim. 

    Perihal Kazim diugut bunuh mendapat liputan meluas di akhbar2 kawalan kerajaan tetapi bagaimana pula dengan Assyahid Ustaz Ibrahim Libya? seorang pendakwah yang benar-benar dibunuh oleh parti pemerintah hanya kerana enggan tunduk dan menyerah kalah dengan undang2 tanpa bicara(ISA).
    (Kazim Elias diugut bunuh,Ustaz Ibrahim Libya benar2 dibunuh.Beliau pendakwah muda yang acap kali muncul di rancangan Forum Perdana Ehwal Islam RTM sebelum dibunuh pada tahun 1985.Siapa bunuh?)

    Media2 daripada puak itulah yang sehingga sekarang menggelapkan cerita sebenar.Antara yang diugut bunuh dan yang benar2 dibunuh manakah yang sepatutnya diberi keutamaan? Akhir kata.Umno,media Umno dan Kazim Elias Umno sama2 "bodo nak mapoh"

    P/s: perkataan "bodo nak mapoh" merupakan dialek dari kampung Kazim dan kampung penulis iaitu Batu Kurau Perak.Ia bermaksud bodoh yg keterlaluan..Teman ni sekampung dengan Kazim wehh..

Wednesday, 1 May 2013

Mantan Adun Umno Batu Kurau,Najmuddin Alias doakan kekalahan adiknya yang menentang calon PAS di DUN Kubu Gajah

Bila sikap cemburu dan iri hati menguasai diri..pencalonan Hasbullah Elias di DUN Kubu Gajah rupa2nya tidak menyenangkan hati beberapa pemimpin2 Umno peringkat bahagian di Larut yg selama ini bertungkuslumus menonjolkan diri kepada masyarakat tetapi tidak mendapat kepercayaan oleh kepimpinan tertinggi Umno untuk dicalonkan..Antaranya ialah Ketua Umno Larut,Raja Ahmad,Ketua Pemuda bahagian,Anuar Arifin dan Naib Ketua Bahagian,Fauzi Kassim..

Mereka ini adalah nama2 yang telah banyak berhabis wang mengatur program untuk menarik sokongan masyarakat sekaligus meyakinkan kepimpinan tertinggi umno bahawa merekalah calon yang selayaknya dipilih..Tapi malangnya mereka tidak dipilih..Tidak hairanlah bila maklumat yang diterima menyatakan terdapat usaha2 untuk memboikot Hasbullah oleh mereka2 yang gugur dari pencalonan..

 Masing2 mengatur pengikut masing2 menyebabkan jentera Umno di beberapa buah Unit Peti Undi dalam DUN Kubu Gajah kelihatan suram..gerak kerja tidak berjalan..Apa boleh buat? Inilah budaya politik yang subur di dalam Umno..Cah keting,cantas mencantas,sudah menjadi perkara biasa..

 Bukan nama2 yang disebutkan di atas shj yang dikatakan membentuk team untuk memboikot Hasbullah tetapi juga Kapten Najmuddin Elias iaitu abang kepada Hasbullah sendiri..Nak dijadikan cerita,selepas beberapa hari diumumkan Hasbullah bertanding di DUN Kubu Gajah,Kapten Najmuddin ada menghubungi calon PAS Dun Kubu Gajah,Ust Nazri Din yang akan bertanding melawan adiknya itu..Dalam perbualan tersebut Kapten Najmuddin telah mendoakan kekalahan adiknya sendiri..

 Hmmm,dengan itu terbuktilah apa yang telah diperhebohkan selama ini..Kedua2 beradik ini sememangnya sudah lama berseteru..semuanya bermula sejak Pru 2004 apabila masing2 ingin menawarkan diri bertanding di DUN Batu Kurau menyebabkan salah seorang drpd mereka terpaksa beralah..Hasbullah selaku adik beralah dan memberi laluan kpd abangnya.

Dua penggal bergelar YB,nafsu kapten Najmuddin tak pernah puas.Kalau boleh nak bertanding lagi.. Pencalonan Hasbullah di DUN Kubu Gajah mensyaratkan Kapten Najmuddin berundur kerana BN bimbang jika dua beradik diperturunkan dalam sebuah kawasan yang sama iaitu DUN Batu Kurau yang kedudukannya berada dalam satu kawasan parlimen yg sama dengan DUN Kubu Gajah akan menimbulkan kesan protes yang lebih besar daripada ahli akar umbi..

Lalu dengan perasaan geram terpaksalah Kapten Najmuddin undur diri dan beri laluan kepada calon muka baru iaitu Dr Mohd Amin di DUN Batu Kurau..Sepatutnya setelah tidak tercalon,beliau mempunyai banyak masa untuk turun membantu adiknya berkempen..Ini tidak..dalam keadaan banyak jentera cawangan dalam DUN Kubu Gajah memboikot adiknya.Boleh pula dia doakan kekalahan adiknya.

Busuknya hati manusia bernama Najmuddin ini.Walaupun berkelulusan agama..Tapi nafsu telah mengaburi hati dan akal dek kerana ketamakkan kuasa..

Wednesday, 6 March 2013

Kebangkitan anak muda Larut,misi tawan parlimen dan 3 DUN

Hujan lebat tidak menghalang kemaraan konvoi kebangkitan anak muda Larut  yang berlangsung  di sini baru-baru ini

Disertai kira 3000 peserta yang sebahagian besarnya  terdiri daripada golongan muda,program tersebut merupakan inisiatif yang diambil  Pemuda PAS Larut bagi memperjelaskan kesediaan pemuda di kawasan itu dalam misi menawan Parlimen Larut dan ketiga-tiga DUN di bawahnya pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13

Konvoi yang diketuai Ketua Pemuda PAS Larut,Ustaz Mohd Nazri Din dan timbalannya ,Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin mengelilingi 3 DUN dalam parlimen tersebut bermula dari Kampung Anak Kurau dalam DUN Batu Kurau melalui DUN Kubu Gajah seterusnya menamatkan perjalanan di Kampung Garok dalam DUN Selama.

Turut serta Ketua Pemuda PAS Perak,Ustaz Mohd Zawawi Hasan.
     'Senyum'..Gandingan Ketua Pemuda,Ustaz Nazri Din(kanan) dan timbalannya,Ustaz Akmal(kiri) mengetuai konvoi

Tuesday, 8 January 2013

Kampung tiada jambatan di Selama dapat perhatian PAS

SELAMA: PAS kawasan Larut yang diketuai Ketua Penerangannya,Ustaz Akmal Kamaruddin dan Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang juga calon PAS di Parlimen Larut,Dato’ Fauzi Shaari meneruskan misi menyantuni masyarakat di sekitar Kampung Ulu Damak yang terletak dalam DUN Selama baru-baru ini.

Akmal menjelaskan,dalam program tersebut pihaknya telah mengunjungi 20 buah rumah penduduk di kampung tersebut dan kesempatan itu digunakan pihaknya untuk menghulurkan sumbangan kepada beberapa orang penduduk yang kurang berkemampuan.

Di awal kunjungan  ke kampung itu,Akmal berkata pihaknya mendapati kampung tersebut yang terletak di seberang sungai tidak mempunyai jambatan sebagai laluan penghubung menyebabkan beliau dan rombongan PAS kawasan terpaksa meranduk air sungai untuk ke seberang.

Kegagalan kerajaan menyediakan prasana yang lengkap seperti jambatan sebagai laluan kemudahan kepada penduduk-penduduk di situ  mengundang kekesalan pihaknya.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku,dalam tempoh 55 tahun negara kita merdeka,kenapa masih ada rakyat yang ketinggalan daripada menikmati arus pembangunan?” Soal Akmal.
    (Santai bersama pemuda PAS Cawangan Bukit Torak turut disertai Leman Raja Lawak) 
                                   
Seterusnya,rombongan PAS kawasan yang diketuai Akmal dan Fauzi turut berkunjung ke Kampung Bukit Torak untuk sesi beramah mesra dan santai bersama pemuda-pemuda PAS di cawangan itu sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Sungai Bayor untuk menziarahi Ketua PAS di cawangan tersebut iaitu Ahmad Zanian Mad Shuhor
(Akmal dan Fauzi menziarahi Ketua PAS Sg Bayor,Ahmad Zanian)