Sunday, 29 July 2012

“Janji Ditepati”,Kalimah benar yang disalahguna

IPOH: Tindakan kerajaan mengguna pakai slogan “Janji Ditepati” sebagai tema sambutan hari kemerdekaan Negara yang ke 55 tahun dipersoal Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Mohd Akmal Kamaruddin



Menurut Akmal(gambar),”Janji Ditepati” adalah kalimah yang benar,tetapi dalam konteks ini maksud dan tujuannya telah disalahguna.

Jelasnya,situasi ini dapat dilihat dalam peristiwa tahkim yang menceritakan tentang bantahan golongan khawarij terhadap saidina Ali R.A dan Muawiyyah R.A huma dan apabila ada seorang daripada khawarij berkata “tiada hukum melainkan daripada Allah Swt” lantas dijawab oleh Saidina Ali bahawa perkataan tersebut benar tetapi maksud dan tujuannya adalah salah.”

"Janji Ditepati" adalah kalimah benar tetapi maksud dan tujuannya hanyalah untuk menjayakan kempen politik yang sarat dengan pembohongan bagi meraih simpati dan sokongan rakyat di Negara ini kepada Umno


Begitu juga dengan penggunaan slogan “Rakyat didahulukan” sebelum ini,hakikatnya rasuah dan kroni yang didahulukan bukannya rakyat.Ujar Akmal lagi



Thursday, 12 July 2012

ISA soal kemanusiaan,bukan isu politik-Abby Abadi

Beberapa hari yang lalu aku berpeluang menyertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA di hadapan Kem Tahanan Kamunting(KEMTA).Bagi aku,memang terdapat kelainan dalam protes kali ini berbanding protes-protes yang pernah dianjurkan sebelum ini.Ini kerana yang hadir memberi sokongan bukan sahaja terdiri daripada golongan aktivis dan pemimpin parti politik malah barisan artis tanah air.Kehadiran 3 orang artis yang terdiri daripada Abby Abadi,hairie Othman dan Leman Raja Lawak diharap dapat menyuntik kesedaran kepada artis-artis lain untuk sama-sama menyokong usaha-usaha membebaskan negara daripada cengkaman akta zalim ini.
Aku tertarik dengan kata-kata Abby dalam satu forumnya di Batu Kurau dua hari sebelum berlangsungnya protes tersebut.Katanya ISA bukan merupakan isu politik tetapi soal kemanusiaan yang harus diperjuangkan.Memang betul apa yang diperkatakan.Sebab itu pada hari berlangsungnya protes tersebut tidak ada langsung kempen parti-parti politik.Tiada kibaran bendera mana-mana parti politik malah ucapan daripada pemimpin-pemimpin yang mewakili parti politik masing-masing pun hanya berkisar tentang gesaan membebaskan 45 tahanan ISA dan menuntut agar kem tahanan tersebut ditutup segera.Sebab itu aku tidak bersetuju kalau ada pihak-pihak yang menuduh pembangkang mempolitikkan isu ISA.

Dikhabarkan Abby itu sendiri masih belum menjadi ahli mana-mana parti politik.Beliau hadir atas kapasiti peribadi,mewakili suara rakyat Malaysia untuk menyatakan kebencian terhadap kezaliman ISA yang telah banyak menghumban rakyat yang tidak berdosa melalui penahanan tanpa pembicaraan.Sebagai seorang Islam,menyokongnya ISA bererti kita menyanggah keterangan Allah di dalam Al-Quran kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” – Surah an Nisa’:58


Adakah kita merasakan diri cukup hebat sehinggakan begitu berani menyanggah keterangan Allah SWT dan meletakkan akal manusia itu jauh lebih tinggi dari pengetahuan yang maha berkuasa dengan sibuk mencari 1001 dalil untuk menghalalkan tindakan pemerintah? Ulama muda sewajarnya cermin diri..Dimanakah taraf kamu sebenarnya? Bagi aku,kamu semua tidak ubah seperti sampah! Sampah yang dibuang akhirnya akan dibakar oleh pemiliknya dan begitu jugalah ulama-ulama yang berkeupayaan untuk menegur pemerintah tetapi lidah mereka menjadi kelu dan bisu hanya kerana ketaksuban mereka dengan keduniaan(pangkat dan wang).Golongan tersebut juga akan dibakar oleh pemiliknya(Allah SWT) dalam api neraka yang panas menyala.Nauzzubillah

Mengingatkan kata-kata Abby itu,terimbau kembali ucapan Mantan Presiden PAS,Allahyarhan Ustaz Fadhil Noor  suatu ketika dahulu yang aku dengari di laman youtube.Katanya PAS akan terus membela sesiapa sahaja yang ditahan tanpa bicara dalam ISA biarpun orang tersebut ialah Dr Mahathir(PM waktu itu).


Persoalan kemanusiaan! Itu sebenarnya yang cuba ingin disampaikan oleh kedua-dua ikon ini.Allahyarham Ustaz Fadhil Noor merupakan ikon tokoh politik Malaysia yang disegani kawan mahupun lawan manakala Abby pula adalah ikon artis masa kini yang berani menyatakan kebenaran.Beliau tidak takut sekiranya berdepan risiko digam oleh stesen televisyen yang dikawal pemerintah,tempat beliau mencari makan selama ini.Begitu jugalah dengan Hairie Othman dan Leman..Syabas untuk anda dan artis-artis lain sebelum ini yang telahpun berhijrah.Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah,bukan daripada Umno BN Laknatullah


Turunkan juga Bendera BN !! MDS akur tuntutan 300 penyokong PAS

SELAMA:Keadaan sedikit tegang semalam apabila sejumlah 300 orang penyokong PAS berkumpul di Sg Bayor,Selama bagi membantah tindakan penguatkuasa Majlis Daerah Selama (MDS) yang mahu menurunkan kesemua bendera PAS yang dinaikkan di sekitar kawasan itu.

Difahamkan,tindakan MDS itu dibuat atas desakan kepimpinan Umno bahagian Larut kerana kawasan tersebut  bakal dikunjungi oleh TPM,Tan Sri Muhyiddin Yassin pada keesokannya(hari ini)

Walaubagaimanapun situasi beransur tenang apabila rundingan yang dibuat oleh pihak PAS yang diwakili oleh Ketua Penerangan PAS Larut,Akmal Kamaruddin dengan pihak MDS dan PDRM yang turut berada di situ bagi mengawal keadaan berjaya mencapai kata sepakat.

Pihak MDS akhirnya akur dengan tuntutan PAS agar kesemua bendera atau logo parti politik diturunkan dan ia tidak hanya tertakluk kepada pihak PAS sahaja.

Perhimpunan bersurai sebaik sahaja pihak MDS menurunkan kesemua bendera dan logo parti politik termasuklah daripada Umno BN.

Peristiwa tersebut disifatkan sebagai satu kemenangan oleh pihak PAS kawasan Larut dalam merealisasikan keadilan dalam sistem demokrasi di negara ini yang selama ini telah dinafikan Umno BN

Friday, 6 July 2012

Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA-Abby Abadi


LARUT,6 Julai 2012:Ribuan hadirin membanjiri perkarangan Tapak Pekan Selasa,Batu Kurau dalam satu program forum anjuran PAS kawasan Larut yang menampilkan seorang selebriti dan pelakon yang terkenal dalam drama bersiri kepolisian Gerak Khas,Abby Abadi.

Terdahulu,pada tarikh yang sama Abby dijadual akan menyampaikan satu forum yang bertema “Untuk Mu Wanita” di perkarangan Pejabat Majlis Agama Islam Selama(MAIS).Namun program tersebut telah dibatalkan di saat-saat akhir oleh pihak MAIS biarpun pengiklanannya telah tersebar meluas di seluruh kawasan Larut sejak sebulan yang lalu.

Dikhabarkan tindakan pembatalan itu dibuat atas arahan Menteri Besar Perak,Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Khadir yang tidak senang melihat keakraban Abby dengan PAS sejak mutakhir ini

Ekoran daripada pembatalan program tersebut,PAS Larut telah mengambil satu inisiatif dengan menjemput Abby sebagai salah seorang penyampai forum yang bertemakan “Ambang Ramadhan” pada tarikh yang sama di lokasi yang berbeza iaitu Batu Kurau.

Dalam Forum yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Larut,Ustaz Akmal Kamaruddin,Abby sempat meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak yang membatalkan programnya di Selama.”Saya tak pasti,mungkin kehadiran saya di kawasan ini boleh mengancam keselamatan negara”  katanya dengan nada sinis.

Di samping berkongsi pengalaman hijrahnya ke dalam dunia dakwah,Abby sempat menyeru kepada seluruh hadirin yang hadir agar berusaha untuk berubah menjadi manusia yang terbaik  dengan cara berbalik kepada Al-Quran dan patuhi segala hukum yang telah ditetapkan Allah.

“Siapalah kita nak melawan ketetapan Allah SWT dan sebagai manusia adalah menjadi satu tanggungjawab untuk saya dan anda saling ingat mengingati. Ujarnya lagi

Ditanya apakah harapannya kepada PAS,Abby menjawab,biarpun dirinya masih belum menjadi Ahli PAS,tetapi beliau menyokong sepenuhnya perjuangan PAS terutamanya dalam membebaskan rakyat di Negara ini daripada kezaliman pemerintah sedia ada.

“Sebagai contoh,penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA),ia adalah satu perbuatan yang zalim dan saya sangat tidak bersetuju dengan itu.

Menurut Abby,ISA telah menafikan hak rakyat untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya,tahanan dipisahkan daripada isteri dan anak-anak dalam tempoh yang panjang sedangkan masih belum terbuktipun kesalahan apa yang mereka lakukan.Kenapa mereka tidak dibicarakan?

Bebarapa minit sebelum berakhirnya program ,Abby telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) bagi menuntut  pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapam Kem Tahanan Kamunting(KEMTA) 

“Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA,entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan”Ujar Abby lagi”

 Akmal mempengerusikan forum


Hadirin tidak berganjak dari tempat duduk mereka

Wednesday, 4 July 2012

Tawar hati dengan Umno,bekas Adun Batu Kurau muncul di majlis ceramah Anwar terjemah sokongan terhadap Pakatan Rakyat


Mesra disapa Cikgu Manan,mungkin ramai yang mengenalinya khususnya masyarakat di sekitar DUN Batu Kurau,Parlimen Larut dan negeri Perak.Nama penuhnya ialah Haji Abdul Manan bin Haji Ali.Beliau adalah veteran Umno yang juga merupakan anak kelahiran Selama,Perak.Cikgu Manan pernah menggalas tanggungjawab sebagai ADUN Batu Kurau selama 3 penggal,dan kini beliau merupakan Orang Besar 32 negeri Perak..

Untuk pengetahuan pembaca,baru-baru ini Cikgu Manan dilihat muncul dalam satu program ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) yang berlangsung di Perkarangan Pejabat KeADILan Batu Kurau.Tindakannya itu telah mengejutkan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang berada di majlis tersebut.Dikhabarkan tujuan beliau hadir di majlis itu adalah untuk menterjemahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat setelah dirinya mula berasa tawar hati dengan Umno.Penulis tak pasti apakah sebabnya yang membuatkan cikgu Manan berasa tawar hati dengan Umno?

Hadir dengan berpakaian serba hijau dan berkopiah putih(gambar),beliau telah diberikan tempat duduk sebaris dengan penceramah undangan serta pimpinan KeADILan dan PAS kawasan Larut di pentas utama.Sebelum beredar,beliau dilihat sempat membisikkan sesuatu ke telinga DSAI.

InsyaAllah,selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dan Thamrin Ghafar seorang lagi veteran Umno di negara kita akan mengambil langkah serupa.Sama-sama kita doakan agar beliau meninggalkan Umno dan menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

Tidak perlu menunggu Umno untuk memecatnya ekoran daripada tindak-tanduknya yang dilihat mula menunjukkan kecenderungan terhadap PR.Umno sudah tentunya tidak akan berani bertindak demikian kerana Umno kini bukanlah sebuah parti yang kuat dan gagah seperti dahulu.Tindakan memecat mana-mana ahli hanya akan merugikan mereka,lebih-lebih lagi untuk memecat cikgu Manan,satunya-satunya bekas pemimpin Umno yang masih kuat pengaruhnya di negeri Perak.Kalau tidak masakan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil itu terpaksa memecat dirinya sendiri daripada Umno..Hehe Akhir kata,Umno memang penakut..