Monday, 5 March 2012

PAS giat daftar pengundi baru di DUN Kubu Gajah



Kubu Gajah: 4 Mac 2012; Beberapa orang sukarelawan yang terdiri daripada penolong pendaftar pemilih sementara,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan satu siri jelajah ke beberapa cawangan Unit Peti Undi (UPU) yang terletak dalam DUN Kubu Kajah bagi mengesan mereka-mereka yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Program jelajah sehari yang juga dikenali sebagai “Operasi pintu” merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pilihan Raya pemuda PAS Negeri bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat di kawasan ini terhadap tanggungjawab mereka sebagai seorang rakyat.
Setiausahanya,Mohd Nur Basyir ketika di temubual dalam satu siri jelajah di Kampung Kelian Chinie yang terletak dalam UPU Sungai Ara mengatakan bahawa program ini adalah bertujuan untuk mengumpul seramai mungkin pengundi baru di sekitar DUN Kubu Gajah.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang penduduk yang sedia memberikan respon dan kerjasama yang cukup baik kepada pihak mereka sewaktu menjayakan program jelajah ini.
“Semoga dengan sedikit usaha yang kami lakukan ini,ia dapat membantu PAS merampas kursi di DUN Kubu Gajah yang telah dimenangi oleh Umno pada pilihan raya umum(PRU) yang lalu hanya dengan majority kemenangan yang agak tipis iaitu 66 undi”.Katanya lagi.

No comments:

Post a Comment