Wednesday, 7 March 2012

Pemuda PAS Larut redah air bantu mangsa banjir

Banjir yang melanda beberapa perkampungan dan menenggelami beberapa buah rumah di daerah sini beberapa hari yang lalu ekoran daripada hujan lebat telah mengundang rasa prihatin dewan pemuda pas kawasan itu untuk menghulurkan bantuan wang serta bekalan makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.Operasi penyerahan bantuan yang berlangsung selama beberapa jam  itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan,Ustaz Akmal Kamarruddin dan dibantu oleh beberapa orang aktivis parti.Turut hadir memberi sokongan,YDP PAS kawasan Taiping,Ustaz Fakharuddin Abdul Aziz..
Ustaz Akmal meredah air banjir

Ustaz Fakharuddin membaiki kerosakan eletrik di rumah salah seorang mangsa banjir


Ustaz Akmal turut membantu mencuci rumah yang dimasuki air



No comments:

Post a Comment