Sunday, 15 April 2012

Muktamar Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut kali ke-23 fokus persoalan anak muda

Muktamar Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut kali ke 23 telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat PAS Kawasan Larut,Jalan Menteri,Selama Perak hari ini.

Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi menggamit kehadiran berpuluh perwakilan di peringkat pemuda dari setiap cawangan.

Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Perak,Ustaz Mohd Zawawi Hassan.

Ustaz Zawawi dalam dalam ucapannya sempat mengingatkan seluruh pemuda PAS di kawasan ini agar hadir ke perhimpunan BERSIH 3.O yang akan diadakan pada 28 April ini.

Katanya,"Dalam situasi sekarang,di mana kita ditindas,ditekan dan dihimpit,tidak boleh tidak kita mesti turun pada perhimpunan BERSIH 3.0 bagi menuntut sebuah pilihan raya yang benar-benar adil dan telus."

Selagi mana sistem pilihan raya di negara kita tidak adil dan telus,selagi itulah usaha untuk meruntuhkan kerajaan BN hanya akan menemui jalan buntu.Ujarnya lagi

Beberapa persoalan penting telah dibangkitkan oleh para perwakilan dalam Muktamar kali ini.Antaranya ialah berhubung prasana yang masih tidak lengkap di beberapa buah cawangan yang mungkin akan menyukarkan gerak kerja parti.

Turut disentuh,beberapa persoalan yang melibatkan anak muda seperti langkah yang sedang diambil oleh Dewan Pemuda PAS kawasan bagi mendekatkan golongan belia kepada PAS dan lain-lain lagi

Kesemua persoalan berbangkit telah berjaya dijawab sepenuhnya oleh Ketua Pemuda PAS kawasan,Ustaz Nazri Din dan Timbalannya,Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin

Majlis berakhir pada pukul 1.30 petang dengan diiringi bacaan doa dan tasbih kifarah yang diketuai oleh salah seorang perwakilan


3 Pimpinan Dewan pemuda PAS kawasan tekun mendengar usul-usul yang dikemukakan para perwakilan

Salah seorang perwakilan megemukakan usul



















No comments:

Post a Comment