Wednesday, 19 September 2012

Konvoi Anak Muda bersama Aishah Srikandi dan Leman Raja Lawak ke Majlis rumah terbuka PKR Cabang Larut



BATU KURAU: Sejumlah 1000 anak muda terlibat dalam acara konvoi bermotosikal menuju ke majlis rumah terbuka PKR Cabang Larut petang semalam.

Konvoi anjuran Angkatan Muda KeADILan(AMK) dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Larut tersebut turut disertai oleh dua ikon anak muda iaitu Ketua Srikandi KeADILan Malaysia,Siti Aishah Shaik Ismail dan bekas peserta rancangan reality Tv,Raja Lawak musim ke-5,Leman.

Aishah dan Leman yang dijadual menyampaikan ceramah di sini pada sebelah malamnya mengambil kesempatan untuk turut serta bersama perarakan konvoi sejauh 15 kilometer yang memulakan perjalanan dari Ulu Sepetang hingga ke Kg Anak Kurau,tempat berlangsungnya majlis.

Berlepas pada jam 3.45 petang,para peserta konvoi kemudiaannya singgah sebentar di Kampung Titi Kasai,Batu Kurau bagi meneruskan satu upacara menaikkan bendera PKR dan PAS bersaiz gergasi di situ.


Ketua AMK Larut,Shaiful Lizam Yusof  menyifatkan jumlah penyertaan yang sangat menggalakkan daripada golongan muda dalam setiap program yang dianjurkan Pakatan Rakyat di situ adalah merupakan tanda-tanda awal kejatuhan Umno.

Ujarnya,sebelum ini  kehadiran tokoh-tokoh besar Pakatan Rakyat seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim,Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Haji Mohamad Sabu ke bumi Larut turut disambut oleh perarakan konvoi anak muda yang telah berjaya mengundang penyertaan di luar jangka.

Walaupun pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan media-media kawalan Umno,ternyata ianya langsung tidak berjaya merencatkan jumlah sokongan golongan muda di kawasan itu terhadap Pakatan Rakyat yang semakin bertambah saban hari.Jelasnya lagi.

Sementara itu,Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin  berkata, kejayaan Pakatan Rakyat menambat hati golongan muda di kawasan tersebut dapat dilihat dalam setiap program yang dianjurkan.

Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak menjelaskan bahawa pihaknya percaya fenomena dan situasi ini sangat dicemburui pihak lawan terutamanya Pemuda Umno Larut itu sendiri.

“Hari ini kita telah buktikan,biarpun kita tidak menjanjikan apa-apa habuan kepada mereka,tiada tshirt percuma,cabutan bertuah dan wang saku malah sebaran maklumat berhubung program hanya dibuat melalui sms sehari sebelumnya(semalam),namun lihatlah sendiri sambutannya.”

“Mereka ini adalah golongan muda bermaruah yang tidak rela menjadi bahan komoditi atau objek yang boleh dijual beli dan dirasuah sesuka hati. Tahniah saya ucapkan,semoga kita terus berganding bahu dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan berada di tangan kita(PR) pada pilihan raya umum akan datang.”Tambah Akmal lagi

Setibanya di lokasi majlis pada jam 4.30 petang,para peserta konvoi mengambil kesempatan menjamu selera dengan juadah yang disediakan sambil mendengar amanat dan ucapan yang disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Aishah yang diberi kesempatan untuk berucap di majlis itu mengucapkan tahniah kepada seluruh anak muda yang terlibat dalam menjayakan program konvoi pada hari tersebut.

“Inilah gerakan anak muda yang pastinya akan menumbangkan Umno BN pada pilihan raya akan datang”Jelas Aishah dalam ucapan ringkasnya di hadapan lebih 1500 tetamu yang hadir.

Ketua Cabang KeADILan Larut,Dr Muhammad Nur Manuty dalam ucapannya pula meluahkan rasa yakin dengan keupayaan PR untuk merampas kerusi Parlimen Larut dan ketiga-tiga DUN di bawahnya setelah melihat momentum sokongan masyarakat terhadap PR yang semakin meningkat di kawasan itu.

Muhammd Nur yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR Malaysia menjelaskan bahawa hasil daripada maklumat dan sumber risikan pihaknya mendapati satu-satunya kerusi yang ditandingi PKR di kawasan tersebut iaitu DUN Batu kurau yang dulunya sering dilabel sebagai kawasan putih(selamat) oleh Umno,namun kini sudah menjadi kelabu iaitu kawasan yang sudah dianggap berbahaya dan tidak selamat lagi bagi mereka(Umno).

"Ini menguatkan lagi semangat kita untuk bekerja keras bagi memastikan Umno tumbang di kawasan ini pada pilihan raya umum akan datang."Katanya

Biarpun majlis berlangsung dalam cuaca hujan,namun hadirin yang hadir tetap tidak berganjak dari tempat duduk mereka sehinggalah majlis berakhir pada jam 5.45 petang.

Turut hadir,ADUN Kuala Kurau,YB Yunus Jamhari serta pimpinan KeADILan dan PAS dari pelbagai peringkat di negeri Perak.


Leman menunggang motosikal milik ketua Amk Larut,Shaiful

Reaksi spontan Ust Akmal & Leman ketika gambar mereka dirakam lensa kamera

Aishah dan Leman sewaktu upacara menaikkan bendera gergasi di Kg Titi Kasai,Batu Kurau
Sebesar-besar bendera ini,namun besar lagi semangat kami nak menumbangkan Umno BN


Beberapa orang remaja perempuan turut serta dalam perarakan konvoi

Timbalan Ketua Cabang PKR Larut,Haji Adli Kamarun@Ayah cikgu segak berbaju melayu biru

Ketibaan Adun Kuala Kurau,YB Yunus Jamhari





1 comment:

  1. Semoga Allah permudahkan laluan perjuangan kita. Aminn!!

    ReplyDelete