Friday, 27 January 2012

Kepada Seluruh Pemimpin PAS:Jangan jadi macam Hassan Ali


Walaupun isu ini sudah lama berlalu,bagi aku tindakan PAS memecat Dr.Hassan Ali adalah satu tindakan wajar.Dalam keghairahan untuk melontarkan idea dan pandangan,kenapa sehingga perlu membelakangkan suara kepimpinan dan permuafakatan yang telah terjalin utuh?
Jadi nasihat aku kepada seluruh pemimpin PAS yang lain agar lebih berhati-hati dalam apa jua kenyataan,keputusan,tindakan,agenda dan program.Biar apapun pendirian yang hendak ditegakkan,namun cara menghidangkannya kepada rakyat perlulah di ambil kira.Makanan yang lazat sekalipun boleh mematahkan selera andainya cara menghidangkannya tidak kena,atau main lempar sahaja.Jangan pula berlaku di mana ‘lubang’ BN tidak dapat dikambus,PAS pula membuat lebih banyak ‘lubang’ baru yang menyebabkan lebih ramai orang yang bakal tersungkur ke dalamnya..
Jangan ada lagi selepas ini,pemimpin PAS menggunakan media musuh untuk menyerang dan mengkritik parti sendiri..Usah biarkan musuh bertepuk tangan..

Tuesday, 17 January 2012

TEKUN & AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)BUKAN DUIT MAK BAPAK PEMIMPIN UNITED MUNAFIK NATIONAL ORGANIZATION (UMNO)


Seringkali penulis terdengar rungutan daripada peniaga-peniaga kecil di sekitar Batu Kurau yang telah beberapa kali ditolak permohonannya untuk mendapatkan pinjaman TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) hanya     kerana mereka tidak
mempunyai keahlian UMNO..


Persoalannya yang bermain di pemikiran penulis ialah,kenapakah seseorang itu perlu disyaratkan untuk menjadi ahli UMNO terlebih dahulu?  Adakah selama ini hanya orang UMNO sahaja yang membayar cukai tanah,cukai jalan,cukai pintu,cukai itu dan cukai ini.?
Adakah hanya orang-orang UMNO sahaja yang diiktiraf sebagai warganegara oleh kerajaan,manakala orang bukan UMNO hanya dianggap sebagai orang Nepal,Bangladesh,Myammar      dan Pakistan?
Perlu diingat tabungan TEKUN dan AIM diambil daripada wang rakyat Malaysia,bila disebut sebagai rakyat Malaysia maka tidak perlulah dikira apakah pegangan dan ideology politik yang mereka anuti,semuanya adalah penyumbang kepada pendapatan negara.Amat tidak wajar jika diskriminasi politik berlaku dalam membantu rakyat mengurangkan bebanan yang ditanggung.
Duit yang diambil daripada rakyat perlu diserah kembali kepada rakyat kerana itu semua bukanlah duit mak bapak pemimpin UMNO..
Perlukah untuk penulis memperingatkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO tentang satu hadis nabi SAW yang mengatakan bahawa salah satu daripada tanda orang-orang yang munafik ialah “apabila diberi amanah ia khianati..”
MasyaAllah.Penulis berharap semoga tidak ada pemimpin PAS yang tergolong dalam golongan seperti itu..
                                                                      

PERGINYA SEORANG PEJUANG

Beberapa bulan lagi pilihan raya.Namun PAS Kawasan Larut dikejutkan pula tentang berita kematian seorang anak muda yang telah banyak menabur jasa kepada perjuangan parti.Nor Saifudin Zainordin,25,telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 8.45 pagi,12 Januari yg lalu setelah hampir tiga hari bertarung nyawa di Hospital akibat kemalangan..


Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS cawangan Sungai Ara meninggalkan seorang balu serta seorang anak lelaki yang baru berusia satu tahun lima bulan
Turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham,mantan Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Haji Kamaruddin bin Awang Basir,Ketua Pemuda PAS Larut,Mohd Nazri Din serta timbalannya Mohd Akmal Kamaruddin.Bagi PAS kawasan,pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat parti.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

                                                                             




Gambar-gambar Allahyarham yang sempat penulis rakamkan beberapa minggu sebelum kematiannya…Al-Fatihah….

Monday, 9 January 2012

Menjawab hujah dangkal Taiping Mali

Berikut adalah artikel yang tersiar dalam blog Taiping Mali beberapa hari yang lalu:


PAS mengharapkan Anwar dipenjarakan kerana beberapa sebab.
1.    
2.     Pertama dalam perbincangan kepalabapa-kepalabapa Pkr, Pas dan Dap telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri sekiranya PR menang dalam PRU 13.
3.     Pas merupakan komponen parti Melayu yang terbesar berbanding Pkr. Oleh itu Pas berharap jika Anwar masuk penjara, peluang Hadi Awang untuk menjadi Perdana Menteri semakin cerah dan memadamkan resolusi bersama yang telah ditetapkan.
4.     Pas tidak boleh mencapai cita-cita tanpa sokongan Dap. Oleh itu Dap perlu digunakan oleh Pas untuk meraih undi orang Cina.
5.     Dap pula akan bersikap look and learn , mana untung dia kaut. Dap sedar bahawa kaum Cina adalah penyokong tegar mereka, penduduk cina hanyalah 24 % dan tidak mungkin jika 100 % cina mengundi Dap pun mereka tidak akan dapat tubuhkan kerajaan .  Oleh itu sokongan Pas diperlukan. 
6.     Lim Kit Siang pun boleh pasang angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri Dap yang pertama. 
<><><><><><><><><><><><><><><><>
<>
<><><><><><><><><><><><><><><><>
             
Pejam mata mimpi jadi PM



                                           
          Pejam mata mimpi untuk terus kekal sebagai PM lepas PRU ke-13 ni
                                               
Takziah diucapkan kepada TAIPING MALI dan konco2 umnonya kerana hasrat untuk melihat perjuangan PR berkubur dan berpecah belah setelah DS Anwar dipenjarakan tidak menjadi realiti.Mahkamah tinggi Kuala Lumpur sudah membuat keputusan..Anwar tidak bersalah,diulangi “TIDAK BERSALAH!!!”..Untuk bloggers2 pengampu,jangan la cuba nak berlagak menjadi hakim pulak
Pada pandangan aku Taiping Mali ni adalah seorang yang pelupa..Maklumlah dah tua..Jadi nasihat aku lebih baik kau dekatkan diri dengan akhirat. Itu adalah lebih baik daripada menghabiskan masa menambah dosa dengan memfitnah orang lain..
Kenapa aku kata Taiping Mali ni seorang pelupa? Terdapat fakta dan hujah bernas yang boleh dirungkaikan..Pertama dalam tulisan di atas Taiping Mali sendiri telah mengakui hujah yang sering dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PAS di pentas2 ceramah..
7.     penduduk cina hanyalah 24 % dan tidak mungkin jika 100 % cina mengundi Dap pun mereka tidak akan dapat tubuhkan kerajaan.Oleh itu sokongan Pas diperlukan.”


Habis kalau kau dah tau macam tu..kenapa selama ni engkau dan geng2 UMNgok kau sibuk sangat dok menjaja dekat sekalian rakyat melayu bahawa jika PR menang DAP akan berkuasa..
Itu la,lain kali hati-hati kalau nak menulis..jangan sampai tersilap percaturan..Kan dah terserlah kelemahan diri sendiri..
Prinsip yang aku pegang selama ini ialah:

DAP ITU 1000 KALI LEBIH BAIK DARIPADA UMNO

Pernah atau tidak pemuda DAP membawa sepanduk yang tertulis perkataan “Sultan Nate”(Sultan binatang)..??
Tidak pernah sama sekali..
Tapi pemuda UMNO dengan penuh angkuh dan biadapnya berani bertindak sedemikian rupa terhadap sultan terengganu beberapa tahun yg lalu hanya kerana calon yg mereka pilih iaitu DS Idris Jusoh tidak dilantik sebagai MB..
Sudah terang lagi bersuluh..Siapa yang rasis????????? Siapa yang mengkhianati melayu dan raja2 melayu..??????????
Pernah atau tidak pemimpin DAP di Pulau Pinang bertindak menggadaikan tanah2 rezab Melayu kepada tauke-tauke kaya dan syarikat-syarikat besar???
Tidak pernah sama sekali..
Tapi UMNO dengan sifat tamak dan halobanya telah bertindak menggadaikan beratus-ratus hektar tanah orang melayu di Genting Higland kepada Tauke Judi Kaya..Lim Goh Tong...Ada ka orang melayu nama Lim Goh Tong?..Memang sah la cina..
Siapa yang boneka cina di sini????
Malah siapa yang bertindak menghantar surat amaran kepada MB Kelantan satu ketika dahulu..”Jika laksana hudud,kerajaan pusat akan bertindak!!”
Siapa???????  Siapa,siapa,dan siapaaaaa?????
DAP atau UMNO??
Jadi siapa yang pengkhianat Islam di sini?
Dan pernah atau tidak DAP menggesa kepada kerajaan agar menyekat kuasa raja2 Melayu di negara kita?? Pernah ke???????
Tapi UMNO pada tahun 1993 dengan angkuhnya telah bertindak meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan imuniti dan kekebalan raja-raja melayu terhakis??
Malah yang bangkit menentang tindakan sedemikian pada waktu itu adalah pemimpin2 DAP…

Pihak yang kamu tuduh sebagai Anti Melayu,anti Islam,Kafir Harbi dan sebagainya..
UMNO?? Di mana pemimpin2 UMNO yang sering melaungkan laungan2 hipokrasi “daulat tuanku”…Lebih baik tukar saja laungan tersebut kepada “Daulat Umno”..
Siapa yang telah meruntuhkan institusi raja-raja melayu di sini..
DAP atau UMNGOK!!??????????????

Jadi jangan salahkan orang melayu jika hari ini,mereka lebih mempercayai DAP daripada UMNO..Jawapannya sudah ada pada anda..Tepuk dada tanya selera..
Dan banyak lagi hujah dan fakta yg boleh aku rungkaikan satu persatu kepada Taiping Mali.Siapa pengkhianat Melayu? Siapa pengkhianat Islam dan institusi raja2 melayu..Tapi dengan syarat Taiping Mali kena la gentleman sikit.Tak perlu la buat apa2 sekatan di blog kamu,ini setiap kali aku nak komen dekat artikel dia..Mesti tertulis perkataan "Ulasan anda akan dapat dilihat selepas kelulusan" apa ni..bukan anak jantan nampaknya kamu ni ya?? Satu ingatan untuk Taiping Mali,tak payah la nak merasa diri tu lebih pandai daripada Majlis Fatwa Kebangsaan..DAP Kafir Harbi? Majlis fatwa pun tak pernah fatwakan sedemikian..Apa yg kamu faham tentang makna kafir harbi...Sah kamu tidur waktu subjek Pendidikan Islam di sekolah dulu..haha..Taiping Mali...Taiping Mali..

Friday, 6 January 2012

Penyelaras Masjid Daerah Taiping sekat pengajian agama


     Kami dari ahli pengajian membantah sekeras-kerasnya tindakan penyelaras masjid yang menggugurkan 10 orang tenaga pengajar/guru agama dari mengajar di Masjid ini.Di antara guru-guru agama tersebut adalah:
1.      Ustaz Ahmad Awang
2.      Ustaz Wan Tarmizi bin Abd Aziz
3.      Ustaz Dr Jamnul Azhar bin Mulkan
4.      Ustaz Jamnul Azazi Rahim bin Mulkan
5.      Ustaz Jamnul Aizul bin Mulkan
6.      Ustaz Zakaria Ahmad
7.      Ustaz Hamzah Awang
8.      Ustaz Sobri Arshad
9.      Ustaz Muhsin Musa
10.  Ustaz Ahmadan Ghazali
Atas alasan apa ustaz-ustaz ini digugurkan daripada mengajar? Adakah mereka ini tidak layak mengajar? Adakah mereka ini tidak ada ilmu untuk mengajar? Adakah mereka ini bukan dari kalangan ustaz-ustaz yang rapat dengan penyelaras masjid? Adakah mereka ini mengajar ilmu yang karut dan sesat? Adakah mereka ini mengajar hanya untuk bawa orang ramai masuk neraka???
Kami mahu pihak penyelaras masjid menarik balik pengguguran ustaz-ustaz ini dari mengajar.Kalau pihak AJK dan penyelaras masjid tidak mahu belajar atau malas mahu belajar sekalipun,jangan sampai menggugurkan mereka.Masih ramai lagi orang yang hendakkan ilmu daripada ustaz-ustaz ini.Biarkan ustaz-ustaz ini terus mengajar.Penyelaras masjid pun dapat pahala,kalau tindakan macam ini,DOSAlah nampaknya penyelaras dapat..
              Untuk penyelaras masjid,jangan jadi macam ini:
Ø  Belajar pun tak mahu
Ø  Mendengar pun tak mahu
Ø  Menyokong untuk ustaz mengajar pun tak mahu
Ø  Akhirnya,jangan jadi jahil ilmu


Begitulah sedikit catatan yang tertulis dalam risalah yang diedarkan sewaktu demonstrasi aman yang diadakan pada jam 2 petang tadi,6 Januari 2011 usai solat jumaaat di perkarangan masjid Taiping.
Ini adalah komplot jahat yang dilakukan puak-puak yang benci melihat Islam subur di negara ini.Untuk bloggers2 pengampu,Taiping Mali dan ulama-ulama kangkung@ulama-ulama carma(cari makan)..Di manakah suara anda? Oh lupa,anda semua bukan ulama tapi UlarMak(Ular dalam semak)

Tuntutan mereka jelas,minta penyelaras masjid tarik balik keputusan yang dibuat..Jangan sekat pengajian,jangan sekat majlis ilmu..
Para Jemaah sedang berdialog dengan salah seorang
pegawai polis
Laungan penuh semangat
Hidup!! Hidup!! Hidup Islam!!!

                        Terima kasih diucapkan kepada pegawai2 polis                              
          yang sedia memberikan kerjasama                         


Ustaz Fakhrudin mengetuai  bacaan doa, menadah tangan,memohon pertolongan Allah sambil diaminkan oleh para jemaah

Adun Kuala Kurau,YB Yunus(2 dari kanan)
bersama Ketua AMK Larut,Saiful Lizam
(3 dari kiri) turut hadir memberi sokongan  
         
 Ni budak mana yer?? Haha,aku la..Aku pun nak
publisiti murahan macam PERKASA jugak…Eh2
silap..PERKOSA daa(^_^)

Tuesday, 3 January 2012

ORANG YANG BODOH,JANGAN BODOHKAN KAMI ANAK MUDA!!!


Assalamualaikum wbk..Salam reformasi buat anak-anak muda yang cintakan keadilan.Buat kesekian kalinya kewibawaan kita kembali dicabar..Satu perkhabaran yang kurang menyenangkan tatkala dimaklumkan bahawa para mahasiswa yang berdemonstrasi di hadapan UPSI beberapa hari yang lalu dikasari oleh polis,ada yang terlantar pengsan di hospital,ada yang terluka sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan malah ada yang terpaksa bermalam di lokap polis..”Ya Allah,betapa mahalnya harga yang terpaksa dibayar demi mengharapkan secebis keadilan tertegak di negara ini..Semoga engkau memberi balasan yang setimpal kepada mereka-mereka yang zalim”..
Alhamdulillah,mahasiswa di negara kita sudah sedar.Mereka sudah mula bangkit dari lamunan tidur yang sekian lama dibuai mimpi indah dengan tidak mengendahkan apa yang berlaku di luar kampus.Hal ini berjaya dibuktikan dengan melihat senario yang berlaku dewasa ini.Beberapa demonstrasi yang dianjurkan mereka sebelum ini berjaya menghimpunkan ratusan anak muda dalam kalangan mahasiswa di seluruh negara.Tuntutan mereka jelas,mansuhkan AUKU,akta ini sudah tidak relevan lagi untuk digunapakai.Susah sangat ke untuk tuntutan yang sekecil ini dilaksanakan?
Atau mungkin kerajaan sendiri sukar untuk menerima hakikat bahawa sokongan golongan terpelajar kepada mereka kian pudar.Jadi tindakan memansuhkan akta drakonian ini hanya akan menyukarkan mereka untuk bertahan di tampuk kekuasaan sebagai pemerintah.Satu perkara yang mereka perlu tahu.Mahasiswa adalah golongan cerdik pandai,sedangkan yang masih bersama UMNO hanyalah orang-orang bodoh yang tertutup dan rela ditutup mata hati mereka.Bodoh kerana tidak mahu memihak kepada kebenaran.Bodoh kerana tiada keberanian untuk membebaskan diri daripada belenggu kezaliman dan kejahilan.
Yang masih bersama UMNO adalah mereka yang terkena sindrom ‘bisu’.Ulama dan orang-orang agamanya pun turut bisu.Itulah akibatnya jika menganut fahaman “ampuisme” dan “anggukisme”.Pemimpin UMNO sebenarnya cukup seronok jika kata-kata mereka diaminkan oleh sekalian rakyat yang bodoh ini.Mereka yang masih bersama UMNO hanyalah tukang-tukang sorak yang diupah,mereka seronok dengan keramaian dan pesta-pestaan,serta mereka yang berkepentingan untuk mendapatkan projek sama ada bernilai ribuan atau jutaan ringgit.
Lihat saja ucapan pemimpin-pemimpin mereka sewaktu Persidangan Agung UMNO baru-baru ini.Rakyat diseru agar terus memberi mandat kepada mereka untuk terus memerintah,kononnya ia penting untuk pembangunan negara.Seolah-olah jika parti lain yang memerintah,pembangunan tidak dapat dilaksanakan.Apakah hanya orang UMNO sahaja yang tahu membuat pembangunan? Bagaimana dengan pembangunan negara-negara maju yang tidak ditadbir oleh UMNO pun? Apakah orang lain tidak cerdik,tidak pandai serta tidak berkelulusan untuk membangunkan negara ini? Kelulusan apakah yang orang UMNO ada sehingga tiada orang lain yang boleh menandingi mereka? Adakah kelulusan mereka ini datang dari langit ataupun planet marikh? Apakah otak-otak orang UMNO itu berkali-kali ganda lebih cerdik daripada orang yang bukan UMNO?
Apa yang ingin aku nyatakan di sini ialah,jika pembangunan boleh dilaksanakan oleh UMNO,maka pembangunan yang lebih baik malah tanpa penyelewengan sudah pasti dengan izin Allah dapat dijayakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat yang jauh lebih ikhlas memikul amanah rakyat.Lihat sahaja di Kelantan,ada atau tidak pemimpin di sana yang terpalit dengan skandal rasuah dan penyelewengan biarpun sudah memegang tampuk kekuasaan selama 21 tahun.
Orang-orang yang bodoh memang begitu,mereka sentiasa silap dalam membuat penilaian.Oleh itu aku manyeru kepada anak-anak muda ataupun mahasiswa di luar sana,jikalau ada yang masih menyokong ataupun tunduk dengan kezaliman UMNO.Ayuhlah kita membuat satu anjakan paradigma,berubah daripada segala bentuk kezaliman kepada sebuah keadilan yang hakiki.Kini adalah masa terbaik untuk anak muda seperti kita melakukan perubahan minda.
Bagi sesiapa yang tidak menyenangi tulisan ini,tidak perlulah untuk anda semua melatah.Aku sentiasa membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berdialog atau berdiskusi secara  ilmiah.Hanya dengan cara ini kita dapat merungkaikan segala kekusutan dan kekeliruan yang maha kelam kabut,bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem keluarga 69.
Wahai UMNO,janganlah hanya berani menjadi jaguh di media-media bangkrap idea,tetapi bila diajak bersemuka,lidah kelu tidak berkata.Itulah UMNO yang aku kenal..