Wednesday, 9 May 2012

Insiden bakar bendera di Taman Kota Wira,AMK Larut gesa hentikan provokasi melampau


Oleh: Mohamad Shukri Abd Hamid

LARUT: Tindakan membakar bendera parti-parti politik tertentu adalah satu perbuatan tidak bertamadun dan relevan untuk diamalkan dalam negara ini kerana ia secara jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Demikian ditegaskan Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Larut,Shaiful Lizam Yusof (gambar) mengulas insiden bakar bendera PAS dan PKR oleh pihak tidak bertanggungjawab di Taman Kota Wira,Ulu Sepetang baru-baru ini.

Katanya lagi,ini adalah kali kedua insiden sebegini berlaku di lokasi yang sama dan krononologinya hampir sama apabila  bendera dibakar setiap kali berlangsungnya ceramah Pakatan Rakyat di sini.

Jelasnya,perbuatan tersebut adalah provokasi melampau yang boleh mengundang pergaduhan,kebetulan pada hari berlakunya insiden sedemikian berlangsungnya ceramah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di lokasi yang sama dan jaraknya hanya sejauh lima ratus meter sahaja.

Justeru itu,kami daripada pihak AMK Larut mendesak agar mereka-mereka yang terlibat menghentikan segera perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh mengundang implikasi negatif seperti ini.Semua pihak seharusnya mengamalkan budaya politik sihat dengan adab dan tatatusila jika mahu melihat keamanan di negara ini terus terpelihara.Ujar Shaiful lagi.

No comments:

Post a Comment