Thursday, 12 July 2012

Turunkan juga Bendera BN !! MDS akur tuntutan 300 penyokong PAS

SELAMA:Keadaan sedikit tegang semalam apabila sejumlah 300 orang penyokong PAS berkumpul di Sg Bayor,Selama bagi membantah tindakan penguatkuasa Majlis Daerah Selama (MDS) yang mahu menurunkan kesemua bendera PAS yang dinaikkan di sekitar kawasan itu.

Difahamkan,tindakan MDS itu dibuat atas desakan kepimpinan Umno bahagian Larut kerana kawasan tersebut  bakal dikunjungi oleh TPM,Tan Sri Muhyiddin Yassin pada keesokannya(hari ini)

Walaubagaimanapun situasi beransur tenang apabila rundingan yang dibuat oleh pihak PAS yang diwakili oleh Ketua Penerangan PAS Larut,Akmal Kamaruddin dengan pihak MDS dan PDRM yang turut berada di situ bagi mengawal keadaan berjaya mencapai kata sepakat.

Pihak MDS akhirnya akur dengan tuntutan PAS agar kesemua bendera atau logo parti politik diturunkan dan ia tidak hanya tertakluk kepada pihak PAS sahaja.

Perhimpunan bersurai sebaik sahaja pihak MDS menurunkan kesemua bendera dan logo parti politik termasuklah daripada Umno BN.

Peristiwa tersebut disifatkan sebagai satu kemenangan oleh pihak PAS kawasan Larut dalam merealisasikan keadilan dalam sistem demokrasi di negara ini yang selama ini telah dinafikan Umno BN

No comments:

Post a Comment