Thursday, 22 March 2012

Ratusan anak muda Larut iringi ketua Srikandi ke tempat ceramah


Larut: Melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia di setiap program yang dianjurkan Pakatan Rakyat kawasan ini jelas membuktikan bahawa Umno kini sudah tidak mendapat tempat di hati orang muda.

Demikian ditegaskan oleh Ketua AMK Larut,Mohd Shaiful Lizam Yusof ketika diminta mengulas berhubung penyertaan ratusan anak muda bermotosikal dalam program konvoi yang dianjurkan khas bagi menyambut kedatangan Ketua Srikandi KeADILan Malaysia,Siti Aishah Shaik Ismail ke Batu Kurau hari ini.

Katanya lagi,”Ini bukan pertama kali,malah setiap kali pihak kami menganjurkan konvoi seumpana ini,nescaya pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan muda.Ia ternyata berbeza sekali dengan program konvoi yang dianjurkan Umno.

Saiful turut memperingatkan kepada Umno di kawasan ini agar bersiap sedia untuk menerima kekalahan pada pilihan raya akan datang renteten daripada peratus sokongan anak muda di kawasan ini terhadap Umno-BN yang kini berada pada tahap yang agak kronik.



Berbagai gaya ditunjukkan oleh anak muda dalam sesi bergambar sejurus selesai konvoi

Siti Aishah sedang menikmati hiidangan yg disediakan oleh pihak penganjur 

Saiful(kanan) serta beberapa orang aktivis parti turut berkesempatan bergambar bersama Ketua Srikandi sejurus selesai ceramah






No comments:

Post a Comment