Saturday, 4 August 2012

Warga emas uzur terima sumbangan kerusi roda

SELAMA:Kesusahan yang menimpa seorang warga emas yang uzur dan mengalami kesukaran untuk bergerak akibat sakit tua di sini telah mengundang keprihatinan sebuah pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Khairat Assyabab


Amna khamis,79, telah menerima sumbangan berupa kerusi roda disampaikan oleh wakil pertubuhan iaitu Mohd Akmal Kamaruddin.


Beliau yang juga seorang ibu tunggal tinggal bersama anak lelakinya, Kamaruddin Mat Radhi,37,di sebuah kediaman usang di Kampung Lampin,Selama.


Jelas Akmal,sebelum ini kemana sahaja si ibu mahu pergi anak lelakinya itulah yang akan mendukungnya terutamanya bila si ibu mahu membuang air besar,beliau akan didukung ke dalam semak samun di belakang rumah.


Hal ini kerana jelas Akmal kediaman usang keluarga ini tidak mempunyai tandas.


“Justeru itu,kami daripada pihak Khairat Assyabab sedang mencari dana untuk membina tandas di kediaman keluarga ini dan mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang ingin membantu.Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Khairat Assyabab bernombor 558211313335”.Jelasnya lagi

No comments:

Post a Comment