Thursday, 22 March 2012

Kupon Minyak dan T-Shirt percuma,BN Larut terdesak raih sokongan anak muda

Banner yg tergantung di simpang 3,pekan Batu Kurau 

Kejayaan Pemuda PAS Larut menghimpunkan 2000 anak muda dalam acara konvoi raksasa sempena HimpunanTanzim Pemuda PAS Larut(TEMPIK12) baru-baru ini telah menyebabkan BN Larut kecut perut tak senang duduk.


Lebih2 lagi kehadiran mereka tidak dibayar,tidak kira tshirt ataupun petrol,semuanya menggunakan duit poket sendiri.Ia ternyata berbeza sekali dengan program Himpunan Pemuda BN Larut yg bakal dianjurkan tidak lama lagi apabila anak muda cuba dirasuah dengan kupon petrol dan sehelai tshirt percuma supaya hadir memberi sokongan.

Ternyata,ia merupakan langkah terdesak BN bagi meraih sokongan anak muda di kawasan ini yang dilihat mula cenderung untuk menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Sama-sama kita nantikan,mampukah himpunan pemuda BN yg akan berlangsung di Kompleks Astaka Batu Kurau ini menyaingi himpunan pemuda PAS yg telahpun berlangsung meriah di Sg.Dendang Kubu Gajah beberapa minggu yg lalu.

Di bawah ini adalah gambar2 yg sempat penulis rakamkan sekitar TEMPIK 12 yg dianjurkan Dewan Pemuda PAS Larut.


Semangat patriotik anak muda,jalur gemilang turut berkibar megah





Gelombang kuning mewarnai bumi Larut.Tidak ada sponsor untuk tshirt dan petrol




No comments:

Post a Comment