Tuesday, 28 February 2012

Khalwat dengan isteri orang,ikuti apa kata Dr.Badrul Amin


Siasatan JAIP smlm (27 Feb 2012) dapati keterangan saya dan keterangan zati (perempuan yg d tuduh bsama) tidak bercanggah - "bahawa kami tidak ditangkap oleh Penguatkuasa JAIP dalam keadaan berdua-duaan. Ketika Pegawai JAIP tiba, saya berada d dalam bilik bersama beberapa org lain sedang zati d tempat lain".

Dgn ini, laporan media juga kenyataan Timbalan Pengarah JAIP (Dato Ghazali) yg kononnya kami d tangkap oleh Pegawai Penguatkuasa dalam keadaan berduaan (malah ada yg melaporkan kononnya kami bertuala ketika d tangkap) adalah fitnah jahat dan kotor. Peguam akan mengambil tindakan undang2 atas meraka yg terlibat.

Namun kita khuatir kes ini akan d jadikan permainan politik kotor umno kerana pemandu/pembantu saya tlh d datangani oleh 6 org yg tidak d kenali yg menawarkan "imbuhan lumayan" sekiranya sanggup bekerjasama dgn mereka utk "jadi saksi" memburukkan saya. (Laporan Polis akan d buat).

Maklumat dari ayah Zati juga mendedahkan bahawa Dato Jamaludin Jarjis (Prlmen Rompin) ada meminta number HP Fazli (suami Zati) melalui Ketua Kampung d situ. Utk apa? Tentunya utk meneruskan agenda busuk mrk menyerang PR terutama PKR melalui kes saya ini.
Begitulah sedikit catatan yang tertulis dalam status facebook milik Dr.Badrul Amin.Terserah kepada pembaca untuk menilainya.Tetapi hati kecil aku kuat mengatakan bahawa beliau tidak bersalah.Percayalah bahawa ini adalah satu konspirasi jahat yang sudah dirancang dari awal lagi oleh Umno dan konco-konconya bagi menjatuhkan imej dan reputasi Pakatan Rakyat yang sememangnya sudah mendapat tempat di hati rakyat.

Jika mereka sanggup mempergunakan pasukan polis untuk membunuh seorang ulama PAS,Ustaz Ibrahim Libya di Memali satu ketika dahulu atas tuduhan yang kononnya ulama tersebut adalah seorang pengganas.Tidak mustahil untuk kita mengakui bahawa JAIP dipergunakan oleh UMNO untuk memerangkap Dr Badrul Amin atas tuduhan KHALWAT..

Di sini,ingin aku kongsikan dengan para pembaca sepotong hadis Nabi SAW yang wajib kita hayati dan renungi.


Nabi SAW bersabda;"Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak berslah akan kesalahannya" (Hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)


Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah SWT yakni mereka yang suka membawa fitnah dan mencaci orang yang tidak bersalah..Wallahua'lam

Sunday, 26 February 2012

Pemberian tanah kepada ketua cawangan dan kroni,Umno Larut dituntut memberi penjelasan





Larut: Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK) Larut,Mohd Saiful Lizam Yusof (gambar) memohon penjelasan daripada Umno bahagian Larut berhubung penyerahan tanah milik Yayasan Negeri Perak kepada ketua-ketua Umno cawangan dan kroni-kroni.

Hal ini kerana,masih ada rakyat yang hidup dalam serba kedhaifan serta masih belum punya tanah dan kediaman yang selesa.Tindakan mereka ini dilihat seolah-olah lebih mementingkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan rakyat miskin di kawasan ini yang sepatutnya mendapat pembelaan.

Perkara yang sama turut didedahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut.Mohd Nazri Haji Din di pentas-pentas ceramah,namun hingga ke hari ini UMNO masih mengambil sikap diam membisu dan enggan menjawab tentang perkara ini.

Saiful ketika ditemubual turut menyeru rakyat di Larut ini agar membuat perubahan dengan menolak kepimpinan yang hanya tahu untuk mengumpulkan kekayaan dengan merompak harta rakyat sesuka hati mereka.

Sudah lebih 54 tahun Umno diberi peluang untuk mentadbir kawasaan ini namun masih terdapat rakyat yang terpaksa berteduh di rumah-rumah usang yang hanya menunggu masa untuk roboh ditiup angin.Sepatutnya mereka ini yang mendapat tanah,bukannya ketua-ketua cawangan dan kroni-kroni Umno yang sememangnya sudah berharta.Jelasnya lagi..

Tuesday, 21 February 2012

Konsert gempak di Larut hakis stigma negatif masyarakat terhadap PAS


Larut: Satu lagi fenomena baru dalam sejarah politik PAS kawasan Larut apabila ribuan penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir ke konsert  yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan itu baru-baru ini..

Selain dapat berhibur dengan persembahan nyanyian oleh Ustaz Akhil Hayy dan Ali Terrarossa,hadirin yang hadir turut berpeluang menonton telatah mencuit hati Man Raja Lawak yang turut mengisi pentas konsert dengan persembahan lawak spontannya.

Konsert yang dianjurkan sempena malam kemuncak “Karnival Anak Muda Geng Kita” yang telah berlangsung meriah selama lima hari di bumi Larut itu turut menampilkan Bob Lokman sebagai pengacara.

Rata-rata hadirin yang hadir telah memberikan respon yang cukup baik terhadap program seperti ini.Keterbukaan PAS menganjurkan program-program yang berunsur hiburan mutakhir ini dilihat mampu menghakis stigma dan persepsi negatif masyarakat terhadap parti itu selama ini.

Masyarakat perlu sedar bahawa PAS begitu konsisten untuk mengangkat dunia seni dan hiburan ke tempat yang lebih baik daripada sekarang sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara ini pada masa akan datang.

Saturday, 18 February 2012

TEMPIK12:Ribuan Anak Muda Tolak UMNO di Larut


Larut: Kehadiran Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri,Ustaz Mohd Zawawi Hassan dan Ahli Jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat,Ustaz Idris Ahmad di bumi Larut hari ini disambut meriah oleh dua ribu anak muda bermotosikal yang bersiap sedia untuk mengiringi pemimpin-pemimpin kesayangan mereka ke Himpunan Tanzim Pemuda PAS Larut(TEMPIK12) di Tapak Kompleks Dana Pembela,Batu 4 Sungai Dendang,Kubu Gajah,Perak
Program yang berlangsung meriah itu mencetuskan satu fenomena baru dalam sejarah politik di Larut apabila PAS kawasan dengan kerjasama dewan pemudanya berjaya menghimpunkan ribuan anak muda dalam sebuah kawasan yang memang terkenal sebagai kubu kuat UMNO sejak dari dahulu..

Melihat kepada lonjakan sokongan anak muda mutakhir ini PAS kawasan menaruh harapan yang amat tinggi untuk melihat tembok kekuasaan UMNO di bumi Larut ini dirobohkan pada Pilihan raya umum(PRU) yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi.

Tidak dinafikan,jaringan media baru seperti facebook,blog dan twitter telah banyak membantu PAS kawasan menyebarkan maklumat yang tepat kepada seluruh pengundi di sekitar kawasan Larut yang sejak sekian lama dibohongi oleh media-media bangkrap idea parti kerajaan.


Maka tidak hairanlah jika anak muda yang sememangnya merupakan golongan teratas  mendominasi penggunaan laman social di internet sudah beralih arah kepada PAS dan memilih untuk tidak menyokong UMNO parti yang kotor,jijik dan penuh dengan rasuah,penyelewengan dan pembohongan.

Masalah kemiskinan rakyat,kemudahan infrasruktur dan prasana yang tidak lengkap di beberapa tempat dan perkampungan di sekitar kawasan Larut membuktikan bahawa Umno gagal untuk menjalankan amanah dengan baik setelah diberi mandat untuk mentadbir kawasan ini sejak puluhan tahun yang lalu.


Kini sudah tiba masanya untuk masayarakat di kawasan ini turut serta bersama ribuan anak-anak muda yang bijak ini membuat perubahan agar mereka dapat menikmati hidup yang lebih baik di bawah kepimpinan yang jauh lebih telus dan adil dalam menjalankan amanah rakyat.

Thursday, 16 February 2012

BR1M:Di sebalik umpan yang enak,ada mata kail yang berbisa

Mungkin ramai yang tertanya-tanya.Kenapa kemiskinan masih terus wujud walaupun sudah lebih 54 tahun Umno Barisan Nasional memerintah? Jawapannya,Umno sememangnya tidak pernah berminat dan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kemiskinan di negara kita.Hal ini kerana,dengan adanya rakyat yang miskin,maka mereka boleh digula-gulakan dengan 1001 jenis bantuan dan seterusnya mengikat mereka agar terus mengundi dan menyatakan sokongan terhadap Umno Barisan Nasional.Rakyat yg miskin ini mulalah ditabur dengan rasuah wang ringgit seperti pemberian  Rm500.Namun bagi saya,ia bukanlah satu usaha yang bijak dan berkesan untuk membantu rakyat yang sedang terbeban dengan masalah kos sara hidup yang melambung tinggi.

Rakyat sekarang sudah semakin bijak membuat penilaian.RM 500 bukanlah sesuatu nilai yang cukup tinggi untuk kita menyandarkan sepenuh kepercayaan dan harapan kepada perasuah dan perompak harta rakyat seperti UMNO agar terus memegang tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang.Sejauh manakah keikhlasan mereka dalam membantu rakyat sekiranya bantuan seperti ini hanya disalurkan di saat pilihanraya semakin tiba?

Sepatutnya dengan segala sumber asli,khazanah dan hasil mahsul yang dimiliki negara,rakyat sudah lama bebas daripada belenggu kemiskinan.Namun apa yang terjadi ialah,kekayaan negara diagih-agihkan di sekitar dua tiga kerat manusia,kaum kerabat dan kroni.Sesuatu yang amat tidak wajar untuk umno dijulang tinggi melangit hanya kerana agihan bantuan yang berjumlah 500 ringgit sedangkan ia hanya boleh diibaratkan seperti beberapa titis sahaja daripada jumlah kekayaan sebenar yang dimiliki negara.

Rakyat tidak menuntut agar pemberian bantuan Rm 500 itu dinaikkan tetapi cukuplah sekadar dengan hanya menurunkan harga barangan keperluan.Jika ini dilakukan,saya percaya bahawa rakyat akan mendapat lebih daripada apa yang dicanang.Apakah keuntungan yang dapat rakyat rasai di sebalik pemberian wang yang hanya bersifat sementara? Hanya 0.27 sen sehari dalam tempoh 5 tahun.Dan berapa pula nilainya sehari jika dihitung dalam tempoh 54 tahun Umno berkuasa?
Umno sepatutnya berasa malu untuk berbangga dengan agihan belanjawan yang langsung tidak realistic seperti ini.Saya percaya di sebalik keghairahan kerajaan untuk melaksanakan janji mereka,rakyat akan kembali menanggung beban.Mungkin juga kerajaan terpaksa untuk menaikkan harga barangan bagi merealisasikan pemberian gula-gula politik tersebut.Ingatlah di sebalik umpan yang enak,ada mata kail yang berbisa.
Oleh itu,ayuhlah sama-sama kita bangkit tumbangkan umno pada pru ke 13 ni agar agenda pembangunan rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh Pakatan Rakyat yang jauh lebih ikhlas memikul amanah rakyat.Hidup! Hidup! Hidup rakyat!!!

Wednesday, 8 February 2012

Moh Anak Muda,kita ke "Karnival Anak Muda Geng Kita"

Karnival "Anak Muda Geng kita" yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Larut pada 16 hingga 20 Februari ini dijangka akan berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan anak muda..

Program yang bakal berlangsung selama 5 hari di tapak Kompleks Dana Pembela,Sungai Dendang,Kubu Gajah akan diserikan lagi dengan kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat seperti Mohamad Sabu(Mat Sabu),Dato' Mahfuz Omar,Ustazah Zailah Yusof,Salahuddin Ayyub,Ustaz Idris Ahmad,Normala Sudirman(Cikgu Mala) dan Badrul Hisham Shaharin(Chegu Bard) yang akan mengisi pentas ceramah sepanjang program berlangsung.

Pihak penganjur turut mengundang beberapa artis dan bekas artis tanah air.Di antaranya ialah Bob Lokman,Akhil Hayy,Mel Wings,Mail XPDC dan Ali Terrarossa bagi menghiburkan pengunjung yang hadir

Aturcara program turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti himpunan pemuda/muslimat,sukan pemuda,gubahan muslimat,cabutan bertuah,konvoi raksasa dan sebagainya

Objektif program adalah bertujuan untuk memantapkan semangat dan kekuatan anak muda bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi..