Friday, 4 May 2012

TIADA UMNO,TIADA LGBT!!


Isu LGBT yang cuba disensasikan media-media rasmi Umno seolah-olah ingin mencerminkan kebodohan mereka sendiri.Semua sudah sedia maklum bahawa parti yang memerintah negara ini sekarang adalah Umno,adakah releven untuk pembangkang dipersalahkan jika berlaku kerosakan akhlak dan moral rakyat dalam negara ini sedangkan kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terletak sepenuhnya di tangan kerajaan?Tidak ada satu negara pun di dunia ini mengalami situasi di mana pembangkang lebih berkuasa daripada kerajaan.

Umno melalui media-media bangkrap ideanya mungkin boleh membohongi masyarat di pedalaman dan cherok-cherok kampung yang kurang terdedah dengan maklumat.Mungkin golongan seperti mereka ini akan menganggap bahawa Umnolah jaguh pembela agama yang benar-benar ikhlas ingin membasmi gejala sosial yang sedang melanda negara,dan pembangkang seperti PAS dianggap sebagai penghalang utamanya.

Dengan menggunakan hujah yang rapuh ini,mereka mengatakan bahawa PAS merestui perjuangan Ambiga memperjuangkan LGBT apabila mengambil pendirian untuk menyokong BERSIH yang diketuai wanita itu.Padahal hujah tersebut tidak boleh dijadikan sandaran yang kukuh dan konkrit untuk mengatakan PAS menyokong LGBT.Hal ini kerana pimpinan  PAS sudahpun berkali-kali memperjelaskan kepada umum bahawa sokongan parti itu kepada Ambiga hanya dalam beberapa perkara atau tuntutan yang tidak bercanggah dengan syariat.Namun PAS mengambil pendirian yang berbeza pula dalam sesuatu perkara atau tuntutan yang bercanggah dengan syariat Islam.

Sesuatu perkara yang mereka perlu ketahui,tidak semua rakyat di negara ini boleh diperlakukan seperti lembu NFC,merelakan diri mereka untuk terus bodoh-diperbodohkan UMNO.Bagi golongan cerdik pandai,mereka mungkin sudah dapat membaca bahawa LGBT adalah pengulangan episode lama yang bertujuan mengaburi minda dan pemikiran rakyat dari memikirkan beberapa persoalan lain yang lebih penting.Bukan bermaksud isu LGBT tidak penting,tetapi rakyat yang bijak sudah tentunya dapat  berfikir secara rasional dalam menilai sejauh manakah keikhlasan Umno.Adakah isu ini hanya muncul tatkala mereka sedang tersepit dalam usaha menagih simpati dan sokongan rakyat? Apabila mereka kuat,maka tidak akan kedengaran lagi suara-suara sumbang pemimpin-pemimpin dan ulama upahan umno membahaskan isu ini secara serius.

Dalam konteks perundangan negara pula,tidak ada satupun peruntukan undang-undang di peringkat persekutuan yang  menjustifikasikan amalan LGBT sebagai satu kesalahan jenayah.Bukankah kuasa untuk melaksanakannya(penggubalan undang-undang) terletak sepenuhnya di tangan Umno yang telah memegang tampuk kepimpinan negara sejak puluhan tahun yang lalu? Kenapa tidak dilaksanakan?
Tidak cukup sekadar perundangan yang terkandung dalam Enakmen undang-undang jenayah syariah di negeri-negeri yang sememangnya diketahui agak terhad bidang kuasanya.Pendakwaan hanya boleh dilakukan terhadap orang Islam sahaja,tidak bagi mereka yang bukan beragama Islam.Selain itu, perlaksanaan hukuman yang ingin diputuskan Mahkamah syariah juga terikat di bawah akta mahkamah syariah(bidang kuasa jenayah) yang digubal oleh parlimen pada tahun 1965 yang menggariskan beberapa peraturan seperti hukuman penjara yang tidak melebihi tiga tahun,denda tidak melebihi lima ribu ringgit dan sebat tidak melebihi enam kali.Umno pada bila-bila masa sahaja boleh memansuhkan akta ini.Kenapa tidak dimansuhkan??

Justeru itu,saya menyeru kepada seluruh rakyat yang bijak terutamanya pemimpin-pemimpin PAS agar berhati-hati dalam berhadapan dengan isu ini.Jangan sampai tersilap menyusun langkah sehinggakan kaki sendiri boleh terjerat dalam perangkap yang dipasang musuh.Cukuplah sekadar Dr Hassan Ali seorang sahaja.Memang benar,tidak ada satupun daripada kita yang menyokong amalan LGBT daripada wujud di negara kita kerana ia bukan sahaja ditegah oleh Islam,malah larangan tentangnya turut wujud dalam agama-agama selain Islam.Kita sememangnya konsisten untuk menentangnya tetapi bukan dengan cara seperti yang dilakukan Umno kerana ia langsung tidak membuahkan jalan penyelesaian.Percayalah,segala usaha untuk menangani apa-apa sahaja konflik dan polemik yang sedang melanda negara,hanya boleh dilaksanakan sekiranya kita melenyapkan puncanya terlebih dahulu,dan puncanya tidak lain dan tidak bukan adalah Umno.Tiada Umno,maka tiada jugalah LGBT di bumi Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment