Friday, 28 December 2012

Ni dia senarai calon Umno Parlimen Larut,DUN Kubu Gajah & Selama ! YB sampah selonggok Kubu Gajah tersingkir...

Mungkin kerana calon2 sebelum ini tidak lagi tergolong dalam kategori calon boleh menang@ winnable candidate menyebabkan Umno terpaksa mengambil langkah selamat dengan menampilkan muka2 baru di Parlimen Larut,DUN Kubu Gajah dan Selama pada pru ke 13

Berikut adalah senarai nama2 calon tersebut ;
(Maklumat tepat dari sumber dalaman Umno,salah satu daripada dua nama yang disebutkan dalam setiap kawasan akan terpilih sebagai calon)

Nampak gayanya tersingkirlah YB bagi ke tiga-tiga kawasan tersebut sebagai calon buat sepenggal lagi..Ini termasuklah Ketua Umno Larut merangkap YB Sampah Selonggok DUN Kubu Gajah,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin..

Kenapa aku katakan si Raja Ahmad ni YB Sampah selonggok..?
Blogger OrangNi ada butirannya (klik di sini)

Thursday, 27 December 2012

PKR tampil calon berpendidikan Agama di DUN Batu Kurau

BATU KURAU: Jika di Parlimen Larut PAS meletakkan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Datuk Fauzi Shaari sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13,di DUN Batu Kurau dalam parlimen tersebut pula akan diwakili oleh seorang calon yang berlatarbelakangkan agama.

DUN Batu Kurau adalah satu-satunya kerusi dalam parlimen Larut yang ditandingi Parti KeADILan Rakyat (PKR) sejak PRU ke 11.

Untuk PRU ke 13 dikhabarkan PKR akan menurunkan Ustaz Mohammad Fadzil bin Ellias (gambar) ,anak kelahiran Batu Kurau yang berasal dari Kg Anak Kurau.Beliau adalah anak tempatan Batu Kurau yang kini bertugas sebagai pegawai agama di Pulau Pinang dan merupakan lulusan dari Abu Bakr Islamic Universiy,Pakistan.

Timbalan Ketua Cabang PKR Larut,Haji Adli Kamarun ketika dihubungi penulis mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau,pihaknya telahpun memperkenalkan calon tersebut kepada pengundi-pengundi di DUN Batu Kurau dalam beberapa program bersama masyarakat di situ sejak beberapa bulan yang lalu.

"Ternyata penerimaan mereka amat baik sekali malah tiada bantahan daripada ahli-ahli di peringkat akar umbi dan pihak kami yakin DUN Batu Kurau akan berjaya ditawan PKR pada PRU ke 13".Katanya

Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK)Larut,Shaiful Lizam Yusof ketika dihubungi juga turut meluahkan nada yang sama.

Katanya beliau yakin DUN Batu Kurau akan berjaya dimenangi PKR berdasarkan kepada 'mood' pengundi khususnya golongan muda yang semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno tidak lagi berada pada zon selesa di DUN tersebut.

Komen Blogger: Memang itu yang kami mahu,berkat doa KO BN yang kita aminkan setiap kali rakaman video doa tersebut disiarkan dlm buletin TV3..InsyaAllah,Umno akan KO pada PRU-13,bukan sahaja di Parlimen Larut dan DUN Batu Kurau,tetapi juga di Putrajaya..Hancur Umno!!



Tuesday, 25 December 2012

Sepakat menyokong pencalonan Datuk Fauzi Shaari di Parlimen Larut

LARUT: PAS Cawangan Sungai Ara dalam kawasan Larut sebulat suara menyokong pencalonan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Datuk Fauzi Shaari di parlimen Larut pada Pilihan raya umum(PRU) ke 13.

Pendirian tersebut disepakati oleh seluruh ahli jawatankuasa serta ahli-ahli di cawangan tersebut ketika berlangsungnya majlis usrah di kediaman Setiausaha PAS Cawangan,Zainal Abidin Ramli baru-baru ini

Dalam program yang turut dihadiri Fauzi itu,rata-rata ahli PAS yang berada pada majlis tersebut dilihat  tidak kekok untuk berbual mesra dengan Fauzi,anak kelahiran Larut yang baru sahaja 7 bulan menyertai PAS itu.

Mewakili PAS Cawangan,Bendaharinya,Mohd Ikber Tan berkata pihaknya tidak mempunyai apa-apa masalah berhubung soal calon.

“Tidak kira siapa sahaja calon yang akan diputuskan PAS Pusat untuk bertanding di Parlimen dan DUN di sini,kami tetap konsisten menyokong tanpa bantahan”Katanya

Ini kerana ujarnya,kepatuhan kepada setiap keputusan pucuk pimpinan adalah sikap yang harus ditonjolkan oleh setiap ahli di pelbagai peringkat

Kataya lagi,seluruh ahli di cawangan tersebut membantah tindakan seorang Ketua Cawangan dalam kawasan Larut yang baru-baru ini membuat sidang media untuk memboikot calon yang telah diputuskan PAS Pusat

Pihaknya yakin bahawa setiap keputusan yang dibuat PAS Pusat telah melalui beberapa fasa sehinggalah musyawarah di peringkat badan tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama dan keputusan tersebut bukanlah terhasil daripada perbincangan di peringkat kedai kopi.

Sementara itu,Fauzi yang diberi kesempatan berucap pada majlis tersebut meluahkan keyakinan bahawa akan berlaku satu perubahan kepimpinan bukan sahaja di kawasan parlimen yang bakal ditandinginya tersebut tetapi juga di peringkat persekutuan.

“Yakinlah,PRU 13 akan menyaksikan Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya.Penantian kita(PAS) sudah terlalu lama,doakan PAS dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya,InsyaAllah kita akan pamerkan satu kelainan dalam pemerintahan itu nanti” Katanya

Turut serta,Naib Ketua Pemuda PAS Larut,Ustaz   Firdaus Hassan selaku naqib yang mengendalikan majlis Usrah pada hari tersebut

Akibat sering dimaki dan disumpah seranah,satu persatu pemandu peribadi ADUN Umno Kubu Gajah cabut lari

Sikap angkuh dan sombong seorang majikan yang sering memaki hamun dan menyumpah seranah pekerja bawahannya menyebabkan satu persatu pekerjanya cabut lari.Bukan kerana dipecat,tetapi secara sukarela mereka memberhentikan diri mereka sendiri setelah tidak tahan dengan sikap majikan mereka itu.

Itulah situasi yang berlaku kepada mereka-mereka yang pernah berkhidmat sebagai pemandu peribadi kepada ADUN Umno Kubu Gajah,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin.Lima penggal menjadi wakil rakyat,dari DUN naik ke Parlimen,dari Parlimen turun ke DUN.Namun dalam tempoh itu sudah berdozen-dozen pemandu peribadi kepada wakil rakyat Umno ini yang datang dan pergi silih berganti.

Kerana tidak tahan dengan makian yang diterima dikhabarkan pernah salah seorang pemandunya memberhentikan kenderaan di pertengahan jalan dan melemparkan kunci kereta lantas meningglkan YB tersebut di situ juga.Akibatnya YB itu terpaksa “drive” sendiri ke lokasi yang ingin dituju.Hahaha,baru kau tau! Jangan fikir kau punya taring ja..Orang lain pun ada taring juga

Inilah yang dikatakan manusia spesis ego dan bodoh sombong.Manusia spesis ini selalunya akan merasakan diri mereka begitu sempurna sehinggakan orang yang berada di bawahnya baginya hanya layak dipandang sebagai hamba abdi yang wajib diherdik dan dicerca oleh tuannya..

Perhatian! tawaran masih dibuka kepada mereka yang masih tercari-cari kerja:

Peluang dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menawarkan diri sebagai CALON MENUNGGU untuk jawatan pemandu peribadi kepada seorang VIP yang bergelar Dato’ Seri ini.Tawaran masih dibuka,jadi rebutlah peluang anda.Untuk memohon,sila pos@emelkan “Resume” anda ke Pejabat Khidmat Mayarakat DUN Kubu Gajah.

Kenapa aku katakan CALON MENUNGGU? Manalah tau kot-kot pemandu peribadinya yang masih berkhidmat sekarang juga akan mengambil tindakan sama iaitu memberhentikan dirinya sendiri macam yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini,waktu itu boleh la korang masuk try pulak.Hahaha

Syaratnya cukup senang.Hanya mereka-mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tersebut sahaja bakal dipertimbangkan ke jawatan itu

Antaranya syarat-syaratnya ialah:

Tanpa perlu pengalaman ,yang penting mempunyai satu kebolehan istimewa iaitu.....

TAHAN MAKI !!!

Hahaha,teringat pulak aku satu babak dalam filem Tan Sri P.Ramli,"DoReMi"




Sedikit Info tambahan: Selain suka memaki,ADUN Umno Kubu Gajah,Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin ini juga adalah orang yang bertanggungjawab membenarkan penerokaan secara besar-besaran tanah-tanah rezab melayu dalam DUN Kubu Gajah oleh seorang tauke cina kaya dari Taiping.Dan dikhabarkan daripada sumber dalaman Umno,besar jugalah habuan yang diberi Tauke cina tersebut kepada beliau hasil  daripada jasanya itu..Oleh itu besar harapan aku dan seluruh Rakyat yang cintakan keadilan kepada Pakatan Rakyat..Semoga PRU-13 Putrajaya berjaya ditawan.InsyaAllah,jika PR ke Putrajaya,Raja Ahmad ke penjara!! Hahaha

Thursday, 13 December 2012

Datuk Fauzi sedia berdepan dengan sesiapa sahaja calon BN di Larut


LARUT: Calon Pas Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari sedia berdepan sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang sebelum ini disebut-sebut calon bertanding kerusi itu  juga melahirkan keyakinan mampu menang berdasarkan sokongan padu pengundi di kawasan tersebut.

Fauzi berkata, beliau akur dengan kehendak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Larut.

“Saya istiqamah dengan perjuangan dan tidak kisah siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di Parlimen Larut).

"Rakyat kini sudah sedar dan yakin perjuangan PR ke Putrajaya untuk menubuhkan kerajaan yang adil bagi membela semua kaum dan golongan tanpa pilih kasih," katanya pada ceramah anjuran Pas Cawangan Batu Enam, di sini, kelmarin.

Menurutnya, beliau dan pucuk pimpinan kini juga yakin dengan sokongan padu rakyat juga pengundi Larut kepada Pas serta PR.

“Kita memberi jaminan jika PR memerintah negara, bahasa Melayu akan kekal menjadi bahasa rasmi negara, di samping menghormati bahasa lain. “Manakala agama Islam akan kekal agama rasmi dengan pengisian lebih menyeluruh, selaras kehendak perundangan Islam,” katanya.

Bersemangat pada ceramah berkenaan, Fauzi juga menegaskan PR akan memastikan hak istimewa orang Melayu terjamin, malah akan dimartabatkan dalam pelbagai bidang tanpa meminggirkan bangsa lain.

Bekas pelakon derita sakit gembira terima kunjungan PAS Larut

SELAMA: Jelas terpancar senyuman kegembiraan di wajah seorang bekas pelakon tanah air yang kini sedang terlantar sakit di hospital sejak 3 bulan lalu apabila menerima kunjungan Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut,Mohd Akmal Kamaruddin.

Pelakon tersebut,Radi Mat Isa,50,pernah membintangi beberapa buah filem pada era 80-an.Antara judul-judul filem lakonan beliau ialah ‘Panglima Badul’, ‘Hong Kong Angel 2’, ‘Tuan Besar’ dan lain-lain lagi.

Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak berkata,pelakon tersebut yang sebelum ini banyak membuat persembahan di pentas-pentas Felda selepas tidak lagi terbabit dalam dunia lakonan telah dimasukkan ke hospital Selama pada bulan Julai  yang lalu bagi menjalani satu pembedahan membuang satu ketumbuhan di bawah punggung.

Walaubagaimanapun jelas Akmal,selepas pembedahan itu beliau telah mengalami satu komplikasi yang mengakibatkan kedua-dua kakinya lumpuh.

Sebak melihat penderitaannya itu,Akmal berkata pihaknya amat berharap agar Persatuan-persatuan seperti SENIMAN,KARYAWAN dan mana-mana persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib golongan artis di negara ini agar mengambil perhatian serius akan hal yang menimpa bekas pelakon tersebut.

“Pihak kami mengalu-alukan juga sumbangan daripada orang ramai yang prihatin dan sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 158305335259 atas nama Madrazhid bin Isa” Jelas Akmal lagi.

Saturday, 24 November 2012

Bekas Pengarah JSJ PDRM ketuai program ziarah dan penyampaian sumbangan PAS kawasan Larut


BATU KURAU: Selepas mengisyhtiharkan kemasukannya ke dalam PAS beberapa bulan lalu,bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) PDRM,Datuk Fauzi Shaari kini giat melibatkan diri dalam  aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan PAS.

Terbaru,beliau telah mengetuai program ziarah dan penyampaian sumbangan di sekitar Ijok yang terletak dalam mukim Batu Kurau dan DUN Kubu Gajah

Program yang dianjurkan PAS kawasan Larut dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) kawasan dan PAS Cawangan Charak Salak itu dimulakan dengan melakukan kunjungan ke pasar pagi pekan Ijok untuk sesi beramah mesra dengan penduduk setempat dan para pengunjung di pasar tersebut

Pada sebelah petangnya pula,program diteruskan dengan melakukan kunjungan ke rumah-rumah penduduk miskin di sekitar Kampung Masjid Ijok bertujuan menyampaikan sumbangan beras dan barangan keperluan dapur.

Turut serta Yang Dipertua PAS kawasan Larut,Dr Dhari Othman



\

Monday, 19 November 2012

Dokumen urus niaga minyak sawit mentah Malaysia-Israel didedah,Umno Supply peluru untuk Israel !!

Pendedahan terkini!
Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan nafikan Genting Berhad beli saham FGVH sejumlah RM407.005.000 walaupun ia jelas dipaparkan di skrin Bursa Malaysia.

Kali ini,Pengerusi NGO Anak Peneroka FELDA Kebangsaan(ANAK),Mazlan Aliman telah mendedahkan pula bukti penjualan Minyak sawit mentah(MSM) FELDA kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat Israel yang berpengkalan di Singapura. Inilah salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu.

Ia berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga keturunan India yang berpengkalan di Dubai.

Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kpd 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpengkalan di Pasir Gudang ini dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).

Detik hitamnya bermula, MSM mula dijual kepada syarikat Israel!
Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, GAZA jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini.

Pemimpin UMNO berpura2 tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual Minyak Sawitnya kepada Israel!

Siapa yang hipokrit dan menjadi pengkhianat kepada orang Islam?


Umno sememangnya tidak pernah peduli tentang penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin yang ditindas sejak sekian lama oleh Regim Israel.Di sebalik kecaman2 mereka terhadap Israel selama ini rupa2nya ada udang di sebalik batu.Ianya tidak lain hanya untuk menutup pekung di dada mereka yang sudah membusuk bagaikan bangkai.


Begitu tergamaknya mereka menjalankan urus niaga dengan Israel.Tidakkah mereka tahu,setiap sen yang disalurkan kepada Israel ibarat membekalkan peluru senjata dan bom untuk membunuh ribuan umat Islam,pejuang-pejuang dan kanak2 tidak berdosa di Palestin?


Minyak sawit yang dibeli dari Malaysia dengan harga belian tertentu pastinya akan dijual pula oleh Israel kepada rakyatnya sendiri dengan harga yang jauh lebih tinggi dan menguntungkan.Tidakkah dengan menjual minyak sawit kepada Israel ianya secara tidak langsung telah menjana pendapatan negara haram itu?


Demi untuk mengejar keuntungan dunia yang sedikit,Umno sanggup melacurkan diri kepada Israel.Kepada orang melayu di negara ini yang kononnya mengecam kebiadaban dan kezaliman Israel terhadap umat Islam Palestin,ambillah masa untuk berfikir sejenak.Apakah makna kecaman kamu itu,sekiranya kamu terus menjadi pendokong kepada Umno.Sebuah parti yang menjadi proksi kepada Israel dan telah banyak menyumbang dana kepada regim itu untuk terus melumpuhkan kekuatan orang Islam.


Umat Islam di negara kita diseru untuk memboikot produk keluaran Israel bagi melumpuhkan ekonomi mereka.Apa gunanya kita memboikot produk keluaran negara itu sedangkan dalam masa yang sama kita menyokong Umno.Alahai,tolonglah jadi cerdik sikit wahai bangsaku!

Berikutan pendedahan ini.ANAK akan menganjurkan satu perhimpunan aman bagi menggesa penjualan MSM FELDA ke Israel dihentikan.Butiran program adalah seperti berikut:


Jom hadir beramai2 tanda solidariti kita. Buktikan simpati kita terhadap nasib rakyat Palestin yang di zalimi. Berpakaian serba Oren. SEBARLUASKAN INFO INI.





Friday, 16 November 2012

Kejayaan dua Anggota Unit Amal kesan jenazah tentera hilang wajar diberi pengiktirafan

LARUT: Kecekapan dua anggota unit Amal Malaysia yang berjaya menemui mayat seorang anggota tentera,Supain Gane,37, yang hilang selepas melakukan latihan penerjunan di Redang Panjang yang terletak dalam parlimen Larut dan DUN Kubu Gajah baru-baru ini dipuji Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin

Beliau menjelaskan dua orang anggota Unit Amal dari Perak bernama Abdul Rahim Syukor,61, dan Mohd Adib,21, hanya mengambil masa selama 10 minit mengesan jenazah mangsa biarpun misi mencari telah dilakukan selama 3 hari oleh pihak polis,Angkatan Tentera Malaysia(ATM),bomba dan  anggota Ikatan Relawan Rakyat(RELA).
(Akmal,kiri,mengambil kesempatan berbual dengan 2 wira Unit Amal,Adib dan Abdul Rahim)

Bagaimanapun kejayaan mereka ini sengaja digelapkan oleh media arus perdana.Jelas Akmal lagi

Menyifatkan mereka sebagai wira,Akmal turut memberi cadangan kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia supaya memberi pengiktirafan kepada kedua-dua individu ini agar ianya dapat membuka mata seluruh rakyat tentang kesungguhan dan komitmen jabatan Amal dalam membantu masyarakat.

Tuesday, 30 October 2012

Sumbangan Aidil Adha PAS Cawangan Simpang 3 Gudang

Bukan sahaja daging korban ,beras juga turut diagihkan kepada beberapa orang penduduk dalam majlis korban PAS Cawangan Kampung Simpang 3 Gudang yang terletak dalam parlimen Larut dan DUN Kubu Gajah pada hari raya pertama Aidil Adha yang lalu.

Bertempat di markas PAS Cawangan,sejumlah 3 ekor lembu telah ditumbangkan dan 110 kampit beras berjaya diagihkan kepada penerima terpilih yang terdiri daripada penduduk setempat oleh pihak PAS cawangan tersebut dalam sebuah majlis yang diadakan secara bergotong royong.

Upacara pengagihan daging korban dan beras diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan Larut,Mohd Akmal Kamaruddin.

Akmal dalam ucapannya berkata,program sedemikian adalah salah satu perlaksanaan ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Jelas  Akmal,walaupun jumlahnya kecil,tetapi Allah memberikan ganjaran yang cukup besar kepada sesiapa yang melaksanakannya.

“InsyaAllah,bukan sahaja pada hari ini,kita(PAS) juga akan teruskan program berbentuk seperti ini dari masa ke semasa.” Tambah Akmal lagi.

Program yang berlangsung selepas waktu solat jumaat dan berakhir selepas waktu asar tersebut turut diserikan dengan kehadiran Mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) PDRM,Datuk Fauzi Shaari yang mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan  penduduk di sini selepas kemasukannya ke dalam PAS Mei Lalu.

Fauzi yang juga merupakan anak jati Batu Kurau,Larut dalam ucapan ringkasnya meluahkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk berinteraksi dengan masyarakat di sekitar tempat kelahirannya  sendiri setelah tidak berkesempatan melakukannya sebelum ini kerana tuntutan tugas sebagai pegawai polis.

Datuk Fauzi turut membantu Akmal mengagihkan sumbangan

Sunday, 21 October 2012

Nafi sokong pembangkang,mantan ADUN Umno Batu Kurau dah nyanyuk rupanya

Menggelabah sakan Umno bila aku siarkan satu artikel dan sekeping gambar yang menunjukkan kelibat Mantan ADUN Batu Kurau,Hj Abdul Manan Ali atau mesra disapa Cikgu Manan bersama Anwar Ibrahim dlm satu program ceramah Pakatan Rakyat yang berlangsung di Perkarangan Tapak Pekan SelasaBatu Kurau beberapa bulan lalu.Mana tidaknya sebelum ini,kemasukan bekas pegawai tertinggi PDRM Dato’ Fauzi Shaari ke dalam PAS sudah cukup memberi tamparan hebat kpd Umno di kawasan ini.Dato’ Fauzi adalah anak jati Batu Kurau yang agak kuat pengaruhnya di sini.Belum kebah demam terkejut Umno akibat tindakan Fauzi itu,Umno dikejutkan pula dengan penyiaran gambar seorang lagi individu yang cukup berpengaruh di Batu Kurau iaitu cikgu Manan yang hadir dlm program ceramah Anwar.Bukan sahaja hadir mendengar ceramah Anwar daripada awal hingga ke akhir,malah beliau dilihat sempat berpelukan dan berbual mesra dengan Anwar.
                                                                                               Mantan ADUN Batu Kurau,Cikgu Manan
(berbaju hijau)   di program ceramah Anwar

Artikel bertajuk "Tawar Hati dengan Umno,Bekas ADUN BatuKurau muncul di majlis ceramah Anwar terjemah sokongan terhadap Pakatan Rakyat" (klik pada tajuk) telah mengundang reaksi kurang senang Umno.Berhubung penyiaran artikel tersebut aku telah dituduh membawa cerita fitnah ,bukan itu sahaja,gambar aku turut tersiar dlm beberapa buah laman blog pro Umno dengan memaparkan tajuk  Kenali Wajah blogger HAPRAK PAS dari Batu Kurau”(klik pada tajuk).

Maka,Cikgu Manan yang selama ini tidak pernah dilayan sebagai seorang tua yang berjasa,jangan kata hendak ziarah,bertanya khabarpun tidak.Inilah nasib yang dihadapi setiap pemimpin di dlm Umno bila tiba zaman kejatuhannya.Bila sudah tidak menjadi wakil rakyat,tidak ada keuntungan lagi yang boleh dikaut daripadanya maka yang sering mendapat liputan dan pujian oleh pencacai-pencacai murahan Umno ini hanyalah pemimpin-pemimpin Umno yg masih memegang status wakil rakyat.

Hikmah di sebalik penyiaran artikel tersebut menyerlahkan sikap dan perangai sebenar Umno.Rombongan Umno bersama blogger pencacai murahan mereka yang selama ini bagaikan tidak menyedari kewujudan cikgu Manan apatah lagi mahu mengingatkan jasa2 beliau kpd umno telah mengadakan satu lawatan ke rumah Cikgu Manan.Tujuannya adalah untuk mendapatkan kepastian,benarkah cikgu Manan sudah mula tawar hati dengan Umno dan mula menyokong pembangkang? Kalau tdk timbul isu ni,memang tak kelapaq Umno nak ziarah Cikgu Manan ni.Hehe

Satu rakaman video telah dibuat dlm satu sesi temuramah blogger pro-Umno terhadap Cikgu Manan.Dalam video tersebut yang kini telahpun diupload dlm laman youtube bertajuk “Mantan ADUN Batu Kurau  nafi sokong pembangkang” (klik pada tajuk) telah memaparkan pengakuan Cikgu Manan yang mengakui tidak menyokong Anwar apabila ditanya pendapatnya tentang Anwar.Maka bersorak gembiralah Umno dgn jawapan itu.Haha satu peluru untuk pembangkang berjaya dilepaskan.Blogger PAS menfitnah Mantan ADUN Batu Kurau!

Tiba-tiba aku teringat tentang satu peristiwa.Beberapa hari selepas berlangsungnya program ceramah Anwar di Batu Kurau itu,aku berkesempatan menunjukkan gambar cikgu Manan bersama Anwar ini kepada salah seorang pemuda Umno kawasan Larut.Nak tahu apa katanya kepada aku? Katanya "kalau setakat cikgu Manan je pun,hampa ambik la,kami(Umno) tak mau dah,lagipun orang tua tu dah nyanyuk”.

Ha Nyanyuk.!!.Hahaha,patutla...Setahu aku,orang nyanyuk selalunya akan mengalami simpton-simpton seperti mudah lupa,keliru dengan setiap tindakan yang dilakukan.Penghidap penyakit ini juga akan melakukan sesuatu perkara di luar kebiasaan manusia normal.Contohnya seperti dalam kes ini,kejap cakap sokong PR,kejap,kejap Umno.kejap PR,kejap Umno balik.

Sewaktu kehadiran Cikgu Manan ke majlis ceramah Anwar malam itu.Timbalan Ketua KeADILAn Cabang Larut,Haji Adli Kamarun yang menyedari kehadiran cikgu Manan telah bertanya tentang tujuan kehadirannya.Bukan apa,200 meter bersebelahan ceramah Anwar telah berlangsungnya juga ceramah Umno..Manalah tau,mungkin dia tersalah tempat.Tetapi jawapan yang keluar daripada mulut cikgu Manan sendiri.Katanya”Memang tujuan saya nak datang sini,saya nak jumpa Anwar,saya sokong perjuangan Anwar” tapi berbeza pula dlm kenyataanya sewaktu ditemurah blogger pencacai Umno..”Saya tak sokong Anwar”..Haha..Betullah apa yang pemuda Umno tu habaq kat aku,Cikgu Manan dah nyanyuk..apasal la aku tak percaya cakap dia dari awal2..Patutlah malam tu dikhabarkan waktu nak pulang dari majlis tersebut cikgu Manan telah meminta tolong org carikan keretanya yang dia sendiri lupa parking kat mana..Hehe..

p/s: Yang masih bersama Umno kebanyakannya orang yang jenis macam ni la(tua,nyanyuk).Yang muda2 semua dah sokong PR..Hehe

Monday, 8 October 2012

Umno paksa pengetua beri amaran pada guru2 supaya jangan undi Pakatan Rakyat

Dah terdesak agaknya Umno ni.Cuba baca info kat bawah ni..

Pengetua Sekolah dipaksa buat road show ugut guru-guru tentang undi.
Betapa terdesaknya umno bak lembu disembelih tetapi terlepas ikatan maka bertempiaranlah lari 'silembu ini'..

Terkini umno paksa Pengetua sekolah untuk buat road show ke sekolah-sekolah, bertemu dengan semua guru-guru sekolah, beri taklimat tentang PRU 13 dan nayatakan bahawa undi bukan lagi rahsia, guru-guru diberi amaran jika mengundi Pakatan Rakyat, mereka akan diambil tindakan.

Ada juga guru-guru yang takut dengan perkara ini. Mereka takut undi mereka diketahui. Mereka takut mereka akan diambil tindakan. Mereka bertanya betulkan undi bukan lagi rahsia?

Jawabnya mudah..jangan takut wahai semua guru-guru..takutlah pada Allah bukan pada umno..maka tabahkan hati..bulatkan tekad..undilah Pakatan Rakyat..insyaAllah akan tercatat dalam sejarah Malaysia, guru-guru berperanan tumbangkan umno demi untuk Malaysia baru.

Tapi yang lucunya Pengetua Sekolah kata.."Kami bagi laporan pada umno kata semuanya ok..semuanya putih..walaupun sebenarnav warna hitam..kah kah kah..





(sumber;FB PAS Kawasan Larut,Perak)

Wednesday, 19 September 2012

Konvoi Anak Muda bersama Aishah Srikandi dan Leman Raja Lawak ke Majlis rumah terbuka PKR Cabang Larut



BATU KURAU: Sejumlah 1000 anak muda terlibat dalam acara konvoi bermotosikal menuju ke majlis rumah terbuka PKR Cabang Larut petang semalam.

Konvoi anjuran Angkatan Muda KeADILan(AMK) dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Larut tersebut turut disertai oleh dua ikon anak muda iaitu Ketua Srikandi KeADILan Malaysia,Siti Aishah Shaik Ismail dan bekas peserta rancangan reality Tv,Raja Lawak musim ke-5,Leman.

Aishah dan Leman yang dijadual menyampaikan ceramah di sini pada sebelah malamnya mengambil kesempatan untuk turut serta bersama perarakan konvoi sejauh 15 kilometer yang memulakan perjalanan dari Ulu Sepetang hingga ke Kg Anak Kurau,tempat berlangsungnya majlis.

Berlepas pada jam 3.45 petang,para peserta konvoi kemudiaannya singgah sebentar di Kampung Titi Kasai,Batu Kurau bagi meneruskan satu upacara menaikkan bendera PKR dan PAS bersaiz gergasi di situ.


Ketua AMK Larut,Shaiful Lizam Yusof  menyifatkan jumlah penyertaan yang sangat menggalakkan daripada golongan muda dalam setiap program yang dianjurkan Pakatan Rakyat di situ adalah merupakan tanda-tanda awal kejatuhan Umno.

Ujarnya,sebelum ini  kehadiran tokoh-tokoh besar Pakatan Rakyat seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim,Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Haji Mohamad Sabu ke bumi Larut turut disambut oleh perarakan konvoi anak muda yang telah berjaya mengundang penyertaan di luar jangka.

Walaupun pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan media-media kawalan Umno,ternyata ianya langsung tidak berjaya merencatkan jumlah sokongan golongan muda di kawasan itu terhadap Pakatan Rakyat yang semakin bertambah saban hari.Jelasnya lagi.

Sementara itu,Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin  berkata, kejayaan Pakatan Rakyat menambat hati golongan muda di kawasan tersebut dapat dilihat dalam setiap program yang dianjurkan.

Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak menjelaskan bahawa pihaknya percaya fenomena dan situasi ini sangat dicemburui pihak lawan terutamanya Pemuda Umno Larut itu sendiri.

“Hari ini kita telah buktikan,biarpun kita tidak menjanjikan apa-apa habuan kepada mereka,tiada tshirt percuma,cabutan bertuah dan wang saku malah sebaran maklumat berhubung program hanya dibuat melalui sms sehari sebelumnya(semalam),namun lihatlah sendiri sambutannya.”

“Mereka ini adalah golongan muda bermaruah yang tidak rela menjadi bahan komoditi atau objek yang boleh dijual beli dan dirasuah sesuka hati. Tahniah saya ucapkan,semoga kita terus berganding bahu dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan berada di tangan kita(PR) pada pilihan raya umum akan datang.”Tambah Akmal lagi

Setibanya di lokasi majlis pada jam 4.30 petang,para peserta konvoi mengambil kesempatan menjamu selera dengan juadah yang disediakan sambil mendengar amanat dan ucapan yang disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Aishah yang diberi kesempatan untuk berucap di majlis itu mengucapkan tahniah kepada seluruh anak muda yang terlibat dalam menjayakan program konvoi pada hari tersebut.

“Inilah gerakan anak muda yang pastinya akan menumbangkan Umno BN pada pilihan raya akan datang”Jelas Aishah dalam ucapan ringkasnya di hadapan lebih 1500 tetamu yang hadir.

Ketua Cabang KeADILan Larut,Dr Muhammad Nur Manuty dalam ucapannya pula meluahkan rasa yakin dengan keupayaan PR untuk merampas kerusi Parlimen Larut dan ketiga-tiga DUN di bawahnya setelah melihat momentum sokongan masyarakat terhadap PR yang semakin meningkat di kawasan itu.

Muhammd Nur yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR Malaysia menjelaskan bahawa hasil daripada maklumat dan sumber risikan pihaknya mendapati satu-satunya kerusi yang ditandingi PKR di kawasan tersebut iaitu DUN Batu kurau yang dulunya sering dilabel sebagai kawasan putih(selamat) oleh Umno,namun kini sudah menjadi kelabu iaitu kawasan yang sudah dianggap berbahaya dan tidak selamat lagi bagi mereka(Umno).

"Ini menguatkan lagi semangat kita untuk bekerja keras bagi memastikan Umno tumbang di kawasan ini pada pilihan raya umum akan datang."Katanya

Biarpun majlis berlangsung dalam cuaca hujan,namun hadirin yang hadir tetap tidak berganjak dari tempat duduk mereka sehinggalah majlis berakhir pada jam 5.45 petang.

Turut hadir,ADUN Kuala Kurau,YB Yunus Jamhari serta pimpinan KeADILan dan PAS dari pelbagai peringkat di negeri Perak.


Leman menunggang motosikal milik ketua Amk Larut,Shaiful

Reaksi spontan Ust Akmal & Leman ketika gambar mereka dirakam lensa kamera

Aishah dan Leman sewaktu upacara menaikkan bendera gergasi di Kg Titi Kasai,Batu Kurau
Sebesar-besar bendera ini,namun besar lagi semangat kami nak menumbangkan Umno BN


Beberapa orang remaja perempuan turut serta dalam perarakan konvoi

Timbalan Ketua Cabang PKR Larut,Haji Adli Kamarun@Ayah cikgu segak berbaju melayu biru

Ketibaan Adun Kuala Kurau,YB Yunus Jamhari





Saturday, 4 August 2012

Warga emas uzur terima sumbangan kerusi roda

SELAMA:Kesusahan yang menimpa seorang warga emas yang uzur dan mengalami kesukaran untuk bergerak akibat sakit tua di sini telah mengundang keprihatinan sebuah pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Khairat Assyabab


Amna khamis,79, telah menerima sumbangan berupa kerusi roda disampaikan oleh wakil pertubuhan iaitu Mohd Akmal Kamaruddin.


Beliau yang juga seorang ibu tunggal tinggal bersama anak lelakinya, Kamaruddin Mat Radhi,37,di sebuah kediaman usang di Kampung Lampin,Selama.


Jelas Akmal,sebelum ini kemana sahaja si ibu mahu pergi anak lelakinya itulah yang akan mendukungnya terutamanya bila si ibu mahu membuang air besar,beliau akan didukung ke dalam semak samun di belakang rumah.


Hal ini kerana jelas Akmal kediaman usang keluarga ini tidak mempunyai tandas.


“Justeru itu,kami daripada pihak Khairat Assyabab sedang mencari dana untuk membina tandas di kediaman keluarga ini dan mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang ingin membantu.Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Khairat Assyabab bernombor 558211313335”.Jelasnya lagi

Sunday, 29 July 2012

“Janji Ditepati”,Kalimah benar yang disalahguna

IPOH: Tindakan kerajaan mengguna pakai slogan “Janji Ditepati” sebagai tema sambutan hari kemerdekaan Negara yang ke 55 tahun dipersoal Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Mohd Akmal Kamaruddin



Menurut Akmal(gambar),”Janji Ditepati” adalah kalimah yang benar,tetapi dalam konteks ini maksud dan tujuannya telah disalahguna.

Jelasnya,situasi ini dapat dilihat dalam peristiwa tahkim yang menceritakan tentang bantahan golongan khawarij terhadap saidina Ali R.A dan Muawiyyah R.A huma dan apabila ada seorang daripada khawarij berkata “tiada hukum melainkan daripada Allah Swt” lantas dijawab oleh Saidina Ali bahawa perkataan tersebut benar tetapi maksud dan tujuannya adalah salah.”

"Janji Ditepati" adalah kalimah benar tetapi maksud dan tujuannya hanyalah untuk menjayakan kempen politik yang sarat dengan pembohongan bagi meraih simpati dan sokongan rakyat di Negara ini kepada Umno


Begitu juga dengan penggunaan slogan “Rakyat didahulukan” sebelum ini,hakikatnya rasuah dan kroni yang didahulukan bukannya rakyat.Ujar Akmal lagi



Thursday, 12 July 2012

ISA soal kemanusiaan,bukan isu politik-Abby Abadi

Beberapa hari yang lalu aku berpeluang menyertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA di hadapan Kem Tahanan Kamunting(KEMTA).Bagi aku,memang terdapat kelainan dalam protes kali ini berbanding protes-protes yang pernah dianjurkan sebelum ini.Ini kerana yang hadir memberi sokongan bukan sahaja terdiri daripada golongan aktivis dan pemimpin parti politik malah barisan artis tanah air.Kehadiran 3 orang artis yang terdiri daripada Abby Abadi,hairie Othman dan Leman Raja Lawak diharap dapat menyuntik kesedaran kepada artis-artis lain untuk sama-sama menyokong usaha-usaha membebaskan negara daripada cengkaman akta zalim ini.
Aku tertarik dengan kata-kata Abby dalam satu forumnya di Batu Kurau dua hari sebelum berlangsungnya protes tersebut.Katanya ISA bukan merupakan isu politik tetapi soal kemanusiaan yang harus diperjuangkan.Memang betul apa yang diperkatakan.Sebab itu pada hari berlangsungnya protes tersebut tidak ada langsung kempen parti-parti politik.Tiada kibaran bendera mana-mana parti politik malah ucapan daripada pemimpin-pemimpin yang mewakili parti politik masing-masing pun hanya berkisar tentang gesaan membebaskan 45 tahanan ISA dan menuntut agar kem tahanan tersebut ditutup segera.Sebab itu aku tidak bersetuju kalau ada pihak-pihak yang menuduh pembangkang mempolitikkan isu ISA.

Dikhabarkan Abby itu sendiri masih belum menjadi ahli mana-mana parti politik.Beliau hadir atas kapasiti peribadi,mewakili suara rakyat Malaysia untuk menyatakan kebencian terhadap kezaliman ISA yang telah banyak menghumban rakyat yang tidak berdosa melalui penahanan tanpa pembicaraan.Sebagai seorang Islam,menyokongnya ISA bererti kita menyanggah keterangan Allah di dalam Al-Quran kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” – Surah an Nisa’:58


Adakah kita merasakan diri cukup hebat sehinggakan begitu berani menyanggah keterangan Allah SWT dan meletakkan akal manusia itu jauh lebih tinggi dari pengetahuan yang maha berkuasa dengan sibuk mencari 1001 dalil untuk menghalalkan tindakan pemerintah? Ulama muda sewajarnya cermin diri..Dimanakah taraf kamu sebenarnya? Bagi aku,kamu semua tidak ubah seperti sampah! Sampah yang dibuang akhirnya akan dibakar oleh pemiliknya dan begitu jugalah ulama-ulama yang berkeupayaan untuk menegur pemerintah tetapi lidah mereka menjadi kelu dan bisu hanya kerana ketaksuban mereka dengan keduniaan(pangkat dan wang).Golongan tersebut juga akan dibakar oleh pemiliknya(Allah SWT) dalam api neraka yang panas menyala.Nauzzubillah

Mengingatkan kata-kata Abby itu,terimbau kembali ucapan Mantan Presiden PAS,Allahyarhan Ustaz Fadhil Noor  suatu ketika dahulu yang aku dengari di laman youtube.Katanya PAS akan terus membela sesiapa sahaja yang ditahan tanpa bicara dalam ISA biarpun orang tersebut ialah Dr Mahathir(PM waktu itu).


Persoalan kemanusiaan! Itu sebenarnya yang cuba ingin disampaikan oleh kedua-dua ikon ini.Allahyarham Ustaz Fadhil Noor merupakan ikon tokoh politik Malaysia yang disegani kawan mahupun lawan manakala Abby pula adalah ikon artis masa kini yang berani menyatakan kebenaran.Beliau tidak takut sekiranya berdepan risiko digam oleh stesen televisyen yang dikawal pemerintah,tempat beliau mencari makan selama ini.Begitu jugalah dengan Hairie Othman dan Leman..Syabas untuk anda dan artis-artis lain sebelum ini yang telahpun berhijrah.Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah,bukan daripada Umno BN Laknatullah


Turunkan juga Bendera BN !! MDS akur tuntutan 300 penyokong PAS

SELAMA:Keadaan sedikit tegang semalam apabila sejumlah 300 orang penyokong PAS berkumpul di Sg Bayor,Selama bagi membantah tindakan penguatkuasa Majlis Daerah Selama (MDS) yang mahu menurunkan kesemua bendera PAS yang dinaikkan di sekitar kawasan itu.

Difahamkan,tindakan MDS itu dibuat atas desakan kepimpinan Umno bahagian Larut kerana kawasan tersebut  bakal dikunjungi oleh TPM,Tan Sri Muhyiddin Yassin pada keesokannya(hari ini)

Walaubagaimanapun situasi beransur tenang apabila rundingan yang dibuat oleh pihak PAS yang diwakili oleh Ketua Penerangan PAS Larut,Akmal Kamaruddin dengan pihak MDS dan PDRM yang turut berada di situ bagi mengawal keadaan berjaya mencapai kata sepakat.

Pihak MDS akhirnya akur dengan tuntutan PAS agar kesemua bendera atau logo parti politik diturunkan dan ia tidak hanya tertakluk kepada pihak PAS sahaja.

Perhimpunan bersurai sebaik sahaja pihak MDS menurunkan kesemua bendera dan logo parti politik termasuklah daripada Umno BN.

Peristiwa tersebut disifatkan sebagai satu kemenangan oleh pihak PAS kawasan Larut dalam merealisasikan keadilan dalam sistem demokrasi di negara ini yang selama ini telah dinafikan Umno BN

Friday, 6 July 2012

Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA-Abby Abadi


LARUT,6 Julai 2012:Ribuan hadirin membanjiri perkarangan Tapak Pekan Selasa,Batu Kurau dalam satu program forum anjuran PAS kawasan Larut yang menampilkan seorang selebriti dan pelakon yang terkenal dalam drama bersiri kepolisian Gerak Khas,Abby Abadi.

Terdahulu,pada tarikh yang sama Abby dijadual akan menyampaikan satu forum yang bertema “Untuk Mu Wanita” di perkarangan Pejabat Majlis Agama Islam Selama(MAIS).Namun program tersebut telah dibatalkan di saat-saat akhir oleh pihak MAIS biarpun pengiklanannya telah tersebar meluas di seluruh kawasan Larut sejak sebulan yang lalu.

Dikhabarkan tindakan pembatalan itu dibuat atas arahan Menteri Besar Perak,Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Khadir yang tidak senang melihat keakraban Abby dengan PAS sejak mutakhir ini

Ekoran daripada pembatalan program tersebut,PAS Larut telah mengambil satu inisiatif dengan menjemput Abby sebagai salah seorang penyampai forum yang bertemakan “Ambang Ramadhan” pada tarikh yang sama di lokasi yang berbeza iaitu Batu Kurau.

Dalam Forum yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Larut,Ustaz Akmal Kamaruddin,Abby sempat meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak yang membatalkan programnya di Selama.”Saya tak pasti,mungkin kehadiran saya di kawasan ini boleh mengancam keselamatan negara”  katanya dengan nada sinis.

Di samping berkongsi pengalaman hijrahnya ke dalam dunia dakwah,Abby sempat menyeru kepada seluruh hadirin yang hadir agar berusaha untuk berubah menjadi manusia yang terbaik  dengan cara berbalik kepada Al-Quran dan patuhi segala hukum yang telah ditetapkan Allah.

“Siapalah kita nak melawan ketetapan Allah SWT dan sebagai manusia adalah menjadi satu tanggungjawab untuk saya dan anda saling ingat mengingati. Ujarnya lagi

Ditanya apakah harapannya kepada PAS,Abby menjawab,biarpun dirinya masih belum menjadi Ahli PAS,tetapi beliau menyokong sepenuhnya perjuangan PAS terutamanya dalam membebaskan rakyat di Negara ini daripada kezaliman pemerintah sedia ada.

“Sebagai contoh,penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA),ia adalah satu perbuatan yang zalim dan saya sangat tidak bersetuju dengan itu.

Menurut Abby,ISA telah menafikan hak rakyat untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya,tahanan dipisahkan daripada isteri dan anak-anak dalam tempoh yang panjang sedangkan masih belum terbuktipun kesalahan apa yang mereka lakukan.Kenapa mereka tidak dibicarakan?

Bebarapa minit sebelum berakhirnya program ,Abby telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) bagi menuntut  pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapam Kem Tahanan Kamunting(KEMTA) 

“Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA,entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan”Ujar Abby lagi”

 Akmal mempengerusikan forum


Hadirin tidak berganjak dari tempat duduk mereka