Thursday, 19 April 2012

PAS Larut nafi dakwaan 360 ahli pembangkang keluar Parti

LARUT: PAS kawasan Larut hari ini menafikan dakwaan seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012.

Laporan bertajuk “360 ahli pembangkang keluar parti” merujuk kepada 360 ahli parti pembangkang di Batu Kurau mengishtiharkan diri keluar parti dan menyertai Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO)

Dakwaan ini langsung tidak berasas dan merupakan pembohongan terancang pihak tertentu yang hanya ingin meredakan kerisauan mereka setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Larut,Mohd Akmal Kamaruddin.

Katanya lagi,beberapa bulan sebelum ini pernah juga berlaku kes yang serupa di kawasan Larut ini apabila Umno mendakwa 756 ahli PAS di cawangan Bagan Baharu,Selama keluar parti.Namun setelah di siasat,hanya 2 orang sahaja yang mengambil keputusan sedemikian.

Menurut sumber yang diperolehi,kemasukan mereka ke dalam Umno adalah kerana termakan dengan janji-janji manis yang ditaburkan parti itu disebabkan mereka menghadapi masalah kewangan dan kesempitan hidup.

Ujarnya lagi,kronologi kes hampir sama.Maklumat yang diterima pihak kami menunjukkan bahawa tidak wujud 360 orang keluar parti di Batu Kurau,yang keluar hanya dua orang iaitu Abd Wahab Mahmud dan seorang lagi individu yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Kedua-dua Mereka adalah ahli PAS cawangan Titi Kasai,Batu Kurau.

Menurut Akmal lagi,jika benar dakwaan yang dilaporkan,kita minta didedahkan namanya satu persatu supaya memudahkan kerja kita untuk mengeluarkan nama-nama mereka daripada senarai ahli berdaftar sekiranya mereka adalah ahli PAS.

NGO yang kononnya disertai oleh 360 ahli pembangkang tersebut dikenali sebagai Gerakan Perpaduan dan Kebajikan Melayu Kawasan Larut.Pengerusinya adalah Mohd Radzi Ramli,ahli Umno dan juga merupakan orang kepercayaan Ketua Umno Bahagian Larut,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin.Katanya lagi.



No comments:

Post a Comment