Thursday, 17 May 2012

Umno Larut import penyokong luar ganggu ceramah Anwar di Batu Kurau

Pada malam ini(18 Mei 2012) akan berlangsungnya ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Tapak Pekan Selasa Batu Kurau yg terletak dalam kawasan parlimen Larut..Sudah menjadi kebiasaan,setiap kali berlangsungnya ceramah Anwar tidak kira di mana sahaja lokasinya pasti akan menggamit kehadiran ribuan pendengar..


Fenomena ini telah menggusarkan Umno bahagian Larut,lalu mereka telah menyusun satu strategi dgn mengaturkan satu ceramah yg lokasinya hanya sejauh 100 meter dari tempat berlangsungnya ceramah Anwar..


Penceramahnya ialah musuh ketat Anwar iaitu Ummi Hafilda..Tidak cukup dengan itu,krew TV3 turut dipanggil membuat liputan.Tujuannya hanya satu,yakni mahu mengganggu kelangsungan ceramah Anwar macam yang  pernah dilakukan mereka sebelum ini..


Untuk memastikan hasrat dan misi mereka ini tercapai, Umno Larut telah meminta bantuan dari Umno bahagian lain di negeri ini supaya mengerah seramai mungkin ahli dan penyokong mereka supaya hadir ke ceramah Ummi Hafilda tersebut.Tujuannya adalah untuk menyaingi kehadiran penonton di ceramah Anwar..


Di bawah ini adalah mesej yang dihantar oleh Bekas Ketua Pemuda Umno Larut,Hasbullah Ellias kepada seluruh Umno bahagian di negeri Perak..Mesej tersebut kemudian dihantar oleh salah seorang penyokong Umno kepada Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Akmal Kamaruddin




Hai,dah ketandusan penyokong ke kat kawasan ni sampai kena import penyokong dari luar.Hehe




Wednesday, 9 May 2012

Insiden bakar bendera di Taman Kota Wira,AMK Larut gesa hentikan provokasi melampau


Oleh: Mohamad Shukri Abd Hamid

LARUT: Tindakan membakar bendera parti-parti politik tertentu adalah satu perbuatan tidak bertamadun dan relevan untuk diamalkan dalam negara ini kerana ia secara jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Demikian ditegaskan Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Larut,Shaiful Lizam Yusof (gambar) mengulas insiden bakar bendera PAS dan PKR oleh pihak tidak bertanggungjawab di Taman Kota Wira,Ulu Sepetang baru-baru ini.

Katanya lagi,ini adalah kali kedua insiden sebegini berlaku di lokasi yang sama dan krononologinya hampir sama apabila  bendera dibakar setiap kali berlangsungnya ceramah Pakatan Rakyat di sini.

Jelasnya,perbuatan tersebut adalah provokasi melampau yang boleh mengundang pergaduhan,kebetulan pada hari berlakunya insiden sedemikian berlangsungnya ceramah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di lokasi yang sama dan jaraknya hanya sejauh lima ratus meter sahaja.

Justeru itu,kami daripada pihak AMK Larut mendesak agar mereka-mereka yang terlibat menghentikan segera perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh mengundang implikasi negatif seperti ini.Semua pihak seharusnya mengamalkan budaya politik sihat dengan adab dan tatatusila jika mahu melihat keamanan di negara ini terus terpelihara.Ujar Shaiful lagi.

Tuesday, 8 May 2012

Mahasiswa boleh berpolitik...asalkan sokong Umno!!



"Cakap tak serupa bikin",itulah perumpamaan yang sesuai ditujukan kepada Umno BN.Jika sebelum ini mereka bertegas melarang mahasiswa daripada terlibat dalam sebarang aktiviti politik.Berbagai alasan bodoh diberikan,kononnya jika mahasiswa berpolitik ia akan mengganggu proses pembelajaran.


Bila ada sahaja mahasiswa yang berceramah di pentas pembangkang mereka tuduh pula sebagai alat dan kuda tunggangan pembangkang..


Namun jika ada mahasiswa bergerak aktif di pentas-pentas politik Umno,tiada lagi kedengaran suara-suara mereka yang sebelum ini begitu lantang mengkritik..


Terbaru,penulis terbaca satu poster ceramah Umno yang dilekatkan di sekitar Pekan Batu Kurau.Ceramah yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei 2012 di Taman Kota Wira,Ulu Sepetang telah menjemput seorang mahasiswa dari UITM Arau,Perlis yang dikenali sebagai Mohd Nor Amirul Bahari sebagai penceramah.


Hai,bila pula mahasiswa boleh berpolitik ni??

Sunday, 6 May 2012

Pemuda PAS ziarah mangsa kekejaman regim NAJIB dI Selama Perak


"Polis gari saya kemudian dia tendang bahagian kemaluan, report polis dah dibuat tapi macam biasalah,polis siasat polis”


Demikian luahan hati seorang pemuda di Selama Perak ,Mohd Rahmat Abdul Razak,25,salah seorang daripada mangsa kekejaman polis sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu di Kuala Lumpur


Selain itu,tubuh saya turut dipijak,ditendang,diheret sebaik sahaja selesai menunaikan solat zohor di masjid jamek.Jelas Rahmat lagi sewaktu menerima kunjungan pemuda PAS Larut di kediamannya khamis lalu


Sebagai tanda prihatin,rombongan Pemuda PAS Larut yang diketuai Timbalan Ketua Pemudanya,Mohd Akmal Kamaruddin turut mengambil kesempatan menghulurkan sedikit sumbangan.


Pemuda PAS Larut menggesa agar pihak polis tidak mengambil sikap lepas tangan dalam hal ini.


Siasatan segera yang telus dan adil perlu dilakukan bagi mendakwa anggota-anggota yang terlibat.Ini kerana,dalam konteks peundangan negara,perbuatan mencederakan orang adalah kesalahan serius dan boleh ditakrifkan sebagai satu kesalahan jenayah.









Umno Batu Kurau berbohong lagi..



Satu fakta yang memang tidak boleh dinafikan lagi,bila disebut sahaja umno pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa ia adalah satu-satunya parti yang sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan pembohongan.


Daripada dahulu sehinggalah sekarang,tidak kira sama ada ahli biasa sehinggalah ke peringkat kepimpinan tertinggi memang begitulah sikapnya.


Begitu jugalah dalam hal terbaru yang berlaku di kawasan penulis iaitu Batu Kurau.Jika beberapa minggu lepas sebuah NGO yang didalangi Umno sanggup berbohong dalam laporan Akbar Sinar harian dengan mengatakan 360 ahli pembangkang Batu Kurau keluar parti.


Namun setelah penulis membuat siasatan terperinci,hanya dua orang sahaja ahli pembangkang di sini yang bertindak keluar parti.Diulangi,hanya dua orang!! Tak tahulah apa yang dijanjkan Umno sehinggakan mereka sanggup mengambil tindakan sedemikian.


Untuk pengetahuan pembaca.Kedua-dua orang ini adalah ahli PAS cawangan Titi Kasai yang dikenali sebagai Abdul Wahab Mahmud dan seseorang lagi yang masih belum penulis kenal pasti identitinya..


Terbaru,penulis berjaya mengesan satu lagi pembohongan yang dilakukan Umno kawasan ini apabila penulis terbaca poster ceramah Umno yang dilekatkan di beberapa tempat sekitar Batu Kurau.


Ceramah bertajuk “Kenapa saya keluar PAS” dijadualkan berlangsung di Kg Relang pada 6 May 2012 (hari ini)  telah mengundang seorang penceramah yang bergelar ustaz dari terengganu.


Beliau dikenali sebagai Ustaz Wan Mohd bin Wan Ahmad yang dinyatakan di dalam poster tersebut sebagai bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu.


Sebaik sahaja terbaca poster itu,penulis terus menghubungi seorang rakan pemuda di Terengganu yang penulis kenali sewaktu menghadiri Ijtima Tarbawi Pemuda PAS peringkat Kebangsaan di Markas PAS Taman Melewar beberapa bulan yang lalu.


Dalam perbualan yang berlangsung selama beberapa minit,penulis sempat bertanya tentang identiti si penceramah tersebut kepada beliau.Maklumlah rakan penulis ini adalah orang Terengganu,manalah tahu kalau-kalau dia kenal siapa sebenarnya Ustaz Upahan Umno ni.


Benarkah dia adalah bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu?? Atau ia sekadar pembohongan bertujuan menarik minat penyokong-penyokong PAS di sini untuk hadir mendengar ceramah yang bakal berlangsung?


Tekaan yang bermain di pemikiran penulis ternyata tepat apabila rakan yang penulis hubungi memaklumkan bahawa tidak pernah wujud individu seperti nama yang dinyatakan menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Terengganu.Diulangi,tiaaada!! Fullstop


Haha,ini lah yang dikatakan “kuat bahong nak mapoh” mengikut dialek yang biasa dituturkan masyarat Batu Kurau.Ertinya,pembohongan yang sampai kepada tahap yang tidak dapat dibendung lagi..Buatlah apa cara sekalipun,orang yang sudah biasa berbohong akan terus berbohong,kerana pembohongan kini sudah semakin sebati dan larut dalam diri mereka-mereka yang bernama….Umno!!!



Friday, 4 May 2012

Demo bantah BERSIH 3.0 Umno Batu Kurau,yang ni pun dapat kupon minyak jugak ke??



Haha,banyak ni je ke?? Untuk pengetahuan Umno,jumlah anak muda Batu Kurau yang sertai BERSIH 3.o lebih ramai daripada jumlah pendemonstran murahan Umno ni.Boleh kira dengan jari,yang hadir plak semua tua-tua belaka..Hai,ketandusan sokongan orang muda ke??
Entah-entah demo ni pun dapat kupon minyak macam program Himpunan Pemuda BN Larut yang berlangsung bulan lepas.Maklumla Umno ni asal bayar On,kalau tidak jangan harap la deme ni nak join.
Kalau dua minggu lepas Umno kelentong di akhbar sinar harian kononnya 360 ahli PAS keluar parti di Batu Kurau padahal hanya dua orang sahaja ahli yang mengambil  tindakan sedemikian.Kalau untuk berita demo ni Umno nak kelentong berapa ribu orang plak jumlah pesertanya??
Haha,inilah yang dikatakan "kuat bahong nak mapoh"(slank Batu Kurau),maksudnya penipuan yang sampai kepada tahap yang tidak dapat dibendung lagi..

TIADA UMNO,TIADA LGBT!!


Isu LGBT yang cuba disensasikan media-media rasmi Umno seolah-olah ingin mencerminkan kebodohan mereka sendiri.Semua sudah sedia maklum bahawa parti yang memerintah negara ini sekarang adalah Umno,adakah releven untuk pembangkang dipersalahkan jika berlaku kerosakan akhlak dan moral rakyat dalam negara ini sedangkan kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terletak sepenuhnya di tangan kerajaan?Tidak ada satu negara pun di dunia ini mengalami situasi di mana pembangkang lebih berkuasa daripada kerajaan.

Umno melalui media-media bangkrap ideanya mungkin boleh membohongi masyarat di pedalaman dan cherok-cherok kampung yang kurang terdedah dengan maklumat.Mungkin golongan seperti mereka ini akan menganggap bahawa Umnolah jaguh pembela agama yang benar-benar ikhlas ingin membasmi gejala sosial yang sedang melanda negara,dan pembangkang seperti PAS dianggap sebagai penghalang utamanya.

Dengan menggunakan hujah yang rapuh ini,mereka mengatakan bahawa PAS merestui perjuangan Ambiga memperjuangkan LGBT apabila mengambil pendirian untuk menyokong BERSIH yang diketuai wanita itu.Padahal hujah tersebut tidak boleh dijadikan sandaran yang kukuh dan konkrit untuk mengatakan PAS menyokong LGBT.Hal ini kerana pimpinan  PAS sudahpun berkali-kali memperjelaskan kepada umum bahawa sokongan parti itu kepada Ambiga hanya dalam beberapa perkara atau tuntutan yang tidak bercanggah dengan syariat.Namun PAS mengambil pendirian yang berbeza pula dalam sesuatu perkara atau tuntutan yang bercanggah dengan syariat Islam.

Sesuatu perkara yang mereka perlu ketahui,tidak semua rakyat di negara ini boleh diperlakukan seperti lembu NFC,merelakan diri mereka untuk terus bodoh-diperbodohkan UMNO.Bagi golongan cerdik pandai,mereka mungkin sudah dapat membaca bahawa LGBT adalah pengulangan episode lama yang bertujuan mengaburi minda dan pemikiran rakyat dari memikirkan beberapa persoalan lain yang lebih penting.Bukan bermaksud isu LGBT tidak penting,tetapi rakyat yang bijak sudah tentunya dapat  berfikir secara rasional dalam menilai sejauh manakah keikhlasan Umno.Adakah isu ini hanya muncul tatkala mereka sedang tersepit dalam usaha menagih simpati dan sokongan rakyat? Apabila mereka kuat,maka tidak akan kedengaran lagi suara-suara sumbang pemimpin-pemimpin dan ulama upahan umno membahaskan isu ini secara serius.

Dalam konteks perundangan negara pula,tidak ada satupun peruntukan undang-undang di peringkat persekutuan yang  menjustifikasikan amalan LGBT sebagai satu kesalahan jenayah.Bukankah kuasa untuk melaksanakannya(penggubalan undang-undang) terletak sepenuhnya di tangan Umno yang telah memegang tampuk kepimpinan negara sejak puluhan tahun yang lalu? Kenapa tidak dilaksanakan?
Tidak cukup sekadar perundangan yang terkandung dalam Enakmen undang-undang jenayah syariah di negeri-negeri yang sememangnya diketahui agak terhad bidang kuasanya.Pendakwaan hanya boleh dilakukan terhadap orang Islam sahaja,tidak bagi mereka yang bukan beragama Islam.Selain itu, perlaksanaan hukuman yang ingin diputuskan Mahkamah syariah juga terikat di bawah akta mahkamah syariah(bidang kuasa jenayah) yang digubal oleh parlimen pada tahun 1965 yang menggariskan beberapa peraturan seperti hukuman penjara yang tidak melebihi tiga tahun,denda tidak melebihi lima ribu ringgit dan sebat tidak melebihi enam kali.Umno pada bila-bila masa sahaja boleh memansuhkan akta ini.Kenapa tidak dimansuhkan??

Justeru itu,saya menyeru kepada seluruh rakyat yang bijak terutamanya pemimpin-pemimpin PAS agar berhati-hati dalam berhadapan dengan isu ini.Jangan sampai tersilap menyusun langkah sehinggakan kaki sendiri boleh terjerat dalam perangkap yang dipasang musuh.Cukuplah sekadar Dr Hassan Ali seorang sahaja.Memang benar,tidak ada satupun daripada kita yang menyokong amalan LGBT daripada wujud di negara kita kerana ia bukan sahaja ditegah oleh Islam,malah larangan tentangnya turut wujud dalam agama-agama selain Islam.Kita sememangnya konsisten untuk menentangnya tetapi bukan dengan cara seperti yang dilakukan Umno kerana ia langsung tidak membuahkan jalan penyelesaian.Percayalah,segala usaha untuk menangani apa-apa sahaja konflik dan polemik yang sedang melanda negara,hanya boleh dilaksanakan sekiranya kita melenyapkan puncanya terlebih dahulu,dan puncanya tidak lain dan tidak bukan adalah Umno.Tiada Umno,maka tiada jugalah LGBT di bumi Malaysia ini.