Thursday, 13 December 2012

Bekas pelakon derita sakit gembira terima kunjungan PAS Larut

SELAMA: Jelas terpancar senyuman kegembiraan di wajah seorang bekas pelakon tanah air yang kini sedang terlantar sakit di hospital sejak 3 bulan lalu apabila menerima kunjungan Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut,Mohd Akmal Kamaruddin.

Pelakon tersebut,Radi Mat Isa,50,pernah membintangi beberapa buah filem pada era 80-an.Antara judul-judul filem lakonan beliau ialah ‘Panglima Badul’, ‘Hong Kong Angel 2’, ‘Tuan Besar’ dan lain-lain lagi.

Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak berkata,pelakon tersebut yang sebelum ini banyak membuat persembahan di pentas-pentas Felda selepas tidak lagi terbabit dalam dunia lakonan telah dimasukkan ke hospital Selama pada bulan Julai  yang lalu bagi menjalani satu pembedahan membuang satu ketumbuhan di bawah punggung.

Walaubagaimanapun jelas Akmal,selepas pembedahan itu beliau telah mengalami satu komplikasi yang mengakibatkan kedua-dua kakinya lumpuh.

Sebak melihat penderitaannya itu,Akmal berkata pihaknya amat berharap agar Persatuan-persatuan seperti SENIMAN,KARYAWAN dan mana-mana persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib golongan artis di negara ini agar mengambil perhatian serius akan hal yang menimpa bekas pelakon tersebut.

“Pihak kami mengalu-alukan juga sumbangan daripada orang ramai yang prihatin dan sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 158305335259 atas nama Madrazhid bin Isa” Jelas Akmal lagi.

No comments:

Post a Comment