Wednesday, 28 March 2012

Seleweng tanah orang miskin,masyarakat Larut perlu bangkit hukum UMNO


Oleh:Mohamad Shukri Abd Hamid


Larut: Masyarakat di kawasan ini digesa supaya membuat perubahan pada pilihan raya akan datang agar mereka tidak lagi menjadi mangsa penipuan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Larut,Mohd Shaiful Lizam Yusof (gambar) ketika ditemui baru-baru ini.

Jelasnya,ini berikutan terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wujud satu komplot terancang yang kini sedang giat dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin Umno bahagian dalam usaha mengagihkan tanah-tanah rakyat kepada mereka-mereka yang tidak layak menerimanya.

Ujar Shaiful lagi.”Kami daripada pihak KeADILan amat memandang serius akan perkara ini dan menuntut agar pimpinan Umno Larut memberi penjelasan segera atau mereka perlu bersiap sedia untuk dihukum oleh masyarakat di kawasan ini pada pilihan raya akan datang.

Penulis difahamkan,Tanah milik Yayasan Negeri Perak yang terletak di Redang Panjang,Kubu Gajah tersebut telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada penduduk-penduduk miskin di kawasan ini yang masih belum punya tanah sendiri,namun kerana kerakusan dan ketamakkan pemimpin Umno,mereka sanggup menyerahkannya kepada kroni-kroni yang terdiri daripada pimpinan Umno di peringkat bahagian dan cawangan…



Berikut adalah senarai penerima tanah Yayasan Perak di Redang Panjang hasil daripada maklumat sahih yang diterima penulis.Kesemua mereka dikesan menerima tanah seluas 2.5 ekar setiap seorang.
                                                            Alamat
1.       Mohd Halil bin Abdullah- Kg Sungai Ara,Batu Kurau
2.       Rohani Jaafar-Jelai,Batu Kurau
3.       Ali Omar bin Othman-Kg Pantai Besar,Batu Kurau
4.       Abdul Razak bin Osman-Kg Kelian Chinei,Batu Kurau
5.       Asman binti Jepan-Kg Pantai Besar,Ijok,Batu Kurau
6.       Narma binti Abdul Rashid-Kg Pantai Besar,Batu Kurau
7.       Ramlah binti Ibrahim-Kg Kelian Chinei,Batu Kurau
8.       Mohd Hazani Zolaawal-Kg Makmur Pantai Besar,Batu Kurau
9.       Ishak bin Ibrahim-Lot 6656,Lorong 4,RPT Permai,Selama
10.   Anuar bin Darus-Kg Banggol Sebelah,Kg Perak ,Batu Kurau
11.   Rosli bin Md Noor-No2 Jln Besar,Batu Kurau
12.   Mohd Faudzi bin Mohd Kassim-No 18 Jln Medan1,Medan Taiping.
13.   Mehad bin Din-No 74,Lrg 6,Taman Seri Selama,Selama
      
      Hasil siasatan penulis mendapati,hampir kesemua penama yang disebutkan di atas menjawat jawatan penting dalam Umno.Antaranya ialah Naib Ketua Umno bahagian,Ketua Umno Cawangan,Ketua Pemuda Umno Cawangan,Ketua Wanita Umno Cawangan serta beberapa individu yang menjawat jawatan berpendapatan tinggi di sector kerajaan mahupun swasta.

Turut tersenarai sebagai penerima,beberapa invidu yang dikesan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pimpinan Umno di peringkat bahagian dan cawangan.Apa yang dikesalkan,majority daripada penerima-penerima tanah ini adalah terdiri daripada mereka-mereka yang sememangnya sudah berharta.Perbuatan mereka ini seolah-olah menafikan hak penduduk miskin di kawasan ini untuk mendapat tanah sendiri.

Justeru itu itu,penulis amat berharap agar rakyat di kawasan Larut ini membuat pilihan bijak pada pilihan raya akan datang dengan menolak  sebuah kepimpin yang hanya tahu untuk menipu dan merompak harta rakyat sesuka hati mereka




No comments:

Post a Comment