Saturday, 23 June 2012

LIVE!! Pidato Perdana Merdeka Rakyat di Bukit Gantang !!


Siaran langsung Pidato Perdana Merdeka Rakyat ini dibawakan kepada anda oleh SAMM.. oleh itu sila saksikannya di ( SINI )

Tuesday, 19 June 2012

Jemputan sesi "Dialog Anak Muda bersama Anwar"

Jemputan: Satu sesi#meetAnwar bertajuk "Dialog Anak Muda bersama Anwar Ibrahim" anjuran AIC Perak akan diadakan pada 23 Jun 2012,jam 2-6 ptg bertempat di Hillcity Ipoh..Menjemput wakil anak muda Larut/Taiping untuk menyertainya. Pendaftaran dibuka sekarang,sila sms nama,no ic,email anda ke talian 0135955277..Tempat adalah terhad,sila rebut peluang anda...

Sunday, 17 June 2012

Rasuah projek 2.5 Juta di Larut,Umno BN tertekan


Aku berpeluang meninjau sekitar program Jelajah Janji ditepati yang berlangsung di kawasan parlimen Larut dan Taiping semalam..Mungkin ada justifikasinya yang tersendiri kenapa kedua-dua buah kawasan Parlimen ini dipilih untuk dilawati Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diumumkan pula pemberian projek jutaan ringgit.

Taiping dipilih kerana ia merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat yang sukar ditembusi BN..Parlimen Taiping dan dua Dun di bawahnya telah menjadi milik Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu..Hanya satu DUN sahaja di Parlimen Taiping yang dimenangi oleh BN iaitu DUN Kamunting..Penyandangnya ialah YB Zahir yang juga merupakan exco pendidiikan yang dilantik oleh kerajaan haram BN di negeri ini.Itupun kerana DUN kamunting memiliki Jumlah Pengundi POS yang agak tinggi.

Wujud sebanyak 5 kem tentera yang sudah tentunya akan menjadi factor kemenangan mudah BN.Namun untuk sebuah kawasan separa Bandar seperti ini,kekalahan 3-1 memang cukup memalukan mereka.Tidak cukup dengan penambahan undi pos yang naik secara mendadak,BN juga telah berusaha untuk menaburkan pelbagai janji kepada masyarakat di kawasan ini pada siri jelajah kali ini.Tujuannya agar pada pilihan raya akan datang mereka memilih BN dan menolak Pakatan Rakyat..

Seterusnya bagi Parlimen Larut pula,pada PRU yang lalu Pakatan Rakyat tewas 4-O di tangan BN.BN memenangi kerusi parlimen Larut dan ketiga-tiga DUN di bawahnya iaitu DUN Batu Kurau,Kubu Gajah dan Selama.Namun sejak mutakhir ini,memang tidak boleh dinafikan,momentum sokongan masyarakat di kawasan ini terhadap Pakatan Rakyat meningkat dengan begitu drastic sekali dan ianya diakui sendiri oleh pimpinan Umno bahagian Larut.

Dalam setiap program yang dianjurkan PR mutakhir ini ternyata berjaya megundang kehadiran yang tidak pernah menghampakan.Contohnya,beberapa minggu yang lalu PAS kawasan Larut telah berjaya menganjurkan program konvoi raksasa yang telah disertai hampir 5000 orang anak muda.Satu pencapaian yang agak membanggakan biarpun mereka-mereka ini tidak dibayar sesen pun oleh pihak PAS supaya hadir.

Fenomena ini berlaku mungkin disebabkan kewujudan akses maklumat yang meluas dalam kalangan generasi muda di kawasan ini.Ia secara tidak langsung telah berjaya menyuntik satu kesedaran baru kepada mereka untuk membuat perubahan dengan menolak sebuah kepimpinan yang penuh dengan rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa.

Tidak cukup dengan itu,Umno begitu gusar dan tertekan sekali apabila seorang anak jati Larut yang juga merupakan individu yang cukup berpengaruh di kawasan ini telah mengisyhtiharkan kemasukannya ke dalam PAS.Beliau adalah Dato’ Fauzi Shaari yang pernah berkhidmat dalam PDRM.Jawatan terakhir yang disandangnya sebelum bersara ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(CID) iaitu merupakan jawatan ketiga tertinggi dalam PDRM.

Umno telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan kedudukan mereka di kawasan ini kembali utuh setelah masyarakat di kawasan ini mula beralih sokongan terhadap PR.Salah satu daripada tindakan itu ialah dengan berbohong di media-media seperti RTM dan TV3 kononnya 866 ahli PAS Larut keluar parti dan menyertai Umno.Mereka fikir dengan mengambil tindakan berbohong itu,sokongan masyarakat di sini terhadap BN akan kembali seperti sedia kala.Tapi tanpa mereka sedari tindakan mereka itu menambahkan lagi kebencian masyarakat di sini terhadap parti itu apabila Dewan Pemuda PAS kawasan Larut berjaya membongkarkan pembohongan tersebut.Seorang warga emas yang turut serta dalam majlis penyerahan borang tersebut mengakui dalam laporan akhbar Harakah dan Sinar Harian mendakwa beliau telah diupah untuk berlakon oleh Umno BN.Yang sebenarnya,tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar PAS dan menyertai Umno.Pembongkaran komplot terancang ini sememangnya cukup memalukan mereka.

Tekanan demi tekanan yang dihadapi Umno Larut memaksa mereka mengaturkan lawatan Second Big Boss Umno ke kawasan ini.Dalam lawatan Muhyiddin ke Larut semalam,beliau telah mengumumkan peruntukan berjumlah 2.5 juta dalam usaha membangunkan infrastruktur dan menaiktaraf pekan Batu Kurau,Larut.Inilah rasuah politik yang terpaksa dilakukan Umno bagi memastikan kemenangan terus berada di tangan mereka.

Namun tanpa mereka sedari,zaman kejatuhan Umno BN sudah semakin hampir.Buatlah apa cara sekalipun,umumlah berapa juta sekalipun,ia sedikitpun tidak berjaya meredakan kemarahan rakyat di Negara ini yang sudah mula muak dan jelik dengan Umno BN..Dosa dan pengkhianatan mereka terhadap agama dan bangsa selama lebih 54 tahun berkuasa sememangnya tidak mampu ditebus dan dibayar oleh pengumuman projek jutaan ringgit malah pemberian segunung intan dan emas permata.Dan ini adalah mesej daripada anak muda kepada mereka..Hancur! Hancur! Hancur! BN!!

Saturday, 16 June 2012

Manifestasi Suara Anak muda Larut terjemah sokongan terhadap Pakatan Rakyat,tolak Umno BN

Sejumlah 800 orang anak muda terlibat dalam acara konvoi bermotosikal yang dianjurkan oleh Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan (AMK) Larut petang semalam.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin berkata tujuan program konvoi ini diadakan adalah untuk mengiringi perjalanan penceramah undangan iaitu Pengerusi Ameerah Malaysia,Cik Fareedah Samad ke lokasi program ceramah penerangan yang bakal berlangsung di Markas PAS Kg Gudang pada sebelah malamnya.

Selain itu ujarnya lagi,ia juga sebagai manifestasi suara anak muda di kawasan ini dalam menterjemahkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat dan menolak Umno Barisan Nasional.

Konvoi yang memulakan perjalanan dari Ulu Sepetang pada jam 5.30 petang singgah sebentar di Kampung Bechah,Batu Kurau bagi memberi sokongan terhadap satu upacara menaikkan bendera PAS gergasi sebagai simbolik setelah tertubuhnya cawangan baru di situ

Menurut Akmal,Kampung Bechah ini adalah sebuah perkampungan yang cukup sinonim dengan jolokan ‘kubu kuat Umno’.

“InsyaAllah jolokan itu akan bertukar menjadi ‘kubu kuat PAS’ tidak lama lagi apabila PAS kawasan berjaya menubuhkan cawangan bongsunya di kampung ini beberapa hari yang lalu”

Ujar Akmal.Dengan tertubuhnya Cawangan baru di sini,kita akan melipatgandakan usaha menyuntik kesedaran kepada masyarakat di kampung ini agar bersama-sama menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dan meninggalkan perjuangan sia-sia bersama Umno Barisan Nasional.

Upacara menaikkan bendera diketuai mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Dato’ Fauzi Shaari yang baru sahaja mengisyhtiharkan penyertaannya ke dalam PAS dalam satu majlis pengisyhtiharan yang berlangsung di Taman Kota Wira baru-baru ini.

Para peserta konvoi meneruskan perjalanan ke Markas PAS Kg Gudang sebaik sahaja selesai upacara menaikkan bendera.

Setibanya di lokasi,mereka disambut oleh Pemuda PAS Larut,Mohd Nazri Din yang sempat memberikan ucapan kata-kata semangat kepada seluruh anak muda yang terlibat.

Nazri dalam ucapannya menyeru kepada seluruh pemuda agar terus bekerja kuat bagi memastikan kemenangan di pihak Pakatan Rakyat dan menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang agar seluruh rakyat dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik daripada hari ini.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat lain yang turut serta dalam program ini ialah Timbalan Ketua Cabang KeADILan Larut Cikgu Mohd Adli Kamarun,Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan,Haji Zaki Hassan dan Ketua AMK Larut,Shaiful Lizam Yusof
Akmal bersama ketua AMK 
Larut,Shaiful Lizam(kiri)









                                                                                                                                           Dato’ Fauzi memperkatakan sesuatu kepada Timbalan    
                                                                                Ketua Cabang KeADILan Larut,Cikgu Adli
Upacara menaikkan bendera gergasi di Kg Bechah

Bacaan doa sebaik sahaja selesai upacara menaikkan bendera

Konvoi meneruskan perjalanan ke Markas PAS Kg Gudang

Minuman disediakan untuk para peserta konvoi melepaskan dahaga

Reaksi spontan seorang anak muda menunjukkan tanda bagus sejurus selesai konvoi

Ketua Pemuda PAS Larut,Nazri Dun sedang berucap









Wednesday, 13 June 2012

Makluman Konvoi Anak Muda Sayang Tok Guru-16 Jun 2012

(KONVOI ANAK MUDA SAYANG TOK GURU)
MAKLUMAT TERKINI BERKENAAN KONVOI RAKSASA MENYAMBUT DAN MENGIRINGI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT..

Tarikh : 16.06.2012

Hari : SABTU
Masa : 9.00 pagi 
(Berkumpul di masjid tinggi) ATAU 10.00 pagi (Berkumpul di tol bukit merah ) 
Tema : Expresi HIJAU
HADIR DENGAN BERPAKAIAN HIJAU!


* BAGI PEMUDA LARUT, KAMUNTING, TAIPING, BUKIT GANTANG DAN SE'WAKTU' DENGANNYA:
9 pagi : berkumpul mengikut Cawangan masing-masing
9.30 pagi : 
bergerak ke Plaza Tol Bukit Merah.

11 pagi : INSYA' ALLAH Tuan Guru sampai dan konvoi bermula.
p/s: (mungkin akan ada perubahan maklumat bagi pemuda Larut)

* BAGI KUMPULAN PEMUDA BAGAN SERAI, PARIT BUNTAR,PENANG DAN YANG SE'WAKTU' DENGANNYA:
9 pagi : berkumpul di Masjid Tinggi
10 pagi : bergerak ke Plaza Tol Bukit Merah.
11 pagi : INSYA' ALLAH Tuan Guru sampai.




Arahan turun bendera PR di Batu Kurau,AMK Larut Selar MPT


LARUT: Angkatan Muda KeADILan(AMK) Larut membantah arahan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Taiping(MPT) baru-baru ini yang mengarahkan supaya semua bendera PKR dan PAS di sepanjang jalan menuju ke Batu Kurau,Larut diturunkan segera..

Ketua AMK Larut,Shaiful Lizam Yusof berkata,“Pihak MPT perlu memberi alasan yang kukuh berhubung tindakan mereka itu.Atas alasan apa arahan sedemikian dikeluarkan?”

Ujarnya,tindakan mereka (MPT) seolah-olah ingin mencemarkan budaya demokrasi di negara ini kerana arahan ini hanya tertakluk kepada Pakatan Rakyat sahaja sedangkan pihak BN bebas menaikkan bendera mereka.

Tidak ada halangan untuk BN menaikkan bendera mereka di mana-mana sahaja termasuk di tempat terlarang seperti premis awam dan sebagainya,tetapi bila Pakatan Rakyat menaikkan bendera di tepi-tepi jalan wujud pula arahan yang mendesak agar ianya diturunkan..Adakah ini adil? Soal Shaiful lagi.

“Saya mewakili AMK Larut dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat di kawasan ini mendesak agar pihak MPT membatalkan arahan tersebut dengan segera”

Ingin saya tegaskan bahawa pihak kami tidak akan akur dengan sebarang arahan yang langsung tidak munasabah seperti ini.Ujar Shaiful lagi.

Beliau turut menggesa agar pihak MPT menjalankan tugas secara professional dan tidak menjadi alat politik BN yang hanya ingin meneruskan kuasa dengan amalan dan budaya politik yang tidak beretika..

Monday, 11 June 2012

Himpunan Hijau 10 Ribu Pesawah

Tarikh : 16 Jun 2012.
Tempat : Markas Besar PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak.
Anjuran:  Lujnah Asas Tani Pas Pusat.
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang.
Agenda : Pembentangan Kertas Kerja
- Masalah dan Isu.
- Visi dan Hala Tuju.

9.00 Malam
CERAMAH PERDANA

Tetamu;
1. YAB Dato Bentara Setia Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat - Mussyidul Am PAS.
2. YB. Dato' Hj. Ir. Amiruldin bin Hamzah -AJK PAS Pusat, Exco Pas Kedah .

SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN DIGALAKKAN MENGENAKAN PAKAIAN HIJAU.

Sunday, 3 June 2012

Gempar 688 ahli PAS sertai Umno di Larut,PAS Larut bongkar pembohongan Umno

LARUT: PAS Kawasan Larut menafikan laporan yang disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia bertarikh 3 Jun 2012(hari ini) yang melaporkan 688 ahli PAS di kawasan tersebut mengisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno.


Ketua Penerangannya,Mohd Akmal Kamaruddin berkata laporan tersebut adalah pembohongan terancang dan pengulangan skrip lama yang dilakukan Umno bertujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu.


Jelasnya“Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa,mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat”


Menurut Akmal lagi,pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti.


Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau  nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.


Ia bagi memudahkan kerja kita untuk megeluarkan nama-nama mereka daripada senarai ahli berdaftar sekiranya mereka adalah ahli PAS.Katanya lagi


Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka.


“Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno,tetapi ahli Umno yang menyertai Umno.Semuanya hanyalah lakonan semata-mata.Ujar Akmal lagi.


Laporan akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia hari ini melaporkan beberapa orang ahli PAS telah membuat penyerahan borang menyertai Umno mewakili 688 ahli PAS kawasan ini kepada Ahli Parlimen Larut,Datuk Hamzah Zainuddin.


Majlis penyerahan borang berlangsung di kediaman salah seorang bekas ahli PAS,Abdul Wahab Mahmud yang telahpun meisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno beberapa minggu yang lalu.Abdul Wahab sebelum ini adalah ahli PAS cawangan Titi Kasai,Batu Kurau.


Bagi merungkaikan segala pembohongan ini,Akmal berkata,pihaknya telahpun menziarahi seorang warga emas yang turut serta dalam majlis penyerahan borang tersebut bagi mendapatkan gambaran cerita sebenar.


Beliau adalah Mohd Sulaiman Abd Wahab atau dikenali sebagai “Pak Su Mat” oleh masyarakat setempat.Apa yang menarik perhatian kami,beliau sendiri mengakui telah “dipergunakan” bagi tujuan menjayakan skrip yang dirancang Umno.


“Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno.”Katanya sewaktu menerima kunjungan PAS Kawasan Larut.


Ujarnya lagi,memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno,tetapi hanya 2 orang,bukannya 688 seperti yang dilaporkan.


Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu program ceramah bagi menafikan dakwaan tersebut di kediamannya yang hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud,tempat berlangsungnya majlis penyerahan borang 688 ahli PAS yang kononnya menyertai Umno..


 Pak Su Mat(dalam bulatan) sewaktu majlis penyerahan borang Umno

"Saya hanya dipergunakan Umno",katanya sewaktu menerima kunjungan Akmal Kamaruddin