Wednesday, 13 June 2012

Arahan turun bendera PR di Batu Kurau,AMK Larut Selar MPT


LARUT: Angkatan Muda KeADILan(AMK) Larut membantah arahan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Taiping(MPT) baru-baru ini yang mengarahkan supaya semua bendera PKR dan PAS di sepanjang jalan menuju ke Batu Kurau,Larut diturunkan segera..

Ketua AMK Larut,Shaiful Lizam Yusof berkata,“Pihak MPT perlu memberi alasan yang kukuh berhubung tindakan mereka itu.Atas alasan apa arahan sedemikian dikeluarkan?”

Ujarnya,tindakan mereka (MPT) seolah-olah ingin mencemarkan budaya demokrasi di negara ini kerana arahan ini hanya tertakluk kepada Pakatan Rakyat sahaja sedangkan pihak BN bebas menaikkan bendera mereka.

Tidak ada halangan untuk BN menaikkan bendera mereka di mana-mana sahaja termasuk di tempat terlarang seperti premis awam dan sebagainya,tetapi bila Pakatan Rakyat menaikkan bendera di tepi-tepi jalan wujud pula arahan yang mendesak agar ianya diturunkan..Adakah ini adil? Soal Shaiful lagi.

“Saya mewakili AMK Larut dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat di kawasan ini mendesak agar pihak MPT membatalkan arahan tersebut dengan segera”

Ingin saya tegaskan bahawa pihak kami tidak akan akur dengan sebarang arahan yang langsung tidak munasabah seperti ini.Ujar Shaiful lagi.

Beliau turut menggesa agar pihak MPT menjalankan tugas secara professional dan tidak menjadi alat politik BN yang hanya ingin meneruskan kuasa dengan amalan dan budaya politik yang tidak beretika..

No comments:

Post a Comment