Sunday, 11 March 2012

Pemuda PAS Larut bantu mangsa banjir

Larut: Hujan lebat yang berlarutan sejak beberapa hari yang lalu telah menyebabkan beberapa buah rumah di Kampung Sungai Ara yang terletak dalam DUN Kubu Gajah dimasuki air.Hal ini telah mengundang kprihatinan dewan pemuda pas kawasan itu untuk menghulurkan bantuan.



Rombongan Dewan Pemuda PAS kawasan Larut yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemudanya, Ustaz Akmal Kamaruddin telah mengunjungi beberapa buah rumah mangsa serta menghulurkan sedikit sumbangan.


Beberapa orang aktivis parti yang menyertai rombongan tersebut turut mengambil kesempatan menghulurkan bantuan tulang empat kerat dengan membantu penduduk memindahkan barangan serta membersihkan rumah-rumah yang dimasuki air banjir.

Salah seorang penduduk yang menerima kunjungan tersebut,Zulkifli bin Ibrahim,menyatakan rasa terharu di atas kesudian pemuda PAS kawasan yang sudi turun padang bagi meninjau dan mendengar permasalahan yang dihadapi oleh beliau dan masyarakat di kampung ini.

Beliau dalam satu kenyataannya turut menggesa wakil rakyat di kawasan ini agar menyegerakan secepat mungkin pembinaan system perparitan dan longkang agar masalah banjir di sini dapat diatasi sekiranya berlaku hujan lebat.

Sementara itu,Ustaz Akmal dalam satu kenyataannya tidak menolak kemungkinan bahawa kekerapan banjir yang berlaku di kawasan ini sejak akhir-akhir ini setiap kali hujan lebat adalah berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
Salah seorang penduduk memindahkan barangan ke tempat selamat
kerana paras air semakin naik

Ustaz Akmal meninjau keadaan rumah penduduk yang dimasuki air

Majlis kenduri kahwin di salah sebuah rumah penduduk tergendala apabila khemah2
mula ditenggelami air










No comments:

Post a Comment