Friday, 28 December 2012

Ni dia senarai calon Umno Parlimen Larut,DUN Kubu Gajah & Selama ! YB sampah selonggok Kubu Gajah tersingkir...

Mungkin kerana calon2 sebelum ini tidak lagi tergolong dalam kategori calon boleh menang@ winnable candidate menyebabkan Umno terpaksa mengambil langkah selamat dengan menampilkan muka2 baru di Parlimen Larut,DUN Kubu Gajah dan Selama pada pru ke 13

Berikut adalah senarai nama2 calon tersebut ;
(Maklumat tepat dari sumber dalaman Umno,salah satu daripada dua nama yang disebutkan dalam setiap kawasan akan terpilih sebagai calon)

Nampak gayanya tersingkirlah YB bagi ke tiga-tiga kawasan tersebut sebagai calon buat sepenggal lagi..Ini termasuklah Ketua Umno Larut merangkap YB Sampah Selonggok DUN Kubu Gajah,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin..

Kenapa aku katakan si Raja Ahmad ni YB Sampah selonggok..?
Blogger OrangNi ada butirannya (klik di sini)

Thursday, 27 December 2012

PKR tampil calon berpendidikan Agama di DUN Batu Kurau

BATU KURAU: Jika di Parlimen Larut PAS meletakkan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Datuk Fauzi Shaari sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13,di DUN Batu Kurau dalam parlimen tersebut pula akan diwakili oleh seorang calon yang berlatarbelakangkan agama.

DUN Batu Kurau adalah satu-satunya kerusi dalam parlimen Larut yang ditandingi Parti KeADILan Rakyat (PKR) sejak PRU ke 11.

Untuk PRU ke 13 dikhabarkan PKR akan menurunkan Ustaz Mohammad Fadzil bin Ellias (gambar) ,anak kelahiran Batu Kurau yang berasal dari Kg Anak Kurau.Beliau adalah anak tempatan Batu Kurau yang kini bertugas sebagai pegawai agama di Pulau Pinang dan merupakan lulusan dari Abu Bakr Islamic Universiy,Pakistan.

Timbalan Ketua Cabang PKR Larut,Haji Adli Kamarun ketika dihubungi penulis mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau,pihaknya telahpun memperkenalkan calon tersebut kepada pengundi-pengundi di DUN Batu Kurau dalam beberapa program bersama masyarakat di situ sejak beberapa bulan yang lalu.

"Ternyata penerimaan mereka amat baik sekali malah tiada bantahan daripada ahli-ahli di peringkat akar umbi dan pihak kami yakin DUN Batu Kurau akan berjaya ditawan PKR pada PRU ke 13".Katanya

Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK)Larut,Shaiful Lizam Yusof ketika dihubungi juga turut meluahkan nada yang sama.

Katanya beliau yakin DUN Batu Kurau akan berjaya dimenangi PKR berdasarkan kepada 'mood' pengundi khususnya golongan muda yang semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno tidak lagi berada pada zon selesa di DUN tersebut.

Komen Blogger: Memang itu yang kami mahu,berkat doa KO BN yang kita aminkan setiap kali rakaman video doa tersebut disiarkan dlm buletin TV3..InsyaAllah,Umno akan KO pada PRU-13,bukan sahaja di Parlimen Larut dan DUN Batu Kurau,tetapi juga di Putrajaya..Hancur Umno!!



Tuesday, 25 December 2012

Sepakat menyokong pencalonan Datuk Fauzi Shaari di Parlimen Larut

LARUT: PAS Cawangan Sungai Ara dalam kawasan Larut sebulat suara menyokong pencalonan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Datuk Fauzi Shaari di parlimen Larut pada Pilihan raya umum(PRU) ke 13.

Pendirian tersebut disepakati oleh seluruh ahli jawatankuasa serta ahli-ahli di cawangan tersebut ketika berlangsungnya majlis usrah di kediaman Setiausaha PAS Cawangan,Zainal Abidin Ramli baru-baru ini

Dalam program yang turut dihadiri Fauzi itu,rata-rata ahli PAS yang berada pada majlis tersebut dilihat  tidak kekok untuk berbual mesra dengan Fauzi,anak kelahiran Larut yang baru sahaja 7 bulan menyertai PAS itu.

Mewakili PAS Cawangan,Bendaharinya,Mohd Ikber Tan berkata pihaknya tidak mempunyai apa-apa masalah berhubung soal calon.

“Tidak kira siapa sahaja calon yang akan diputuskan PAS Pusat untuk bertanding di Parlimen dan DUN di sini,kami tetap konsisten menyokong tanpa bantahan”Katanya

Ini kerana ujarnya,kepatuhan kepada setiap keputusan pucuk pimpinan adalah sikap yang harus ditonjolkan oleh setiap ahli di pelbagai peringkat

Kataya lagi,seluruh ahli di cawangan tersebut membantah tindakan seorang Ketua Cawangan dalam kawasan Larut yang baru-baru ini membuat sidang media untuk memboikot calon yang telah diputuskan PAS Pusat

Pihaknya yakin bahawa setiap keputusan yang dibuat PAS Pusat telah melalui beberapa fasa sehinggalah musyawarah di peringkat badan tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama dan keputusan tersebut bukanlah terhasil daripada perbincangan di peringkat kedai kopi.

Sementara itu,Fauzi yang diberi kesempatan berucap pada majlis tersebut meluahkan keyakinan bahawa akan berlaku satu perubahan kepimpinan bukan sahaja di kawasan parlimen yang bakal ditandinginya tersebut tetapi juga di peringkat persekutuan.

“Yakinlah,PRU 13 akan menyaksikan Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya.Penantian kita(PAS) sudah terlalu lama,doakan PAS dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya,InsyaAllah kita akan pamerkan satu kelainan dalam pemerintahan itu nanti” Katanya

Turut serta,Naib Ketua Pemuda PAS Larut,Ustaz   Firdaus Hassan selaku naqib yang mengendalikan majlis Usrah pada hari tersebut

Akibat sering dimaki dan disumpah seranah,satu persatu pemandu peribadi ADUN Umno Kubu Gajah cabut lari

Sikap angkuh dan sombong seorang majikan yang sering memaki hamun dan menyumpah seranah pekerja bawahannya menyebabkan satu persatu pekerjanya cabut lari.Bukan kerana dipecat,tetapi secara sukarela mereka memberhentikan diri mereka sendiri setelah tidak tahan dengan sikap majikan mereka itu.

Itulah situasi yang berlaku kepada mereka-mereka yang pernah berkhidmat sebagai pemandu peribadi kepada ADUN Umno Kubu Gajah,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin.Lima penggal menjadi wakil rakyat,dari DUN naik ke Parlimen,dari Parlimen turun ke DUN.Namun dalam tempoh itu sudah berdozen-dozen pemandu peribadi kepada wakil rakyat Umno ini yang datang dan pergi silih berganti.

Kerana tidak tahan dengan makian yang diterima dikhabarkan pernah salah seorang pemandunya memberhentikan kenderaan di pertengahan jalan dan melemparkan kunci kereta lantas meningglkan YB tersebut di situ juga.Akibatnya YB itu terpaksa “drive” sendiri ke lokasi yang ingin dituju.Hahaha,baru kau tau! Jangan fikir kau punya taring ja..Orang lain pun ada taring juga

Inilah yang dikatakan manusia spesis ego dan bodoh sombong.Manusia spesis ini selalunya akan merasakan diri mereka begitu sempurna sehinggakan orang yang berada di bawahnya baginya hanya layak dipandang sebagai hamba abdi yang wajib diherdik dan dicerca oleh tuannya..

Perhatian! tawaran masih dibuka kepada mereka yang masih tercari-cari kerja:

Peluang dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menawarkan diri sebagai CALON MENUNGGU untuk jawatan pemandu peribadi kepada seorang VIP yang bergelar Dato’ Seri ini.Tawaran masih dibuka,jadi rebutlah peluang anda.Untuk memohon,sila pos@emelkan “Resume” anda ke Pejabat Khidmat Mayarakat DUN Kubu Gajah.

Kenapa aku katakan CALON MENUNGGU? Manalah tau kot-kot pemandu peribadinya yang masih berkhidmat sekarang juga akan mengambil tindakan sama iaitu memberhentikan dirinya sendiri macam yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini,waktu itu boleh la korang masuk try pulak.Hahaha

Syaratnya cukup senang.Hanya mereka-mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tersebut sahaja bakal dipertimbangkan ke jawatan itu

Antaranya syarat-syaratnya ialah:

Tanpa perlu pengalaman ,yang penting mempunyai satu kebolehan istimewa iaitu.....

TAHAN MAKI !!!

Hahaha,teringat pulak aku satu babak dalam filem Tan Sri P.Ramli,"DoReMi"




Sedikit Info tambahan: Selain suka memaki,ADUN Umno Kubu Gajah,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin ini juga adalah orang yang bertanggungjawab membenarkan penerokaan secara besar-besaran tanah-tanah rezab melayu dalam DUN Kubu Gajah oleh seorang tauke cina kaya dari Taiping.Dan dikhabarkan daripada sumber dalaman Umno,besar jugalah habuan yang diberi Tauke cina tersebut kepada beliau hasil  daripada jasanya itu..Oleh itu besar harapan aku dan seluruh Rakyat yang cintakan keadilan kepada Pakatan Rakyat..Semoga PRU-13 Putrajaya berjaya ditawan.InsyaAllah,jika PR ke Putrajaya,Raja Ahmad ke penjara!! Hahaha

Thursday, 13 December 2012

Datuk Fauzi sedia berdepan dengan sesiapa sahaja calon BN di Larut


LARUT: Calon Pas Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari sedia berdepan sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang sebelum ini disebut-sebut calon bertanding kerusi itu  juga melahirkan keyakinan mampu menang berdasarkan sokongan padu pengundi di kawasan tersebut.

Fauzi berkata, beliau akur dengan kehendak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Larut.

“Saya istiqamah dengan perjuangan dan tidak kisah siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di Parlimen Larut).

"Rakyat kini sudah sedar dan yakin perjuangan PR ke Putrajaya untuk menubuhkan kerajaan yang adil bagi membela semua kaum dan golongan tanpa pilih kasih," katanya pada ceramah anjuran Pas Cawangan Batu Enam, di sini, kelmarin.

Menurutnya, beliau dan pucuk pimpinan kini juga yakin dengan sokongan padu rakyat juga pengundi Larut kepada Pas serta PR.

“Kita memberi jaminan jika PR memerintah negara, bahasa Melayu akan kekal menjadi bahasa rasmi negara, di samping menghormati bahasa lain. “Manakala agama Islam akan kekal agama rasmi dengan pengisian lebih menyeluruh, selaras kehendak perundangan Islam,” katanya.

Bersemangat pada ceramah berkenaan, Fauzi juga menegaskan PR akan memastikan hak istimewa orang Melayu terjamin, malah akan dimartabatkan dalam pelbagai bidang tanpa meminggirkan bangsa lain.

Bekas pelakon derita sakit gembira terima kunjungan PAS Larut

SELAMA: Jelas terpancar senyuman kegembiraan di wajah seorang bekas pelakon tanah air yang kini sedang terlantar sakit di hospital sejak 3 bulan lalu apabila menerima kunjungan Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut,Mohd Akmal Kamaruddin.

Pelakon tersebut,Radi Mat Isa,50,pernah membintangi beberapa buah filem pada era 80-an.Antara judul-judul filem lakonan beliau ialah ‘Panglima Badul’, ‘Hong Kong Angel 2’, ‘Tuan Besar’ dan lain-lain lagi.

Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak berkata,pelakon tersebut yang sebelum ini banyak membuat persembahan di pentas-pentas Felda selepas tidak lagi terbabit dalam dunia lakonan telah dimasukkan ke hospital Selama pada bulan Julai  yang lalu bagi menjalani satu pembedahan membuang satu ketumbuhan di bawah punggung.

Walaubagaimanapun jelas Akmal,selepas pembedahan itu beliau telah mengalami satu komplikasi yang mengakibatkan kedua-dua kakinya lumpuh.

Sebak melihat penderitaannya itu,Akmal berkata pihaknya amat berharap agar Persatuan-persatuan seperti SENIMAN,KARYAWAN dan mana-mana persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib golongan artis di negara ini agar mengambil perhatian serius akan hal yang menimpa bekas pelakon tersebut.

“Pihak kami mengalu-alukan juga sumbangan daripada orang ramai yang prihatin dan sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 158305335259 atas nama Madrazhid bin Isa” Jelas Akmal lagi.