Tuesday, 25 December 2012

Sepakat menyokong pencalonan Datuk Fauzi Shaari di Parlimen Larut

LARUT: PAS Cawangan Sungai Ara dalam kawasan Larut sebulat suara menyokong pencalonan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Datuk Fauzi Shaari di parlimen Larut pada Pilihan raya umum(PRU) ke 13.

Pendirian tersebut disepakati oleh seluruh ahli jawatankuasa serta ahli-ahli di cawangan tersebut ketika berlangsungnya majlis usrah di kediaman Setiausaha PAS Cawangan,Zainal Abidin Ramli baru-baru ini

Dalam program yang turut dihadiri Fauzi itu,rata-rata ahli PAS yang berada pada majlis tersebut dilihat  tidak kekok untuk berbual mesra dengan Fauzi,anak kelahiran Larut yang baru sahaja 7 bulan menyertai PAS itu.

Mewakili PAS Cawangan,Bendaharinya,Mohd Ikber Tan berkata pihaknya tidak mempunyai apa-apa masalah berhubung soal calon.

“Tidak kira siapa sahaja calon yang akan diputuskan PAS Pusat untuk bertanding di Parlimen dan DUN di sini,kami tetap konsisten menyokong tanpa bantahan”Katanya

Ini kerana ujarnya,kepatuhan kepada setiap keputusan pucuk pimpinan adalah sikap yang harus ditonjolkan oleh setiap ahli di pelbagai peringkat

Kataya lagi,seluruh ahli di cawangan tersebut membantah tindakan seorang Ketua Cawangan dalam kawasan Larut yang baru-baru ini membuat sidang media untuk memboikot calon yang telah diputuskan PAS Pusat

Pihaknya yakin bahawa setiap keputusan yang dibuat PAS Pusat telah melalui beberapa fasa sehinggalah musyawarah di peringkat badan tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama dan keputusan tersebut bukanlah terhasil daripada perbincangan di peringkat kedai kopi.

Sementara itu,Fauzi yang diberi kesempatan berucap pada majlis tersebut meluahkan keyakinan bahawa akan berlaku satu perubahan kepimpinan bukan sahaja di kawasan parlimen yang bakal ditandinginya tersebut tetapi juga di peringkat persekutuan.

“Yakinlah,PRU 13 akan menyaksikan Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya.Penantian kita(PAS) sudah terlalu lama,doakan PAS dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya,InsyaAllah kita akan pamerkan satu kelainan dalam pemerintahan itu nanti” Katanya

Turut serta,Naib Ketua Pemuda PAS Larut,Ustaz   Firdaus Hassan selaku naqib yang mengendalikan majlis Usrah pada hari tersebut

No comments:

Post a Comment