Tuesday, 3 January 2012

ORANG YANG BODOH,JANGAN BODOHKAN KAMI ANAK MUDA!!!


Assalamualaikum wbk..Salam reformasi buat anak-anak muda yang cintakan keadilan.Buat kesekian kalinya kewibawaan kita kembali dicabar..Satu perkhabaran yang kurang menyenangkan tatkala dimaklumkan bahawa para mahasiswa yang berdemonstrasi di hadapan UPSI beberapa hari yang lalu dikasari oleh polis,ada yang terlantar pengsan di hospital,ada yang terluka sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan malah ada yang terpaksa bermalam di lokap polis..”Ya Allah,betapa mahalnya harga yang terpaksa dibayar demi mengharapkan secebis keadilan tertegak di negara ini..Semoga engkau memberi balasan yang setimpal kepada mereka-mereka yang zalim”..
Alhamdulillah,mahasiswa di negara kita sudah sedar.Mereka sudah mula bangkit dari lamunan tidur yang sekian lama dibuai mimpi indah dengan tidak mengendahkan apa yang berlaku di luar kampus.Hal ini berjaya dibuktikan dengan melihat senario yang berlaku dewasa ini.Beberapa demonstrasi yang dianjurkan mereka sebelum ini berjaya menghimpunkan ratusan anak muda dalam kalangan mahasiswa di seluruh negara.Tuntutan mereka jelas,mansuhkan AUKU,akta ini sudah tidak relevan lagi untuk digunapakai.Susah sangat ke untuk tuntutan yang sekecil ini dilaksanakan?
Atau mungkin kerajaan sendiri sukar untuk menerima hakikat bahawa sokongan golongan terpelajar kepada mereka kian pudar.Jadi tindakan memansuhkan akta drakonian ini hanya akan menyukarkan mereka untuk bertahan di tampuk kekuasaan sebagai pemerintah.Satu perkara yang mereka perlu tahu.Mahasiswa adalah golongan cerdik pandai,sedangkan yang masih bersama UMNO hanyalah orang-orang bodoh yang tertutup dan rela ditutup mata hati mereka.Bodoh kerana tidak mahu memihak kepada kebenaran.Bodoh kerana tiada keberanian untuk membebaskan diri daripada belenggu kezaliman dan kejahilan.
Yang masih bersama UMNO adalah mereka yang terkena sindrom ‘bisu’.Ulama dan orang-orang agamanya pun turut bisu.Itulah akibatnya jika menganut fahaman “ampuisme” dan “anggukisme”.Pemimpin UMNO sebenarnya cukup seronok jika kata-kata mereka diaminkan oleh sekalian rakyat yang bodoh ini.Mereka yang masih bersama UMNO hanyalah tukang-tukang sorak yang diupah,mereka seronok dengan keramaian dan pesta-pestaan,serta mereka yang berkepentingan untuk mendapatkan projek sama ada bernilai ribuan atau jutaan ringgit.
Lihat saja ucapan pemimpin-pemimpin mereka sewaktu Persidangan Agung UMNO baru-baru ini.Rakyat diseru agar terus memberi mandat kepada mereka untuk terus memerintah,kononnya ia penting untuk pembangunan negara.Seolah-olah jika parti lain yang memerintah,pembangunan tidak dapat dilaksanakan.Apakah hanya orang UMNO sahaja yang tahu membuat pembangunan? Bagaimana dengan pembangunan negara-negara maju yang tidak ditadbir oleh UMNO pun? Apakah orang lain tidak cerdik,tidak pandai serta tidak berkelulusan untuk membangunkan negara ini? Kelulusan apakah yang orang UMNO ada sehingga tiada orang lain yang boleh menandingi mereka? Adakah kelulusan mereka ini datang dari langit ataupun planet marikh? Apakah otak-otak orang UMNO itu berkali-kali ganda lebih cerdik daripada orang yang bukan UMNO?
Apa yang ingin aku nyatakan di sini ialah,jika pembangunan boleh dilaksanakan oleh UMNO,maka pembangunan yang lebih baik malah tanpa penyelewengan sudah pasti dengan izin Allah dapat dijayakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat yang jauh lebih ikhlas memikul amanah rakyat.Lihat sahaja di Kelantan,ada atau tidak pemimpin di sana yang terpalit dengan skandal rasuah dan penyelewengan biarpun sudah memegang tampuk kekuasaan selama 21 tahun.
Orang-orang yang bodoh memang begitu,mereka sentiasa silap dalam membuat penilaian.Oleh itu aku manyeru kepada anak-anak muda ataupun mahasiswa di luar sana,jikalau ada yang masih menyokong ataupun tunduk dengan kezaliman UMNO.Ayuhlah kita membuat satu anjakan paradigma,berubah daripada segala bentuk kezaliman kepada sebuah keadilan yang hakiki.Kini adalah masa terbaik untuk anak muda seperti kita melakukan perubahan minda.
Bagi sesiapa yang tidak menyenangi tulisan ini,tidak perlulah untuk anda semua melatah.Aku sentiasa membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berdialog atau berdiskusi secara  ilmiah.Hanya dengan cara ini kita dapat merungkaikan segala kekusutan dan kekeliruan yang maha kelam kabut,bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem keluarga 69.
Wahai UMNO,janganlah hanya berani menjadi jaguh di media-media bangkrap idea,tetapi bila diajak bersemuka,lidah kelu tidak berkata.Itulah UMNO yang aku kenal..

No comments:

Post a Comment