Saturday, 24 November 2012

Bekas Pengarah JSJ PDRM ketuai program ziarah dan penyampaian sumbangan PAS kawasan Larut


BATU KURAU: Selepas mengisyhtiharkan kemasukannya ke dalam PAS beberapa bulan lalu,bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) PDRM,Datuk Fauzi Shaari kini giat melibatkan diri dalam  aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan PAS.

Terbaru,beliau telah mengetuai program ziarah dan penyampaian sumbangan di sekitar Ijok yang terletak dalam mukim Batu Kurau dan DUN Kubu Gajah

Program yang dianjurkan PAS kawasan Larut dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) kawasan dan PAS Cawangan Charak Salak itu dimulakan dengan melakukan kunjungan ke pasar pagi pekan Ijok untuk sesi beramah mesra dengan penduduk setempat dan para pengunjung di pasar tersebut

Pada sebelah petangnya pula,program diteruskan dengan melakukan kunjungan ke rumah-rumah penduduk miskin di sekitar Kampung Masjid Ijok bertujuan menyampaikan sumbangan beras dan barangan keperluan dapur.

Turut serta Yang Dipertua PAS kawasan Larut,Dr Dhari Othman



\

Monday, 19 November 2012

Dokumen urus niaga minyak sawit mentah Malaysia-Israel didedah,Umno Supply peluru untuk Israel !!

Pendedahan terkini!
Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan nafikan Genting Berhad beli saham FGVH sejumlah RM407.005.000 walaupun ia jelas dipaparkan di skrin Bursa Malaysia.

Kali ini,Pengerusi NGO Anak Peneroka FELDA Kebangsaan(ANAK),Mazlan Aliman telah mendedahkan pula bukti penjualan Minyak sawit mentah(MSM) FELDA kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat Israel yang berpengkalan di Singapura. Inilah salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu.

Ia berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga keturunan India yang berpengkalan di Dubai.

Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kpd 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpengkalan di Pasir Gudang ini dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).

Detik hitamnya bermula, MSM mula dijual kepada syarikat Israel!
Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, GAZA jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini.

Pemimpin UMNO berpura2 tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual Minyak Sawitnya kepada Israel!

Siapa yang hipokrit dan menjadi pengkhianat kepada orang Islam?


Umno sememangnya tidak pernah peduli tentang penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin yang ditindas sejak sekian lama oleh Regim Israel.Di sebalik kecaman2 mereka terhadap Israel selama ini rupa2nya ada udang di sebalik batu.Ianya tidak lain hanya untuk menutup pekung di dada mereka yang sudah membusuk bagaikan bangkai.


Begitu tergamaknya mereka menjalankan urus niaga dengan Israel.Tidakkah mereka tahu,setiap sen yang disalurkan kepada Israel ibarat membekalkan peluru senjata dan bom untuk membunuh ribuan umat Islam,pejuang-pejuang dan kanak2 tidak berdosa di Palestin?


Minyak sawit yang dibeli dari Malaysia dengan harga belian tertentu pastinya akan dijual pula oleh Israel kepada rakyatnya sendiri dengan harga yang jauh lebih tinggi dan menguntungkan.Tidakkah dengan menjual minyak sawit kepada Israel ianya secara tidak langsung telah menjana pendapatan negara haram itu?


Demi untuk mengejar keuntungan dunia yang sedikit,Umno sanggup melacurkan diri kepada Israel.Kepada orang melayu di negara ini yang kononnya mengecam kebiadaban dan kezaliman Israel terhadap umat Islam Palestin,ambillah masa untuk berfikir sejenak.Apakah makna kecaman kamu itu,sekiranya kamu terus menjadi pendokong kepada Umno.Sebuah parti yang menjadi proksi kepada Israel dan telah banyak menyumbang dana kepada regim itu untuk terus melumpuhkan kekuatan orang Islam.


Umat Islam di negara kita diseru untuk memboikot produk keluaran Israel bagi melumpuhkan ekonomi mereka.Apa gunanya kita memboikot produk keluaran negara itu sedangkan dalam masa yang sama kita menyokong Umno.Alahai,tolonglah jadi cerdik sikit wahai bangsaku!

Berikutan pendedahan ini.ANAK akan menganjurkan satu perhimpunan aman bagi menggesa penjualan MSM FELDA ke Israel dihentikan.Butiran program adalah seperti berikut:


Jom hadir beramai2 tanda solidariti kita. Buktikan simpati kita terhadap nasib rakyat Palestin yang di zalimi. Berpakaian serba Oren. SEBARLUASKAN INFO INI.





Friday, 16 November 2012

Kejayaan dua Anggota Unit Amal kesan jenazah tentera hilang wajar diberi pengiktirafan

LARUT: Kecekapan dua anggota unit Amal Malaysia yang berjaya menemui mayat seorang anggota tentera,Supain Gane,37, yang hilang selepas melakukan latihan penerjunan di Redang Panjang yang terletak dalam parlimen Larut dan DUN Kubu Gajah baru-baru ini dipuji Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin

Beliau menjelaskan dua orang anggota Unit Amal dari Perak bernama Abdul Rahim Syukor,61, dan Mohd Adib,21, hanya mengambil masa selama 10 minit mengesan jenazah mangsa biarpun misi mencari telah dilakukan selama 3 hari oleh pihak polis,Angkatan Tentera Malaysia(ATM),bomba dan  anggota Ikatan Relawan Rakyat(RELA).
(Akmal,kiri,mengambil kesempatan berbual dengan 2 wira Unit Amal,Adib dan Abdul Rahim)

Bagaimanapun kejayaan mereka ini sengaja digelapkan oleh media arus perdana.Jelas Akmal lagi

Menyifatkan mereka sebagai wira,Akmal turut memberi cadangan kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia supaya memberi pengiktirafan kepada kedua-dua individu ini agar ianya dapat membuka mata seluruh rakyat tentang kesungguhan dan komitmen jabatan Amal dalam membantu masyarakat.