Monday, 23 April 2012

Terjemahkan penentangan terhadap LGBT dengan cara kita sendiri


Di saat beberapa persoalan penting dibangkitkan oleh rakyat negara ini kepada kerajaan Umno.Antaranya ialah tuntutan pemansuhan PTPTN oleh para mahasiswa serta tuntutan pilihan raya bersih dan adil oleh Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH).Rakyat menanti dengan penuh harapan agar kerajaan Umno mengambil tindakan drastik bagi melaksanakan kesemua tuntutan yang dibangkitkan.

Namun kesemua tuntutan yang tidak mustahil untuk dilaksanakan ini langsung tidak diendahkan Umno apabila media-media bangkrap idea kerajaan dilihat lebuh suka mensensasikan isu "lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT).Bagi saya,isu ini boleh dibaratkan seperti pengulangan episod lama yang bertujuan menutup beberapa persoalan yang lebih penting.Kita sudah sedia maklum,dalam BERSIH 2.0 yang lalu,Umno telah mensensasikan isu komunis apabila 6 orang aktivis PSM ditahan di bawah ISA atas tuduhan yang sehingga kini masih belum terbukti kesahihannya,kononnya mereka cuba menyerap agenda komunis dalam negara ini,penemuan Molotov Cocktail dan senjata-senjata tajam serta banyak lagi penipuan yang telah dilakukan Umno bagi menghalang momentum sokongan rakyat terhadap usaha-usaha menuntut pilihan raya bebas dan adil.Begitulah juga dalam isu LGBT ini..

PAS perlu lebih berwaspada dalam setiap langkah,kenyataan mahupun tindakan.Jika isu ini tidak ditangani dengan bijaksana dan berhati-hati,ia seolah-olah membuka peluang musuh untuk memanipulasikan keadaan.Bukan bermaksud saya bersetuju dengan dengan tuntutan pihak-pihak tertentu yang berjuang di atas nama “human right” agar diberikan kebebasan untuk mengamalkan seks sejenis atau seks bebas.Tetapi rakyat yang cintakan keadilan diseru agar berfikir secara rasional dan membuat penilaian terhadap keikhlasan umno dalam menentang LGBT yang sememangnya bertentangan dengan syariat agama dan norma-norma masyarakat timur ini.Adakah mereka benar-benar ikhlas,atau wujud agenda tersirat yang cuba direncanakan bertujuan untuk memperbodohkan minda dan pemikiran rakyat jelata?

Seruan Umno supaya rakyat bersatu tanpa mengira fahaman politik dalam menentang LGBT boleh dianggap sebagai memalit lumpur ke muka sendiri.Semua sudah sedia maklum bahawa parti yang memerintah negara ini sekarang adalah Umno.Dalam sesebuah institusi pekerjaan khususnya,adakah seorang  “boss” di sesebuah syarikat perlu menyeru kepada pekerjanya supaya bersatu terlebih dahulu bagi membolehkan penguatkuasaan peraturan syarikat dikuatkuasakan.? Pihak manakah yang lebih berkuasa? Boss atau pekerja?

Begitu jugalah dalam isu ini,tindakan umno menyeru agar rakyat besatu dalam menentang dan menghalang budaya LGBT adalah satu tindakan yang tidak relevan sama sekali.Hal ini kerana,tanpa penyatuan rakyat dan umat Islam sekalipun,Kerajaan sememangnya mempunyai kuasa untuk menghalang budaya LGBT daripada wujud dan membarah dalam negara ini.Kerajaan pada bila-bila masa sahaja boleh membentangkan Rang Undang-Undang di Parlimen bagi menguatkasakan Akta yang lebih tegas.Kenapa tidak dilaksanakan?

Sebab itu saya tegaskan,persoalan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah lebih penting darpada memikirkan tentang isu seks sejenis atau seks bebas yang cuba disensasikan media Umno.Bukan bermakna kita perlu berdiam diri sahaja tatkala wujud sesuatu tuntutan yang bertentangan dengan norma masyarakat dan syariat agama oleh pihak-pihak tertentu,tetapi biarlah tindakan kita itu selari dengan pepatah melayu,“Ibarat menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus ,tepung tak berselerak “.Hal ini kerana,segala usaha untuk memperkasakan kedaulatan undang-undang dan peraturan yang boleh menghalang gejala social yang semakin membarah dalam negara hanya boleh dilaksanakan sekiranya umno dikuburkan.Bolehkah Umno dikuburkan sekiranya perjalanan pilihan raya itu sendiri kotor dan penuh dengan penipuan.? Jadi,marilah sama-sama kita menterjemahkan penentangan kita terhadap LGBT dengan mengajak seluruh rakyat supaya turun ke perhimpunan BERSIH pada 28April ini.


Thursday, 19 April 2012

PAS Larut nafi dakwaan 360 ahli pembangkang keluar Parti

LARUT: PAS kawasan Larut hari ini menafikan dakwaan seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012.

Laporan bertajuk “360 ahli pembangkang keluar parti” merujuk kepada 360 ahli parti pembangkang di Batu Kurau mengishtiharkan diri keluar parti dan menyertai Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO)

Dakwaan ini langsung tidak berasas dan merupakan pembohongan terancang pihak tertentu yang hanya ingin meredakan kerisauan mereka setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Larut,Mohd Akmal Kamaruddin.

Katanya lagi,beberapa bulan sebelum ini pernah juga berlaku kes yang serupa di kawasan Larut ini apabila Umno mendakwa 756 ahli PAS di cawangan Bagan Baharu,Selama keluar parti.Namun setelah di siasat,hanya 2 orang sahaja yang mengambil keputusan sedemikian.

Menurut sumber yang diperolehi,kemasukan mereka ke dalam Umno adalah kerana termakan dengan janji-janji manis yang ditaburkan parti itu disebabkan mereka menghadapi masalah kewangan dan kesempitan hidup.

Ujarnya lagi,kronologi kes hampir sama.Maklumat yang diterima pihak kami menunjukkan bahawa tidak wujud 360 orang keluar parti di Batu Kurau,yang keluar hanya dua orang iaitu Abd Wahab Mahmud dan seorang lagi individu yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Kedua-dua Mereka adalah ahli PAS cawangan Titi Kasai,Batu Kurau.

Menurut Akmal lagi,jika benar dakwaan yang dilaporkan,kita minta didedahkan namanya satu persatu supaya memudahkan kerja kita untuk mengeluarkan nama-nama mereka daripada senarai ahli berdaftar sekiranya mereka adalah ahli PAS.

NGO yang kononnya disertai oleh 360 ahli pembangkang tersebut dikenali sebagai Gerakan Perpaduan dan Kebajikan Melayu Kawasan Larut.Pengerusinya adalah Mohd Radzi Ramli,ahli Umno dan juga merupakan orang kepercayaan Ketua Umno Bahagian Larut,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin.Katanya lagi.



Wednesday, 18 April 2012

19 April,ada apa dengan tarikh ni?




.Bismillaahirrahmaanirrahim

Segenap pujian bagi Allah Azza Wa Jalla tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Yang Kaya ia daripada tiap-tiap yang lain dan berkehendak oleh tiap-tiap yang lain itu kepadanya. Lagi yang bersifat ia dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan dan Maha Suci ia daripada bersifat dengan sifat kekurangan. Pencipta Alam ‘Uluwi yang bertingkat-tingkat dan Alam Sufli yang bertingkat-tingkat. Pencipta Syurga dan Neraka yang berlainan tingkatannya. Pencipta makhluk dengan berbagai mertabatnya..

Ampun Tuanku, Sultan Perak. Patik sembah tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah sempena Hari Keputeraan Tuanku yang ke-82

Semoga Tuanku dilanjutkan usia dan Perak terus maju di bawah pemerintahan Tuanku


Setiap kali tibanya hari Keputeraan Sultan Perak,ia merupakan detik yang paling mengembirakan bagi diri aku.Kenapa agaknya ya??

Buat pengetahuan pembaca,19 April juga merupakan tarikh lahirnya seorang insan yang telah dipilih oleh Allah untuk terus bernafas di bumi ini.Alhamdulillah,beliau masih lagi mampu merasa detak jantung berdegup. Masih lagi diberi peluang untuk terus sembah sujud pada Pencipta langit dan seluruh isi bumi. Masih lagi diberi ruang untuk langsung bermuhasabah diri dalam memburu redha dan rahmat Ilahi

"Ya Allah kau ampuni dia,terangi lah hatinya,lapangkanlah dadanya,kuatkan roh dan kekuatan jasmaninya.Kau kurniakanlah keyakinan yang teguh kepadanya,tuntunilah perjalanan hidupnya dan engkau Matikanlah dia sebagai syahid ya Allah kerana itu adalah cita2nya, kerana itu adalah tujuan hidupnya. Tempatkan dia di Syurga Mu ya Allah kerana itu lah impian dari habuan perjuangannya"
-Amin YaRabbal Alamin

Dia yang dimaksudkan ialah .....Aku(penulis)...











PERUTUSAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN LARUT(DPPL) SEMPENA MUKTAMAR AGUNG DPPL KALI KE-23

A038  
“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.” (At-Taubah: 38)


48:29
Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah Rasul Allah dan orang- orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang salih) terdapat pada muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w. dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (Al-Fath: 29)


Assalamualaikum wbt...

Sekali lagi kita bertemu dalam mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS Larut(DPPL).Bagi saya yang memimpin DPPL tahun ke 11 ini amat besar maknanya di sebabkan ini adalah pilihan raya yang ketiga saya memimpin jentera DPPL untuk berhadapan dengan jentera pemuda Umno.Perlawanan ini adalah mengulangi sejarah perjuangan panjang umat sebelum kita menentang manusia yang tidak beragama dengan aqidah para nabi.  Allah telah menggariskan dalam ayat di atas, persediaan yang perlu ada dalam jiwa pejuang iaitu kesungguhan, persaudaraan, pengabdian dan keikhlasan jiwa yang tinngi untuk membolehkan kita berhadapan dengan musuh yang memerangi kita.  Tragedi musibah yang berlaku tiga hari lalu di mukim Ijok (akibat penebangan balak yang tidak terkawal ), rampasan hak tanah fakir miskin di Redang Panjang, Sungai Jambu dan deretan kezaliman UMNO di bumi Larut sudah cukup untuk kita tidak berpeluk tubuh sahaja tetapi terus bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh lagi tersusun untuk menghancurkan UMNO/BN di negeri ini. Ayuh saudaraku! UMNO/BN Larut berada dalam keadaan yang amat tertekan sepanjang sejarah celaka mereka di bumi ini. Kita akan pimpin orang muda teruskan momentum Tempik 12 yang telah mengejutkan politik tanah air untuk kita mencipta sejarah buat Islam dan rakyat di bumi Larut ini.

SELAMAT BERMESYUARAT

Salam Hormat Dari Saya,







-Mohd Nazri Haji Din

Tuesday, 17 April 2012

Dapat juga saya jumpa Tok Guru – Bob Kuman


PETALING JAYA, 18 April: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampungnya di Negeri Sembilan.

Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya. (Gambar atas)


“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik


Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.

Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.

Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)
-HARAKAHDAILY





Sebar risalah perkauman,Umno ludah ke langit


Melihat kepada momentum sokongan rakyat terutamanya orang-orang melayu terhadap Pakatan Rakyat yang semakin memberangsangkan.Umno dilihat semakin terdesak sehinggakan sanggup melakukan apa cara sahaja asalkan matlamat mereka untuk kekal berkuasa tercapai,

Terbaru,YB Sg Rapat,Hamidah(Kak Midah) and The Geng dikesan telah menyebarkan risalah berbaur perkauman kepada masyarakat melayu di sekitar DUN Sg Rapat.

Risalah yang memberi mesej bahawa hak-hak orang melayu seperti Tanah Rezab Melayu akan dirampas oleh orang cina sekiranya PR memerintah seolah-olah ingin menyuburkan budaya politik jahilliah dalam negara ini.

Apa yang amat dikesalkan,kemana perginya Polis tatkala pemimpin-pemimpin Umno membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan rusuhan dan perbalahan kaum seperti ini???

Jelas sekali,konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan Najib gagal meresap ke dalam pemikiran ahli-ahli mereka sendiri,bukan sahaja ahli di peringkat bawahan malah mereka yang menjawat jawatan tertinggi dalam parti seperti Kak Midah.

Nasihat aku kepada Kak Midah,hentikanlah kerja-kerja bodoh ni.Perbuatan kamu tak ubah seperti meludah ke langit,udahnya jatuh balik ke muka sendiri.


Di bawah ini adalah fakta yang menunjukkan  bahawa Umnolah penjahanam tanah orang Melayu di negara ini,bukannya DAP,PKR ataupun PAS

>Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu  dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada  1.7 juta hektar (1995). Bermakna   44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun  2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

>22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK  (KL  Kepong) di Lekir, Manjung.

>200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.

>9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

>Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

>Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600  orang yang tinggal disitu.

>26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

>300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.

>Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur)  untuk projek kolam udang.

>13 Jun  2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi,  kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.

>Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan  Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar  menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia  dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

>Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak  273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

>Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

>Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

>Tanah seluas 2500 ekar  ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.

>Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing.

>217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.

>Menghalau 290 buah rumah penduduk  Kampung Plentong Tengah  Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding  ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.

Daripada fakta yang dinyatakan di atas,aku ingin mengajak penyokong-penyokong Umno yang sedang membaca blog ini supaya berfikir secara rasional.Wajarkah untuk anda semua menyerahkan amanah kepimpinan kepada perompak harta orang-orang melayu seperti mereka pada pilihan raya akan datang? Fikir-fikirkanlah..



.

Sunday, 15 April 2012

Muktamar Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut kali ke-23 fokus persoalan anak muda

Muktamar Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut kali ke 23 telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat PAS Kawasan Larut,Jalan Menteri,Selama Perak hari ini.

Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi menggamit kehadiran berpuluh perwakilan di peringkat pemuda dari setiap cawangan.

Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Perak,Ustaz Mohd Zawawi Hassan.

Ustaz Zawawi dalam dalam ucapannya sempat mengingatkan seluruh pemuda PAS di kawasan ini agar hadir ke perhimpunan BERSIH 3.O yang akan diadakan pada 28 April ini.

Katanya,"Dalam situasi sekarang,di mana kita ditindas,ditekan dan dihimpit,tidak boleh tidak kita mesti turun pada perhimpunan BERSIH 3.0 bagi menuntut sebuah pilihan raya yang benar-benar adil dan telus."

Selagi mana sistem pilihan raya di negara kita tidak adil dan telus,selagi itulah usaha untuk meruntuhkan kerajaan BN hanya akan menemui jalan buntu.Ujarnya lagi

Beberapa persoalan penting telah dibangkitkan oleh para perwakilan dalam Muktamar kali ini.Antaranya ialah berhubung prasana yang masih tidak lengkap di beberapa buah cawangan yang mungkin akan menyukarkan gerak kerja parti.

Turut disentuh,beberapa persoalan yang melibatkan anak muda seperti langkah yang sedang diambil oleh Dewan Pemuda PAS kawasan bagi mendekatkan golongan belia kepada PAS dan lain-lain lagi

Kesemua persoalan berbangkit telah berjaya dijawab sepenuhnya oleh Ketua Pemuda PAS kawasan,Ustaz Nazri Din dan Timbalannya,Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin

Majlis berakhir pada pukul 1.30 petang dengan diiringi bacaan doa dan tasbih kifarah yang diketuai oleh salah seorang perwakilan


3 Pimpinan Dewan pemuda PAS kawasan tekun mendengar usul-usul yang dikemukakan para perwakilan

Salah seorang perwakilan megemukakan usul



















Saturday, 14 April 2012

18 jam bantu mangsa banjir,Pemuda PAS Larut Prihatin



LARUT: Banjir yang melanda beberapa buah perkampungan di sekitar mukim Ijok,Batu Kurau baru-baru ini telah mengundang keprihatinan Dewan Pemuda PAS kawasan Larut dan Pemuda PAS Cawangan Charok Salak untuk tampil menghulurkan bantuan.


Sejumlah 150 orang pemuda telah menyumbangkan tenaga dan tulang empat kerat membersihkan 70 buah rumah penduduk yang dinaiki air dan lumpur.


Kerja-kerja pembersihan memakan masa selama 18 jam bermula dari jam 8 pagi (12 April 2012) sehingga jam 2 pagi(13 April 2012) keesokannya.


Selain itu,sebanyak 1000 bungkus nasi telah diedarkan kepada mangsa–mangsa banjir.


Kejadian yang berlaku disifatkan paling buruk dalam sejarah di kawasan ini sehinggakan rumah salah seorang penduduk warga emas telah hanyut dibawa arus banjir sejauh beberapa meter dari tapak asal.


Kejadian dikatakan berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di kawasan bukit berhampiran.Aliran deras dari bukit berkenaan menyebabkan paras air di sungai-sungai berhampiran iaitu Sungai Simpul,Sungai Lata Putih dan Sungai Tebing Tinggi melimpah.


Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan, Akmal Kamaruddin dalam satu kenyataannya menggesa agar kerja-kerja pembalakan di kawasan berhampiran dihentikan segera kerana ia akan mendatangkan risiko berbahaya kepada penduduk di sini setiap kali berlakunya hujan. 


Mana –mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Shahir di talian 0134631815 atau Adi di talian 0195684479



Keadaan rumah yang hanyut sejauh lima meter dari tapak asal




Kerja-kerja pembersihan


Kepenatan...Berehat sebentar

Written by:
Mohamad Shukri Abd Hamid,
Unit Berita,PAS Kawasan Larut






Friday, 13 April 2012

HASSAN JATI DIEJEK - MAHU CAKAP SOAL AKIDAH ATAU KUTUK PAS?

Ceramah Hassan Ali Kena Ejek Dgn Org Kg.
Akibat Menyampah, Ceramah Hassan Ali Di Parit Buntar Kena Ejek Dengan Orang Kampung

Oleh Addin

Gambar kat atas ini ialah ceramah Hassan Ali di Parit Buntar. Jikalau perhatikan betul-betul kemudahan- kemudahan ceramah ini di taja oleh Majlis Daerah Kerian, dan perkara ini jangan di impikan sekiranya Hassan Ali masih bersama PAS. Menurut blog PASPB, di belakang Hassan Ali ialah Ketua Pemuda Umno Bagan Serai dan mengesahkan bahawa Hassan Ali sememangnya ditaja Umno untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat. Ianya merupakan tindakan bacul orang yang bernama Hassan Ali. Di bawah ini adalah pendedahan PASPB mengenai ceramah Hasan Ali di Parit Buntar baru-baru ini..

TERKINI!!! Hasan Ali sedih dapat layanan buruk dari orang PAS Parit Buntar .

"Program roadshow saya di Parit Buntar di adakan di Pekan Batu 5, Jalan Baharu Parit Buntar. Kehadiran amat memuaskan - sekitar 5 ribu orang. Ust Hafiz Nordin menjadi penceramah pertama. Agak sedih kerana ada di kalangan yang hadir yang saya percaya merupakan teman-teman PAS/PR telah cuba mengganggu ceramah beliau apabila Ust Hafiz mula menceritakan isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Parit Buntar banyak meninggalkan kenangan buat saya. Disinilah saya memulakan karier politik saya sebagai ahli parlimen. Namun agak menyedihkan apabila ada teman-teman akrab saya di Parit Buntar ini terpaksa mengenepikan semangat ukhuwwah Islamiyah hanya kerana saya bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Saya masih berharap agar tali silaturrahim tidak akan terputus hanya kerana kita mempunyai pandangan yang mungkin agak berbeza".
- fb Hassan Ali
 
Kasihan bila membaca keluhan Hasan Ali dalam FB mengulas ceramahnya di Parit Buntar. Kasihan kerana Hasan Ali tidak dilayan macam dulu oleh orang PAS. Kasihan , mungkin pertama kali ceramahnya diganggu sepanjang ceramahnya ke seluruh negara. Pulak tu di Parit Buntar, tempat dia pernah jadi Ahli Parlimen.

Wahai Hasan Ali, siapa yang ketepikan semangat ukhuwwah? orang PAS atau Hasan Ali. Setakat mari ceramah Selamatkan Akidah orang PAS Parit Buntar tak akan marah, tapi isu akidah digunakan untuk hentam PAS di kubu PAS. Siapa yang tak marah?

Nak ceramah Selamat Akidah , ceramah la orang PAS Parit Buntar tak kisah. Sebab PAS dah lama perjuangkan akidah orang Islam. Masalahnya, bila ceramah bab akidah salahkan PAS, salahkan Pakatan Rakyat. Apa cite, orang PAS Parit Buntar bukannya bodo, bukan tak tak tahu isu murtad.

Ukhuwwah la dengan UMNO kerana ceramah itu pun Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai guna atas nama Majlis Belia Daerah Kerian. MDK pun baik punya bagi kemudahan, lepas tolong sediakan kemudahan untuk ceramah. MDK nak turun pula bendera PAS sepanjang jalan di Parit Buntar , sebab UMNO sakit mata.

Memang orang PAS Parit Buntar dan Bagan Serai yang meramaikan ceramah itu, bukan kerana nak sokong Hasan Ali dan bukan juga nak ganggu ceramah. Cuma nak dengar penampilan baru Hasan Ali lepas dipecat oleh PAS.

Bila orang PAS dah mai, ceramah la bab Selamatkan Akidah , ini tidak dok belasah PAS , dok belasah pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan semua orang PAS boleh tahan sabar. Itu pun pimpinan PAS Parit Buntar minta orang PAS bertenang. Tak la sampai baling batu, maki, sepak terajang macam Samseng UMNO ganggu ceramah PR.

Baru sikit orang PAS bising dah minta polis tolong, yang samseng UMNO bermaharaja lela ganggu ceramah PAS di kawasan lain. Polis buat dek , macam tak berlaku apa-apa. Sampai Samseng UMNO baling batu melayang atas kepala polis pun , polis tak ambil tindakan.

Cukup la Hasan Ali nak bersandiwara. Kalau nak berjuang akidah , berjuang betul-betul. Ramai orang PAS akan sokong. Tapi berjuang isu akidah kerana ada maksud lain. Tak payah la nak gebang kat orang PAS Parit Buntar.

UMNO dah jaja merata kononnya, orang PAS dah kalih buktinya ramai yang pi ceramah Hasan Ali. Simpan la angan-angan tu. Orang PAS Parit Buntar bukan mudah kalih hanya dengan satu ceramah macam tu.

Tahniah la kepada Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai kerana berjaya bawa Hasan Ali ceramah di Parit Buntar setelah lama dia mengidam nak ceramah di Parit Buntar.Tapi kenapa UMNO Bagan Serai, mana UMNO Parit Buntar? ~paspb

Tuesday, 10 April 2012

Sidang Media Pelancaran Buku 100 Sebab Kenapa UMNO Wajib Ditolak


Pengumuman pelancaran buku '100 Sebab Kenapa UMNO Wajib Ditolak' terbitan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan melalui Lajnah Penerangannya. Pelancaran akan disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin bin Haji Hassan Tantawi dalam satu majlis di Rantau Panjang 15 April ini. Majlis tersebut akan diadakan pada jam 9.00 malam bertempat di Markaz PAS Gual Periok, Rantau Panjang. Antara kandungan buku ini ialah 18 fakta jenayah UMNO terhadap Islam, 18 fakta jenayah UMNO di Kelantan, 12 fakta menjawab fitnah UMNO di Kelantan, 18 fakta jenayah UMNO terhadap bangsa Melayu dan 33 fakta rasuah dan penyelewengan terkini melibatkan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
By: myKelantan.TV

Sunday, 8 April 2012

“Jelajah rakyat” (JEJAK) KeADILan Larut dapat respon positif masyarakat

LARUT: Bagi meninjau sejauh mana penerimaan masyarakat di sini terhadap Pakatan Rakyat,KeADILan cabang Larut telah menganjurkan program “jelajah rakyat” atau dikenali sebagai JEJAK di sekitar Dun Batu Kurau yang terletak dalam parlimen Larut.

Program yang turut mendapat kerjasama KeADILan negeri Perak dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Larut ini telah berjaya mengumpulkan beberapa orang aktivis Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat yang bertindak sebagai peserta Skuad Jejak.

Peserta Skuad Jejak telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan seterusnya diarahkan supaya melawati beberapa buah kampung terpilih.Antaranya ialah Kampung Repoh,Kampung Sempeneh,Kampung Perak,Kampung Pantai Besar dan Kampung Bechah

Ternyata respon yang diberikan masyarakat di sini tatkala menerima kunjungan Skuad Jejak sangat positif dan memberangsangkan.

Ketua AMK Larut,Mohd Shaiful Lizam Yusof berkata selain daripada meninjau respon masyarakat,penganjuran program ini juga adalah bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi masyarakat di kawasan ini.

Katanya,semasa siri jelajah ini pihak kami telah menerima pelbagai maklum balas serta rungutan daripada masyarakat di sini.Masalah paling ketara yang sering menjadi keluhan mereka ialah berhubung bebanan kos sara hidup yang semakin melambung tinggi.

Jelasnya lagi,kesempatan bertemu masyarakat,turut digunakan sebaik mungkin oleh pihak kami untuk memperjelaskan kepada mereka tentang kepincangan yang sedang berlaku dalam urus tadbir negara dan negeri di bawah pentadiran Umno BN.

Ujar Shaiful lagi,dalam kunjungan ini pihaknya turut berkesempatan menghulurkan bantuan wang serta bekalan makanan kepada beberapa buah keluarga miskin dan kurang mampu.
Ketua Cabang KeADILan Larut,Dr Mohd Nor Manuty menyampaikan sedikit taklimat sebelum melepaskan para peserta Skuad JEJAK

Peserta Skuad JEJAK yg terdiri daripada Wanita keADILan & Muslimat PAS sedang menyantuni seorang warga emas

Monday, 2 April 2012

Liqa’ Fikri PAS kawasan Larut,lahir petugas ikhlas dan komited

Berita/foto: Mohamad Shukri Abd Hamid

LARUT: Bagi melahirkan para petugas parti yang benar-benar ikhlas dan komited dalam melaksanakan tugasan,Lajnah Tarbiyyah PAS kawasan Larut telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Liqa’ Fikri bertempat di Musolla SMA Darul Ta’lim,Kubu Gajah.

Program yang bermula dari solat maghrib dan berakhir pada pukul 11.00 malam itu telah disertai oleh puluhan petugas parti di sekitar kawasan Larut.

Peserta yang hadir telah diberi suntikan rohani melalui sebuah syarahan bertajuk “Mazmumah dalam jama’ah” yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Tarbiah Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang,Ustaz Radhuan Ramli.

Ustaz Radhuan dalam syarahannya mengingatkan  kepada seluruh petugas parti di kawasan ini agar ikhlas dalam perjuangan demi mengharapkan redha Allah SWT.

“Biarlah kita menjadi pejuang islam yang diiktiraf oleh Allah SWT.Soal menang atau kalah tidak menjadi persoalan penting yang akan ditanya oleh Allah tetapi yang akan ditanya ialah sejauh manakah usaha yang kita lakukan untuk memenangkan islam”Ujarnya lagi

Sementara itu,Ketua Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Larut,Ustaz Firdaus Hassan ketika ditemubual turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada para petugas parti yang  sudi hadir memberi komitmen.

Beliau berharap,semoga apa yang dipelajari di sini dapat dipraktikkan sepenuhnya oleh mereka dalam melaksanakan gerak kerja dan tugas-tugas yang akan diamanahkan parti selepas ini.

Antara pimpan PAS yang turut hadir menjayakan program ini ialah YDP PAS kawasan Larut,Dr Dhari Othman,Timbalan YDP,Ustaz Haji  Ahmad Zaki Hassan dan Ketua Dewan Pemuda PAS Larut,Ustaz Mohd Nazri Haji Din.

Rata-rata peserta yang hadir dilihat begitu bersemangat ingin membantu PAS agar mencapai kemenangan di kawasan ini pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi.

Ustaz Radhuan(kiri) sedang menyampaikan amanat dan nasihat kepada para peserta







Nyanyian lagu rasmi PAS sebagai simbolik penutupan majlis