Thursday, 16 February 2012

BR1M:Di sebalik umpan yang enak,ada mata kail yang berbisa

Mungkin ramai yang tertanya-tanya.Kenapa kemiskinan masih terus wujud walaupun sudah lebih 54 tahun Umno Barisan Nasional memerintah? Jawapannya,Umno sememangnya tidak pernah berminat dan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kemiskinan di negara kita.Hal ini kerana,dengan adanya rakyat yang miskin,maka mereka boleh digula-gulakan dengan 1001 jenis bantuan dan seterusnya mengikat mereka agar terus mengundi dan menyatakan sokongan terhadap Umno Barisan Nasional.Rakyat yg miskin ini mulalah ditabur dengan rasuah wang ringgit seperti pemberian  Rm500.Namun bagi saya,ia bukanlah satu usaha yang bijak dan berkesan untuk membantu rakyat yang sedang terbeban dengan masalah kos sara hidup yang melambung tinggi.

Rakyat sekarang sudah semakin bijak membuat penilaian.RM 500 bukanlah sesuatu nilai yang cukup tinggi untuk kita menyandarkan sepenuh kepercayaan dan harapan kepada perasuah dan perompak harta rakyat seperti UMNO agar terus memegang tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang.Sejauh manakah keikhlasan mereka dalam membantu rakyat sekiranya bantuan seperti ini hanya disalurkan di saat pilihanraya semakin tiba?

Sepatutnya dengan segala sumber asli,khazanah dan hasil mahsul yang dimiliki negara,rakyat sudah lama bebas daripada belenggu kemiskinan.Namun apa yang terjadi ialah,kekayaan negara diagih-agihkan di sekitar dua tiga kerat manusia,kaum kerabat dan kroni.Sesuatu yang amat tidak wajar untuk umno dijulang tinggi melangit hanya kerana agihan bantuan yang berjumlah 500 ringgit sedangkan ia hanya boleh diibaratkan seperti beberapa titis sahaja daripada jumlah kekayaan sebenar yang dimiliki negara.

Rakyat tidak menuntut agar pemberian bantuan Rm 500 itu dinaikkan tetapi cukuplah sekadar dengan hanya menurunkan harga barangan keperluan.Jika ini dilakukan,saya percaya bahawa rakyat akan mendapat lebih daripada apa yang dicanang.Apakah keuntungan yang dapat rakyat rasai di sebalik pemberian wang yang hanya bersifat sementara? Hanya 0.27 sen sehari dalam tempoh 5 tahun.Dan berapa pula nilainya sehari jika dihitung dalam tempoh 54 tahun Umno berkuasa?
Umno sepatutnya berasa malu untuk berbangga dengan agihan belanjawan yang langsung tidak realistic seperti ini.Saya percaya di sebalik keghairahan kerajaan untuk melaksanakan janji mereka,rakyat akan kembali menanggung beban.Mungkin juga kerajaan terpaksa untuk menaikkan harga barangan bagi merealisasikan pemberian gula-gula politik tersebut.Ingatlah di sebalik umpan yang enak,ada mata kail yang berbisa.
Oleh itu,ayuhlah sama-sama kita bangkit tumbangkan umno pada pru ke 13 ni agar agenda pembangunan rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh Pakatan Rakyat yang jauh lebih ikhlas memikul amanah rakyat.Hidup! Hidup! Hidup rakyat!!!

No comments:

Post a Comment