Wednesday, 7 March 2012

BTN Racuni pemikiran pelajar SMK Dato’ Kamaruddin

Batu Kurau: Pihak Biro Tata Negara (BTN) dikesan telah meracuni pemikiran 80 orang pelajar SMK Dato’ Kamaruddin yang bakal menduduki SPM tahun ini dalam sebuah kem motivasi yang diadakan di Teratak Afrina,Anak Kurau pada 3&4 Februari yang lalu.

Kem motivasi yang pada mulanya diadakan dengan tujuan untuk membimbing para pelajar supaya berjaya dalam peperiksaan sebaliknya telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pihak BTN untuk menyebarkan agenda politik sempit Barisan Nasional.

Salah seorang pelajar yang mengikuti program tersebut mengakui bahawa BTN dalam ceramah motivasinya telah bertindak memburuk-burukkan parti pembangkang dengan cuba mengaitkan kes tuduhan liwat ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu,BTN juga dikatakan telah memanipulasi cerita sebenar dalam isu pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya di Memali oleh pihak polis pada tahun 1985.

Kata pelajar itu lagi,program tersebut telah tersasar daripada matlamat asal apabila pihak BTN dilihat lebih suka menggunakan peluang yang ada untuk menyebarkan dakyah politik bukannya untuk memberi semangat dan motivasi kepada para pelajar seperti mana tujuan asal yang dinyatakan sebelum ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak,Ustaz Akmal Kamaruddin dalam satu kenyataannya turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan BTN ini.Jelasnya,”Jika kem motivasi seperti ini masih berterusan,maka akan hancurlah system pendikan di negara kita”.

Turut mengulas akan perkara ini,Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Larut Mohd Shaiful Lizam Yusof.

Beliau dalam satu kenyataan menganggap bahawa tindakan BTN ini adalah satu usaha terancang Umno bagi mendoktrin pemikiran para pelajar sekolah supaya tunduk dan percaya kepada pembohongan Umno..

Katanya,“mungkin mereka silap dan lupa bahawa generasi anak muda pada hari ini bukannya seperti anak muda zaman dahulu yang mudah ditipu,mereka adalah golongan yang akses kepada maklumat”

Dalam kes Memali contohnya,para pelajar yang sebelum ini masih belum mengetahui akan perstiwa ini sudah tentunya akan cuba mencari malumat di internet apabila pulang dari program tersebut,maka pada waktu itu akan terdedahlah segala paparan cerita sebenar yang selama ini dinafikan oleh Umno BN.Ujar Shaiful lagi.


pada pandangan penulis,elok tukarkan sahaja slogan yg terpapar di logo BTN ini kepada slogan
                                            "BERSAMA MENCIPTA PEMBOHONGAN"

1 comment:

  1. Salam,,,saya menyokong apa yang dinyatakan oleh penulis. Program telah tersasar daripada matlamat asal

    ReplyDelete