Thursday, 13 December 2012

Datuk Fauzi sedia berdepan dengan sesiapa sahaja calon BN di Larut


LARUT: Calon Pas Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari sedia berdepan sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang sebelum ini disebut-sebut calon bertanding kerusi itu  juga melahirkan keyakinan mampu menang berdasarkan sokongan padu pengundi di kawasan tersebut.

Fauzi berkata, beliau akur dengan kehendak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Larut.

“Saya istiqamah dengan perjuangan dan tidak kisah siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di Parlimen Larut).

"Rakyat kini sudah sedar dan yakin perjuangan PR ke Putrajaya untuk menubuhkan kerajaan yang adil bagi membela semua kaum dan golongan tanpa pilih kasih," katanya pada ceramah anjuran Pas Cawangan Batu Enam, di sini, kelmarin.

Menurutnya, beliau dan pucuk pimpinan kini juga yakin dengan sokongan padu rakyat juga pengundi Larut kepada Pas serta PR.

“Kita memberi jaminan jika PR memerintah negara, bahasa Melayu akan kekal menjadi bahasa rasmi negara, di samping menghormati bahasa lain. “Manakala agama Islam akan kekal agama rasmi dengan pengisian lebih menyeluruh, selaras kehendak perundangan Islam,” katanya.

Bersemangat pada ceramah berkenaan, Fauzi juga menegaskan PR akan memastikan hak istimewa orang Melayu terjamin, malah akan dimartabatkan dalam pelbagai bidang tanpa meminggirkan bangsa lain.

4 comments:

  1. meh kita pakat angkat dtk fauzi. kemudian kita pakat gosok buntut musa hasan pulak. duadua bekas polis. pencen. dah pandai pakai kopiah. kahkahkah!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. jgn nak disamakan musa dengan fauzi..kami orang Larut lebih mengenali kepribadian fauzi sejak dia berada dlm pdrm lagi..dia sememangnya membesar dengan fikrah PAS..ayahnya Allahyarham hj shaari adalah salah seorang penggerak utama PAS di Larut..kenalilah dulu datuk fauzi jgn buat sebarang andaian..kemasukan beliau dlm PAS bukanlah satu kejutan bagi org2 PAS di sini,semuanya sudah dijangka..dia membesar daripada sebuah keluarga PAS..Apa nak heran..

    ReplyDelete