Thursday, 12 July 2012

ISA soal kemanusiaan,bukan isu politik-Abby Abadi

Beberapa hari yang lalu aku berpeluang menyertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA di hadapan Kem Tahanan Kamunting(KEMTA).Bagi aku,memang terdapat kelainan dalam protes kali ini berbanding protes-protes yang pernah dianjurkan sebelum ini.Ini kerana yang hadir memberi sokongan bukan sahaja terdiri daripada golongan aktivis dan pemimpin parti politik malah barisan artis tanah air.Kehadiran 3 orang artis yang terdiri daripada Abby Abadi,hairie Othman dan Leman Raja Lawak diharap dapat menyuntik kesedaran kepada artis-artis lain untuk sama-sama menyokong usaha-usaha membebaskan negara daripada cengkaman akta zalim ini.
Aku tertarik dengan kata-kata Abby dalam satu forumnya di Batu Kurau dua hari sebelum berlangsungnya protes tersebut.Katanya ISA bukan merupakan isu politik tetapi soal kemanusiaan yang harus diperjuangkan.Memang betul apa yang diperkatakan.Sebab itu pada hari berlangsungnya protes tersebut tidak ada langsung kempen parti-parti politik.Tiada kibaran bendera mana-mana parti politik malah ucapan daripada pemimpin-pemimpin yang mewakili parti politik masing-masing pun hanya berkisar tentang gesaan membebaskan 45 tahanan ISA dan menuntut agar kem tahanan tersebut ditutup segera.Sebab itu aku tidak bersetuju kalau ada pihak-pihak yang menuduh pembangkang mempolitikkan isu ISA.

Dikhabarkan Abby itu sendiri masih belum menjadi ahli mana-mana parti politik.Beliau hadir atas kapasiti peribadi,mewakili suara rakyat Malaysia untuk menyatakan kebencian terhadap kezaliman ISA yang telah banyak menghumban rakyat yang tidak berdosa melalui penahanan tanpa pembicaraan.Sebagai seorang Islam,menyokongnya ISA bererti kita menyanggah keterangan Allah di dalam Al-Quran kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” – Surah an Nisa’:58


Adakah kita merasakan diri cukup hebat sehinggakan begitu berani menyanggah keterangan Allah SWT dan meletakkan akal manusia itu jauh lebih tinggi dari pengetahuan yang maha berkuasa dengan sibuk mencari 1001 dalil untuk menghalalkan tindakan pemerintah? Ulama muda sewajarnya cermin diri..Dimanakah taraf kamu sebenarnya? Bagi aku,kamu semua tidak ubah seperti sampah! Sampah yang dibuang akhirnya akan dibakar oleh pemiliknya dan begitu jugalah ulama-ulama yang berkeupayaan untuk menegur pemerintah tetapi lidah mereka menjadi kelu dan bisu hanya kerana ketaksuban mereka dengan keduniaan(pangkat dan wang).Golongan tersebut juga akan dibakar oleh pemiliknya(Allah SWT) dalam api neraka yang panas menyala.Nauzzubillah

Mengingatkan kata-kata Abby itu,terimbau kembali ucapan Mantan Presiden PAS,Allahyarhan Ustaz Fadhil Noor  suatu ketika dahulu yang aku dengari di laman youtube.Katanya PAS akan terus membela sesiapa sahaja yang ditahan tanpa bicara dalam ISA biarpun orang tersebut ialah Dr Mahathir(PM waktu itu).


Persoalan kemanusiaan! Itu sebenarnya yang cuba ingin disampaikan oleh kedua-dua ikon ini.Allahyarham Ustaz Fadhil Noor merupakan ikon tokoh politik Malaysia yang disegani kawan mahupun lawan manakala Abby pula adalah ikon artis masa kini yang berani menyatakan kebenaran.Beliau tidak takut sekiranya berdepan risiko digam oleh stesen televisyen yang dikawal pemerintah,tempat beliau mencari makan selama ini.Begitu jugalah dengan Hairie Othman dan Leman..Syabas untuk anda dan artis-artis lain sebelum ini yang telahpun berhijrah.Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah,bukan daripada Umno BN Laknatullah


No comments:

Post a Comment