Thursday, 27 December 2012

PKR tampil calon berpendidikan Agama di DUN Batu Kurau

BATU KURAU: Jika di Parlimen Larut PAS meletakkan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Datuk Fauzi Shaari sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13,di DUN Batu Kurau dalam parlimen tersebut pula akan diwakili oleh seorang calon yang berlatarbelakangkan agama.

DUN Batu Kurau adalah satu-satunya kerusi dalam parlimen Larut yang ditandingi Parti KeADILan Rakyat (PKR) sejak PRU ke 11.

Untuk PRU ke 13 dikhabarkan PKR akan menurunkan Ustaz Mohammad Fadzil bin Ellias (gambar) ,anak kelahiran Batu Kurau yang berasal dari Kg Anak Kurau.Beliau adalah anak tempatan Batu Kurau yang kini bertugas sebagai pegawai agama di Pulau Pinang dan merupakan lulusan dari Abu Bakr Islamic Universiy,Pakistan.

Timbalan Ketua Cabang PKR Larut,Haji Adli Kamarun ketika dihubungi penulis mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau,pihaknya telahpun memperkenalkan calon tersebut kepada pengundi-pengundi di DUN Batu Kurau dalam beberapa program bersama masyarakat di situ sejak beberapa bulan yang lalu.

"Ternyata penerimaan mereka amat baik sekali malah tiada bantahan daripada ahli-ahli di peringkat akar umbi dan pihak kami yakin DUN Batu Kurau akan berjaya ditawan PKR pada PRU ke 13".Katanya

Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK)Larut,Shaiful Lizam Yusof ketika dihubungi juga turut meluahkan nada yang sama.

Katanya beliau yakin DUN Batu Kurau akan berjaya dimenangi PKR berdasarkan kepada 'mood' pengundi khususnya golongan muda yang semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno tidak lagi berada pada zon selesa di DUN tersebut.

Komen Blogger: Memang itu yang kami mahu,berkat doa KO BN yang kita aminkan setiap kali rakaman video doa tersebut disiarkan dlm buletin TV3..InsyaAllah,Umno akan KO pada PRU-13,bukan sahaja di Parlimen Larut dan DUN Batu Kurau,tetapi juga di Putrajaya..Hancur Umno!!



2 comments:

  1. alhamdulillah moga doa kalian KO BN berbalik ke KO PKR PAS di Dun Batu Kurau dan Parlimen Larut.Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Parti yang menjuangkan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh kristian hendaklah ditentang habis-habisan.

    ReplyDelete
  2. Arwah ayah calon ni dulu mati sorang-sorang, dah 3 hari mayat membusuk baru diketahui jiran. kasihan sungguh, pada waktu tu musim demam cikunya.mana calon ni tika tu? adakah dia ambil berat dan ambil tahu?

    ReplyDelete