Monday, 23 April 2012

Terjemahkan penentangan terhadap LGBT dengan cara kita sendiri


Di saat beberapa persoalan penting dibangkitkan oleh rakyat negara ini kepada kerajaan Umno.Antaranya ialah tuntutan pemansuhan PTPTN oleh para mahasiswa serta tuntutan pilihan raya bersih dan adil oleh Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH).Rakyat menanti dengan penuh harapan agar kerajaan Umno mengambil tindakan drastik bagi melaksanakan kesemua tuntutan yang dibangkitkan.

Namun kesemua tuntutan yang tidak mustahil untuk dilaksanakan ini langsung tidak diendahkan Umno apabila media-media bangkrap idea kerajaan dilihat lebuh suka mensensasikan isu "lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT).Bagi saya,isu ini boleh dibaratkan seperti pengulangan episod lama yang bertujuan menutup beberapa persoalan yang lebih penting.Kita sudah sedia maklum,dalam BERSIH 2.0 yang lalu,Umno telah mensensasikan isu komunis apabila 6 orang aktivis PSM ditahan di bawah ISA atas tuduhan yang sehingga kini masih belum terbukti kesahihannya,kononnya mereka cuba menyerap agenda komunis dalam negara ini,penemuan Molotov Cocktail dan senjata-senjata tajam serta banyak lagi penipuan yang telah dilakukan Umno bagi menghalang momentum sokongan rakyat terhadap usaha-usaha menuntut pilihan raya bebas dan adil.Begitulah juga dalam isu LGBT ini..

PAS perlu lebih berwaspada dalam setiap langkah,kenyataan mahupun tindakan.Jika isu ini tidak ditangani dengan bijaksana dan berhati-hati,ia seolah-olah membuka peluang musuh untuk memanipulasikan keadaan.Bukan bermaksud saya bersetuju dengan dengan tuntutan pihak-pihak tertentu yang berjuang di atas nama “human right” agar diberikan kebebasan untuk mengamalkan seks sejenis atau seks bebas.Tetapi rakyat yang cintakan keadilan diseru agar berfikir secara rasional dan membuat penilaian terhadap keikhlasan umno dalam menentang LGBT yang sememangnya bertentangan dengan syariat agama dan norma-norma masyarakat timur ini.Adakah mereka benar-benar ikhlas,atau wujud agenda tersirat yang cuba direncanakan bertujuan untuk memperbodohkan minda dan pemikiran rakyat jelata?

Seruan Umno supaya rakyat bersatu tanpa mengira fahaman politik dalam menentang LGBT boleh dianggap sebagai memalit lumpur ke muka sendiri.Semua sudah sedia maklum bahawa parti yang memerintah negara ini sekarang adalah Umno.Dalam sesebuah institusi pekerjaan khususnya,adakah seorang  “boss” di sesebuah syarikat perlu menyeru kepada pekerjanya supaya bersatu terlebih dahulu bagi membolehkan penguatkuasaan peraturan syarikat dikuatkuasakan.? Pihak manakah yang lebih berkuasa? Boss atau pekerja?

Begitu jugalah dalam isu ini,tindakan umno menyeru agar rakyat besatu dalam menentang dan menghalang budaya LGBT adalah satu tindakan yang tidak relevan sama sekali.Hal ini kerana,tanpa penyatuan rakyat dan umat Islam sekalipun,Kerajaan sememangnya mempunyai kuasa untuk menghalang budaya LGBT daripada wujud dan membarah dalam negara ini.Kerajaan pada bila-bila masa sahaja boleh membentangkan Rang Undang-Undang di Parlimen bagi menguatkasakan Akta yang lebih tegas.Kenapa tidak dilaksanakan?

Sebab itu saya tegaskan,persoalan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah lebih penting darpada memikirkan tentang isu seks sejenis atau seks bebas yang cuba disensasikan media Umno.Bukan bermakna kita perlu berdiam diri sahaja tatkala wujud sesuatu tuntutan yang bertentangan dengan norma masyarakat dan syariat agama oleh pihak-pihak tertentu,tetapi biarlah tindakan kita itu selari dengan pepatah melayu,“Ibarat menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus ,tepung tak berselerak “.Hal ini kerana,segala usaha untuk memperkasakan kedaulatan undang-undang dan peraturan yang boleh menghalang gejala social yang semakin membarah dalam negara hanya boleh dilaksanakan sekiranya umno dikuburkan.Bolehkah Umno dikuburkan sekiranya perjalanan pilihan raya itu sendiri kotor dan penuh dengan penipuan.? Jadi,marilah sama-sama kita menterjemahkan penentangan kita terhadap LGBT dengan mengajak seluruh rakyat supaya turun ke perhimpunan BERSIH pada 28April ini.


No comments:

Post a Comment