Monday, 2 April 2012

Liqa’ Fikri PAS kawasan Larut,lahir petugas ikhlas dan komited

Berita/foto: Mohamad Shukri Abd Hamid

LARUT: Bagi melahirkan para petugas parti yang benar-benar ikhlas dan komited dalam melaksanakan tugasan,Lajnah Tarbiyyah PAS kawasan Larut telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Liqa’ Fikri bertempat di Musolla SMA Darul Ta’lim,Kubu Gajah.

Program yang bermula dari solat maghrib dan berakhir pada pukul 11.00 malam itu telah disertai oleh puluhan petugas parti di sekitar kawasan Larut.

Peserta yang hadir telah diberi suntikan rohani melalui sebuah syarahan bertajuk “Mazmumah dalam jama’ah” yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Tarbiah Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang,Ustaz Radhuan Ramli.

Ustaz Radhuan dalam syarahannya mengingatkan  kepada seluruh petugas parti di kawasan ini agar ikhlas dalam perjuangan demi mengharapkan redha Allah SWT.

“Biarlah kita menjadi pejuang islam yang diiktiraf oleh Allah SWT.Soal menang atau kalah tidak menjadi persoalan penting yang akan ditanya oleh Allah tetapi yang akan ditanya ialah sejauh manakah usaha yang kita lakukan untuk memenangkan islam”Ujarnya lagi

Sementara itu,Ketua Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Larut,Ustaz Firdaus Hassan ketika ditemubual turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada para petugas parti yang  sudi hadir memberi komitmen.

Beliau berharap,semoga apa yang dipelajari di sini dapat dipraktikkan sepenuhnya oleh mereka dalam melaksanakan gerak kerja dan tugas-tugas yang akan diamanahkan parti selepas ini.

Antara pimpan PAS yang turut hadir menjayakan program ini ialah YDP PAS kawasan Larut,Dr Dhari Othman,Timbalan YDP,Ustaz Haji  Ahmad Zaki Hassan dan Ketua Dewan Pemuda PAS Larut,Ustaz Mohd Nazri Haji Din.

Rata-rata peserta yang hadir dilihat begitu bersemangat ingin membantu PAS agar mencapai kemenangan di kawasan ini pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi.

Ustaz Radhuan(kiri) sedang menyampaikan amanat dan nasihat kepada para peserta







Nyanyian lagu rasmi PAS sebagai simbolik penutupan majlis

No comments:

Post a Comment