Saturday, 16 June 2012

Manifestasi Suara Anak muda Larut terjemah sokongan terhadap Pakatan Rakyat,tolak Umno BN

Sejumlah 800 orang anak muda terlibat dalam acara konvoi bermotosikal yang dianjurkan oleh Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan (AMK) Larut petang semalam.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin berkata tujuan program konvoi ini diadakan adalah untuk mengiringi perjalanan penceramah undangan iaitu Pengerusi Ameerah Malaysia,Cik Fareedah Samad ke lokasi program ceramah penerangan yang bakal berlangsung di Markas PAS Kg Gudang pada sebelah malamnya.

Selain itu ujarnya lagi,ia juga sebagai manifestasi suara anak muda di kawasan ini dalam menterjemahkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat dan menolak Umno Barisan Nasional.

Konvoi yang memulakan perjalanan dari Ulu Sepetang pada jam 5.30 petang singgah sebentar di Kampung Bechah,Batu Kurau bagi memberi sokongan terhadap satu upacara menaikkan bendera PAS gergasi sebagai simbolik setelah tertubuhnya cawangan baru di situ

Menurut Akmal,Kampung Bechah ini adalah sebuah perkampungan yang cukup sinonim dengan jolokan ‘kubu kuat Umno’.

“InsyaAllah jolokan itu akan bertukar menjadi ‘kubu kuat PAS’ tidak lama lagi apabila PAS kawasan berjaya menubuhkan cawangan bongsunya di kampung ini beberapa hari yang lalu”

Ujar Akmal.Dengan tertubuhnya Cawangan baru di sini,kita akan melipatgandakan usaha menyuntik kesedaran kepada masyarakat di kampung ini agar bersama-sama menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dan meninggalkan perjuangan sia-sia bersama Umno Barisan Nasional.

Upacara menaikkan bendera diketuai mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Dato’ Fauzi Shaari yang baru sahaja mengisyhtiharkan penyertaannya ke dalam PAS dalam satu majlis pengisyhtiharan yang berlangsung di Taman Kota Wira baru-baru ini.

Para peserta konvoi meneruskan perjalanan ke Markas PAS Kg Gudang sebaik sahaja selesai upacara menaikkan bendera.

Setibanya di lokasi,mereka disambut oleh Pemuda PAS Larut,Mohd Nazri Din yang sempat memberikan ucapan kata-kata semangat kepada seluruh anak muda yang terlibat.

Nazri dalam ucapannya menyeru kepada seluruh pemuda agar terus bekerja kuat bagi memastikan kemenangan di pihak Pakatan Rakyat dan menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang agar seluruh rakyat dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik daripada hari ini.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat lain yang turut serta dalam program ini ialah Timbalan Ketua Cabang KeADILan Larut Cikgu Mohd Adli Kamarun,Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan,Haji Zaki Hassan dan Ketua AMK Larut,Shaiful Lizam Yusof
Akmal bersama ketua AMK 
Larut,Shaiful Lizam(kiri)









                                                                                                                                           Dato’ Fauzi memperkatakan sesuatu kepada Timbalan    
                                                                                Ketua Cabang KeADILan Larut,Cikgu Adli
Upacara menaikkan bendera gergasi di Kg Bechah

Bacaan doa sebaik sahaja selesai upacara menaikkan bendera

Konvoi meneruskan perjalanan ke Markas PAS Kg Gudang

Minuman disediakan untuk para peserta konvoi melepaskan dahaga

Reaksi spontan seorang anak muda menunjukkan tanda bagus sejurus selesai konvoi

Ketua Pemuda PAS Larut,Nazri Dun sedang berucap









3 comments:

  1. Saudara.
    PAS tak penting. Ia hanya parti. Yang penting ialah dasar yang diperjuangkan PAS iaitu menegakkan Islam. Pegang itu. Bersemangat untuk ISlam itu baik, namun kalau hanya bersemangat tapi pengamalannya tiada macam mana pula. Pertama, untuk menjadi ahli gerakan ISlam, wajib menyempurnakan solat lima kali dan tutuplah aurat. Saya melihat PAS Larut, ada yang meninggalkan solat sedangkan mereka memperjuangkan Islam. Itu belum dicampur lagi dengan keterlibatan mereka dengan segala macam dadah dan ganja. Kita, akan menentukan apa yang orang nilai terhadap kita. Islam bukan di baju, Islam di hati, di iman kita.

    Tanpa nama

    ReplyDelete
  2. ‎"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" - Imam Hasan al-Basr

    ReplyDelete