Tuesday, 30 October 2012

Sumbangan Aidil Adha PAS Cawangan Simpang 3 Gudang

Bukan sahaja daging korban ,beras juga turut diagihkan kepada beberapa orang penduduk dalam majlis korban PAS Cawangan Kampung Simpang 3 Gudang yang terletak dalam parlimen Larut dan DUN Kubu Gajah pada hari raya pertama Aidil Adha yang lalu.

Bertempat di markas PAS Cawangan,sejumlah 3 ekor lembu telah ditumbangkan dan 110 kampit beras berjaya diagihkan kepada penerima terpilih yang terdiri daripada penduduk setempat oleh pihak PAS cawangan tersebut dalam sebuah majlis yang diadakan secara bergotong royong.

Upacara pengagihan daging korban dan beras diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan Larut,Mohd Akmal Kamaruddin.

Akmal dalam ucapannya berkata,program sedemikian adalah salah satu perlaksanaan ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Jelas  Akmal,walaupun jumlahnya kecil,tetapi Allah memberikan ganjaran yang cukup besar kepada sesiapa yang melaksanakannya.

“InsyaAllah,bukan sahaja pada hari ini,kita(PAS) juga akan teruskan program berbentuk seperti ini dari masa ke semasa.” Tambah Akmal lagi.

Program yang berlangsung selepas waktu solat jumaat dan berakhir selepas waktu asar tersebut turut diserikan dengan kehadiran Mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) PDRM,Datuk Fauzi Shaari yang mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan  penduduk di sini selepas kemasukannya ke dalam PAS Mei Lalu.

Fauzi yang juga merupakan anak jati Batu Kurau,Larut dalam ucapan ringkasnya meluahkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk berinteraksi dengan masyarakat di sekitar tempat kelahirannya  sendiri setelah tidak berkesempatan melakukannya sebelum ini kerana tuntutan tugas sebagai pegawai polis.

Datuk Fauzi turut membantu Akmal mengagihkan sumbangan

No comments:

Post a Comment