Thursday, 17 May 2012

Umno Larut import penyokong luar ganggu ceramah Anwar di Batu Kurau

Pada malam ini(18 Mei 2012) akan berlangsungnya ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Tapak Pekan Selasa Batu Kurau yg terletak dalam kawasan parlimen Larut..Sudah menjadi kebiasaan,setiap kali berlangsungnya ceramah Anwar tidak kira di mana sahaja lokasinya pasti akan menggamit kehadiran ribuan pendengar..


Fenomena ini telah menggusarkan Umno bahagian Larut,lalu mereka telah menyusun satu strategi dgn mengaturkan satu ceramah yg lokasinya hanya sejauh 100 meter dari tempat berlangsungnya ceramah Anwar..


Penceramahnya ialah musuh ketat Anwar iaitu Ummi Hafilda..Tidak cukup dengan itu,krew TV3 turut dipanggil membuat liputan.Tujuannya hanya satu,yakni mahu mengganggu kelangsungan ceramah Anwar macam yang  pernah dilakukan mereka sebelum ini..


Untuk memastikan hasrat dan misi mereka ini tercapai, Umno Larut telah meminta bantuan dari Umno bahagian lain di negeri ini supaya mengerah seramai mungkin ahli dan penyokong mereka supaya hadir ke ceramah Ummi Hafilda tersebut.Tujuannya adalah untuk menyaingi kehadiran penonton di ceramah Anwar..


Di bawah ini adalah mesej yang dihantar oleh Bekas Ketua Pemuda Umno Larut,Hasbullah Ellias kepada seluruh Umno bahagian di negeri Perak..Mesej tersebut kemudian dihantar oleh salah seorang penyokong Umno kepada Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Akmal Kamaruddin




Hai,dah ketandusan penyokong ke kat kawasan ni sampai kena import penyokong dari luar.Hehe




2 comments:

  1. mcm xbiasa plak g ceramah...
    kalau x hebah,mcm mn org nk tw...
    umno ceramah kt mn pun,jemput ahli dari luar kawasan la..kalau xpenah terlibat dengan aktiviti umno..jgn fitnah,berdosa oo...renung2kan la..

    ReplyDelete
  2. saudara, adik beradik, anak beranak cekgu taharin takdak telog , ada ka ummi alfida duk mengutuk sepupu sepapat , tak terasa di hati, kalau aku dah bagi santau dah.

    ReplyDelete