Monday, 5 March 2012

AMK Negeri Tekad Rampas Kembali Negeri Perak


Bagan Serai: Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) negeri Perak,Dr Meor Ahmad memperingatkan kepada seluruh pimpinan AMK di setiap cabang di negeri ini agar tidak menjadikan jawatan yang disandang sebagai medium untuk mencari publisiti atau mempopularkan diri sebaliknya anggaplah ia sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang harus digalas dengan sebaik-baiknya.  

Kenyataan tersebut dibuat dalam mesyuarat AMK negeri yang berlangsung di Bagan Serai,Perak baru-baru ini.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 3.00 ptg dan berakhir pada 4.45 ptg itu turut menfokuskan beberapa perkara penting seperti isu keselamatan,strategi pilihan raya,persiapan jentera serta program-program yang bakal dianjurkan oleh KeADILan negeri dalam masa terdekat
Rata-rata pimpinan AMK yang hadir turut menyatakan kesediaan mereka untuk bekerja keras dan memberi komitmen yang tinggi terhadap usaha-usaha memenangi hati rakyat bagi membolehkan Pakatan Rakyat memerintah kembali negeri ini.


No comments:

Post a Comment