Tuesday, 20 March 2012

PAS Changkat Perah mohon sumbangan baik pulih markas

Batu Kurau: PAS cawangan Changkat Perah mengalu-alukan bantuan orang ramai yang ingin menyumbangkan dana kepada pihak mereka bagi tujuan membaik pulih markas yang rosak teruk akibat dihempap pokok durian beberapa hari yang lalu.


Demikian dinyatakan oleh Ketua cawangannya,Haji Uzir Lodin,65,ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya lagi,markas yang baru sahaja beroperasi sejak beberapa bulan yang lalu selepas siap pembinaannya hasil bantuan para penyokong di sekitar kawasan Larut kini terpaksa dibaik pulih dengan segera bagi membolehkan beliau dan ahli-ahli PAS di situ meneruskan gerak kerja parti.

Buat masa ini,kami terpaksa menghentikan buat sementara waktu berbagai program yang telah direncanakan sementara menunggu kerja-kerja membaik pulih markas selesai.Jelasnya lagi.

Tinjauan penulis di tempat kejadian mendapati hampir 30 peratus struktur markas tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh digunakan lagi.

Bagi mereka yang ingin menyumbang.Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor,08237-29-00006170-4 atas nama Uzir bin Lodin atau hubungi beliau di talian 019-4162412 untuk mendapat keterangan lanjut.


Keadaan markas yang mengalami kerosakan



Kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan markas

Written by: Mohamad Shukri Abd Hamid
                  Unit Berita PAS Kawasan Larut,Perak




No comments:

Post a Comment