Sunday, 8 April 2012

“Jelajah rakyat” (JEJAK) KeADILan Larut dapat respon positif masyarakat

LARUT: Bagi meninjau sejauh mana penerimaan masyarakat di sini terhadap Pakatan Rakyat,KeADILan cabang Larut telah menganjurkan program “jelajah rakyat” atau dikenali sebagai JEJAK di sekitar Dun Batu Kurau yang terletak dalam parlimen Larut.

Program yang turut mendapat kerjasama KeADILan negeri Perak dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Larut ini telah berjaya mengumpulkan beberapa orang aktivis Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat yang bertindak sebagai peserta Skuad Jejak.

Peserta Skuad Jejak telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan seterusnya diarahkan supaya melawati beberapa buah kampung terpilih.Antaranya ialah Kampung Repoh,Kampung Sempeneh,Kampung Perak,Kampung Pantai Besar dan Kampung Bechah

Ternyata respon yang diberikan masyarakat di sini tatkala menerima kunjungan Skuad Jejak sangat positif dan memberangsangkan.

Ketua AMK Larut,Mohd Shaiful Lizam Yusof berkata selain daripada meninjau respon masyarakat,penganjuran program ini juga adalah bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi masyarakat di kawasan ini.

Katanya,semasa siri jelajah ini pihak kami telah menerima pelbagai maklum balas serta rungutan daripada masyarakat di sini.Masalah paling ketara yang sering menjadi keluhan mereka ialah berhubung bebanan kos sara hidup yang semakin melambung tinggi.

Jelasnya lagi,kesempatan bertemu masyarakat,turut digunakan sebaik mungkin oleh pihak kami untuk memperjelaskan kepada mereka tentang kepincangan yang sedang berlaku dalam urus tadbir negara dan negeri di bawah pentadiran Umno BN.

Ujar Shaiful lagi,dalam kunjungan ini pihaknya turut berkesempatan menghulurkan bantuan wang serta bekalan makanan kepada beberapa buah keluarga miskin dan kurang mampu.
Ketua Cabang KeADILan Larut,Dr Mohd Nor Manuty menyampaikan sedikit taklimat sebelum melepaskan para peserta Skuad JEJAK

Peserta Skuad JEJAK yg terdiri daripada Wanita keADILan & Muslimat PAS sedang menyantuni seorang warga emas

3 comments:

  1. Ada PAS cukut lei..PKR nak wat tang penama kat Larut....kaco daung

    ReplyDelete
  2. PKR at Larut ni nak pas-tikan pas bleh merintah or tidak,. sbb tu PKR
    kena ada,.

    ReplyDelete