Tuesday, 21 February 2012

Konsert gempak di Larut hakis stigma negatif masyarakat terhadap PAS


Larut: Satu lagi fenomena baru dalam sejarah politik PAS kawasan Larut apabila ribuan penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir ke konsert  yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan itu baru-baru ini..

Selain dapat berhibur dengan persembahan nyanyian oleh Ustaz Akhil Hayy dan Ali Terrarossa,hadirin yang hadir turut berpeluang menonton telatah mencuit hati Man Raja Lawak yang turut mengisi pentas konsert dengan persembahan lawak spontannya.

Konsert yang dianjurkan sempena malam kemuncak “Karnival Anak Muda Geng Kita” yang telah berlangsung meriah selama lima hari di bumi Larut itu turut menampilkan Bob Lokman sebagai pengacara.

Rata-rata hadirin yang hadir telah memberikan respon yang cukup baik terhadap program seperti ini.Keterbukaan PAS menganjurkan program-program yang berunsur hiburan mutakhir ini dilihat mampu menghakis stigma dan persepsi negatif masyarakat terhadap parti itu selama ini.

Masyarakat perlu sedar bahawa PAS begitu konsisten untuk mengangkat dunia seni dan hiburan ke tempat yang lebih baik daripada sekarang sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara ini pada masa akan datang.

1 comment: