Friday, 30 December 2011

2012: Mendepani cabaran politik

Alhamdulillah dua hari lagi,kita akan menyambut tahun baru masihi..2011 akan meninggalkan kita dengan berbagai cerita suka dan duka.Sudah menjadi lumrah,apabila tibanya tahun baru pasti kita juga akan menanamkam azam baru.Biarpun azam tahun sudah masih belum terlaksana sepenuhnya.
Dalam konteks politik,pada perkiraan aku kita akan mendepani satu detik yang paling cemas dan getir dalam sejarah politik negara.Semua sudah sedia maklum bahawa Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman telahpun dibentangkan di parlimen pada tahun ini dan dijangka berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Satu demi satu sejarah hitam ke atas sistem demokrasi negara terus dilakarkan oleh para pemimpin UMNO Barisan Nasional
Namun kita tidak boleh mengalah,kita tidak boleh berputus asa.Kita seharusnya bersiap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.Segala cabaran dan rintangan ini sepatutnya menjadikan kita lebih berani untuk mengorak langkah ke hadapan,janganlah kita berundur walau setapak sekalipun.
Aku akui,untuk melaksanakan perubahan ini bukanlah satu kerja yang mudah.Inilah yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat dalam menyebarkan syiar Islam satu ketika dahulu.Mereka terpaksa menghadapi berbagai bentuk ancaman dan tekanan oleh golongan musyrik.Namun ianya langsung tidak mampu mematahkan semangat mereka untuk terus mara menyalakan obor dakwah,menerangi kegelapan dunia dengan cahaya Islam yang bersinar agung.
Saudara sekalian,Malaysia kini berada dalam kegelapan.Segala usaha untuk meneranginya adalah tergalas di bahu kita semua.Anak muda dengan teknologi mayanya haruslah memanfaatkan sebaik mungkin penggunaan medium baru ini.Kita tidak boleh berpeluk tubuh lagi membiarkan segala kepincangan ini terus berleluasa.Kebobrokan pemimpin gila kuasa harus dihentikan segera.Ayuhlah kita bangkit !!!

Wednesday, 28 December 2011

UNDANG-UNDANG JAHILLIAH DI MALAYSIA!!!

Mungkin para pembaca boleh membuat perbandingan di antara kesalahan jenayah di atas..
Kes pertama,seorang bekas Menteri Besar  telah merompak wang rakyat sebanyak jutaan ringgit.Motifnya adalah untuk membeli rumah banglo dan beberapa lot tanah untuk diri sendiri,isteri dan anak-anak.Namun setelah didakwa di mahkamah beliau  hanya dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan..Itu belum tentu lagi kerana dalam konteks sistem mahkamah di Malaysia sesuatu kes yang diputuskan di mahkamah tinggi boleh dirayu ke mahkamah rayuan,silap-silap boleh pilih hukuman sama ada mahu dikenakan penjara@denda sahaja.
Kes yang kedua,seorang lelaki dihukum penjara selama 36 bulan hanya kerana menyamun RM 20.Motifnya adalah untuk membeli susu untuk anak kecilnya yang sedang kelaparan.Namun,rayuannya agar hukuman dikurangkan ditolak mentah-mentah oleh mahkamah.
Realitinya,undang-undang di Malaysia saling tak tumpah seperti undang-undang yang diamalkan di zaman jahilliah,sebelum kedatangan islam.Rakyat bawahan dihukum,orang atasan dilepaskan begitu sahaja.Kalau dihukum sekalipun,hukumannya langsung tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Ayuhlah anak muda kita bangkit!! Bangkit mendobrak kezaliman,penindasan dan ketidakadilan dek kebobrokan pemimpin rakus kuasa.Kita tidak boleh berdiam diri lagi..

SELAK KAIN MASUK SYURGA…

Percayakah para pembaca bahawa terdapat seorang wanita di zaman Rasulullah yang selalu menyelak kainnya tetapi dijanjikan syurga untuknya di hari akhirat kelak,malah Rasulullah bersabda bahawa wanita ini akan masuk syurga terlebih dulu daripada puterinya Sayidatina Fatimah Az-Zahra..Wanita tersebut bernama Atiqa,seorang wanita yang digambarkan oleh Rasulullah sebagai berakhlak tersangat mulia sehingga membuatkan Fatimah teringin mengenalinya   dengan lebih dekat.

Setelah dicari akhirnya Fatimah berjaya menjumpai wanita itu..Kali pertama mengunjungi Atiqa,Fatimah tidak dibenarkan memasuki rumahnya malah diminta pulang kerana suaminya tiada di rumah ,jadi dia tidak boleh membenarkan orang lain masuk kerumahnya melainkan setelalah mendapat keizinan daripada sang suami.Beliau berjanji akan meminta izin kepada suaminya terlebih dahulu dan meminta Fatimah untuk hadir buat kali kedua selepas itu.

Fatimah kemudiannya hadir kali kedua dengan ditemani oleh seorang anak lelakinya.Buat kesekian kalinya Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana keizinan suaminya hanyalah untuk Fatimah seorang dan bukan bersama anaknya.

Kali ketiga barulah Fatimah dibenarkan masuk.Beliau mendapati wanita itu menyediakan air minuman dan rotan sambil menunggu kepulangan suaminya.Apabila si suami pulang,Fatimah mendapati wanita itu menyambut suaminya dengan baik sekali,di samping memberi minuman dengan puas,dia menyelak kainnya untuk tatapan suami danbertanya sama ada si suami inginkan dirinya

Fatimah tertanya-tanya apa guna rotan itu,katanya itulah bagi suaminya merotan dirinya jika layanan diberikan tidak memuaskan.Demikianlah wanita mulia itu menyelak kain untuk suami bukan untuk tatapan umum termasuk berjuta-juta biji mata yang menyaksikan siaran TV.

 Jadi,nasihat aku kepada Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil,jika kamu mempunyai hasrat untuk menyelak kain..Contohilah wanita seperti mana yang aku gambarkan dalam kisah di atas ..Selaklah di hadapan suami.Itu adalah lebih baik bagi menunjukkan kecintaan  kamu kepada suami daripada memberi projek lembu berjuta-juta.


Thursday, 22 December 2011

Insan OKU di Larut:Ayuh jadi seperti mereka!!

                                          
                                                            Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka tatkala
                                                            disantuni oleh pemimpin berjiwa rakyat
                                                            Dato” Seri Nizar Jamaluddin

Hati mana yang bisa menahan sebak tatkala melihat keperitan yang terpaksa ditanggung oleh dua insan ciptaan Allah yang yang sedang diuji dengan kecacatan,tidak bisa bergerak seperti insan normal yang lain.Kita ada kaki yang boleh berfungsi,mampu berjalan,berlompat dan berlari tetapi tidak pada mereka ini
Namun ada sesuatu yang tiada pada kita tapi ada pada mereka.Hati yang BERSIH,dan akal yang tajam.Hati mereka bersih kerana tahu menilai ,yang mana kotor,yang mana suci.Akal mereka tajam kerana tahu berfikir,yang mana fakta,yang mana auta?
Wahai saudara-saudaraku,tidak kira di Larut atau di seluruh Malaysia.Marilah kita sama-sama menjadi OKU seperti mereka..ORANG KUAT UJIAN@ORANG KUAT UGAMA.

 Info: OKU juga memberi maksud ORANG KUAT UMNO..Apa-apa pun,jangan silap pilih sudah.hehe(^_^)

Tuesday, 20 December 2011

ADAM ADLI,MAHASISWA & SI PENGAMPU

Saat catatan ini dirakamkan,paparan blog pro-kerajaan dan pembangkang sedang hangat membicarakan perihal seorang anak muda,Adam Adli,penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).Beliau yang hanya dianggap sebagai budak mentah oleh sesetengah pihak terus melakar nama dalam persada kebangkitan mahasiswa kerana tindakan beraninya menurunkan bendera berwajah Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC).
          ”Ini tindakan biadap”,herdik seorang pengampu.Ahh, golongan politikus pengampu memang begitu,mereka sentiasa mencari peluang untuk terus membodek dan mengampu.Mereka hanya mahukan perhatian PM,untung-untung boleh juga tercalon jadi Yang Berhormat di Dewan Negara seperti YB Senator Ezam Mohd Nor.Si katak itu menikmati segala elaun dan kemudahan oleh kerajaan hanya kerana kebijaksanaan mengampu dan menyusun kata-kata.
           “Minta Adam Adli memohon maaf secara terbuka”,bentak seorang lelaki bersongkok hitam di kaca tv.Minta maaf? Maruah anak muda yang cintakan keadilan seperti Adam Adli tidak semurah itu.Tidak ada perkara salah yang dilakukan,kenapa perlunya beliau memohon maaf? Menurunkan bendera berwajah PM hanyalah simbolik dan mesej yang ingin ditujukan kepada kerajaan agar mendengar luahan dan suara hati mereka.Persetankan segala tohmahan si pengampu dan pembodek.Kamu tidak bodoh seperti mereka.
           Pengampu seperti mereka semua hanyalah “orang-orang bodoh” yang sentiasa tertutup dan rela ditutup mata hati mereka daripada kebenaran,mereka cenderung untuk taat membuta tuli.Bodoh bukan bermakna tiada pendidikan.Aku akui ramai daripada si pengampu tersebut yang berkelulusan tinggi.Tetapi aku menganggap mereka sebagai bodoh kerana sanggup bersekongkol dengan kezaliman dan kemungkaran demi mengharapkan kedukan,harta benda dan balasan dunia yang sementara.
           Perlu diingat,golongan mahasiwa adalah golongan terpelajar dan cerdik pandai.Mereka sudah tentu tahu membezakan antara kebaikan dan kejahatan serta antara kepalsuan dan kebenaran.Pemikiran dan pandangan mereka adalah berasaskan maklumat dan fakta bukannya tuduhan melulu yang berlandaskan kepada emosi semata-mata.
            Apabila mahasiswa sudah mula bangkit dari lamunan tidur mereka,bersiap sedialah UMNO untuk menyiapkan kain kapan pada Pilihan Raya Umum(PRU) yang ke-13 nanti!!

Sunday, 18 December 2011

MONOLOG DINIHARI DI IJTIMA TARBAWI

                                        Aku di pintu masuk Dewan Dato' Haji Fadhil Mohd Noor
                                           Kolej Universiti Islam Zulkiflee Mohamad (KUIZM)
                                                   sewaktu menghadiri Ijtima Tarbawi

Ketika artikel ini ditulis,aku berada di Taman Malewar,Gombak,Selangor menghadiri Ijtimak Tarbawi pemuda PAS peringkat kebangsaan.Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi,rakan-rakan seperjuangan yang lain sudah pun melelapkan mata,ada yang tidur di khemah-khemah yang disediakan,ada yang memilih untuk tidur di masjid-masjid atau surau berdekatan.Semuanya Nampak keletihan,mungkin disebabkan jadual program yang agak padat sejak dari semalam.Terdapat daripada mereka yang terpaksa tidur hanya berbantalkan lengan serta berselimutkan kain pelekat,tidak ada tilam dan bantal empuk,tiada selimut tebal yang membaluti tubuh.Namun mereka masih sabar menunggu sehingga program yang berlangsung  selesai.Itulah pemuda PAS yang aku kenal,kehadiran mereka tidak dibayar,mereka datang bukan kerana mengharapkan balasan sebaliknya kerana keiklasan.Keikhlasan dalam perjuangan untuk menegakkan sebuah “daulah islamiyyah”.

Aku membelek-belek jadual atur cara majlis  yang telah dibekalkan kepada setiap peserta,esok adalah hari terakhir.Aturcara majlis yang bermula pukul 4.30 pagi dan berahhir pada pukul 4.45 petang nampaknya sarat dengan program-program ilmu.Ya Allah,terima kasih dan syukur kerana memilih aku untuk hadir ke ijtimak tarbawi kali ini,walaupun kehadiran aku agak lewat sedikit semalam,namun atas pertolongan Allah aku berjaya juga sampai ke destinasi dalam keadaan selamat.Kelewatan ini bukanlah disengajakan,tetapi kerana ustaz Firdaus yang membawa aku dan beberapa orang rakan untuk ke sana terpaksa singgah sebentar di sebuah surau di ipoh setelah menerima jemputan untuk menyampaikan kuliah.Bak kata pepatah “sambil menyelam minum air”,kuliah ustaz Firdaus bukan sahaja sarat dengan dengan mesej-mesej agama yang turut diselitkan dengan unsur-unsur jenaka tetapi juga adalah bertujuan untuk bemengumpul dana PEMBELA,sebuah NGO yang ditubuhkan oleh kepimpinan PAS kawasan Larut bagi membantu orang-orang miskin yang telah dipinggirkan nasib mereka oleh kerajaan UMNO.Di akhir kuliah, beliau turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan PEMBELA kepada para Jemaah di situ. Aku amat kagum sekali melihat semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan beliau.Semoga keikhlasannya dikurniakan ganjaran rahmat serta pahala oleh Allah SWT.
Kami sampai di Taman Malewar pada pukul 1.30 pagi,kelihatan ratusan kereta pengunjung sedang bersesak-sesak untuk keluar dari perkarangan majlis.Mungkin juga mereka adalah peserta atau pengunjung yang tinggal berdekatan dengan tempat majlis berlangsung.Oleh kerana itu,maka mereka memilih untuk pulang ke rumah masing-masing dan akan datang semula pada keesokan harinya.Dengan bantuan bridget beruniform merah,Unit Amal Malaysia yang sentiasa bersiap siaga mengawal lalu lintas,akhirnya berjaya juga kami masuk ke perkarangan majlis.Terdetik juga aku di dalam hati,kalaulah majlis ini adalah majlis UMNO,sudah tentu polis trafik akan memenuhi sepanjang jalan bagi mengawal kelancaran lalu lintas.Namun bukanlah mereka yang perlu dipersalahkan,mereka hanyalah kakitangan awam yang terpaksa tunduk di bawah arahan pak menteri UMNO.Teringat pula aku tentang pengalaman sewaktu menyertai konvoi anjuran pakatan rakyat dahulu bagi menuntut agar DUN Perak dibubarkan,kami terpaksa melalui tiga sekatan polis untuk sampai ke destinasi yang dituju,ramai juga rakan-rakan pemuda yang disaman atas kesalahan-kesalahan kecil.Namun tiada seorang pun daripada mereka yang mengambil keputusan untuk berpatah balik.Bagi mereka berapalah sangat nilai saman tersebut jika hendak dibandingkan dengan jumlah pahala yang dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka kerana memperjuangkan kebenaran.Terdetik sedikit kelucuan di hati aku apabila melihat gelagat seorang anggota polis yang bertanyakan soalan bodoh apabila aku menyerahkan lesen memandu,”hang pakai lesen palsu ka apa  ni”.Aku hanya mengelengkan kepala,malas untuk bertekak dengannya hanya kerana perkara remeh seperti ini.Biasalah,mereka ni anjing kerajaan,ada sahaja salah yang hendak diada-adakan.
                Itulah realiti yang berlaku di Malaysia,institusi-institusi kerajaan terus diperalatkan  bagi menjaga kepentingan UMNO Barisan Nasional.Demokrasikah negara ini? Demokrasikah negara ini jika polis sendiri gagal untuk bertindak secara adil dan saksama dalam tindakan mereka.Demokrasikah negara ini jika media-media yang sepatutnya menjadi medium untuk menambah ilmu pengetahuan sebaliknya terus dijadikan ruang untuk menambahkan kecelaruan.Demokrasikah negara ini jika kita tidak diberi peluang untuk menepis segala serangan tanpa sekatan daripada media-media bangkrap idea.Demokrasikah negara ini jika Akta Kolej Universiti (AUKU) terus membelenggu dan merantai pemikiran golongan terpelajar untuk sama-sama memuntahkan idealisme dan pandangan,berhujah dan mengkritik tanpa kongkongan.Jumlah kedatangan anak muda di Taman Malewar hari ini sudah cukup untuk memberikan jawapan itu.Adakah kerajaan masih buta?
 Anak muda masing-masing sudah tersedar daripada lamunan tidur mereka.Mereka datang dari seluruh pelusuk negeri,masing-masing sudah bersedia dan merelakan diri mereka untuk ditarbiah oleh saf kepimpin.Akidah perjuangan perlu dimantapkan,ukhuwah perlu dijalinkan.Tanpa itu semua,mana mungkin hasrat dan harapan untuk melihat Islam ditegakkan di tanah air tercinta ini akan tercapai.Lihatlah dunia,”kamilah anak muda yang akan menjadi Ansarullah,membentengi Islam daripada terjahan musuh,dan kami akan membayar harga perjuangan ini samada dengan kemenangan atau sebagai syuhada”.Kata-kata semangat itu terus bertiup di dalam jiwa dan hati kecil aku.Entah kenapa,semangat aku terus berkobar-kobar untuk bangkit melawan kezaliman,mungkin juga kerana kemarahan yang meluap-luap setelah membaca sedikit bingkisan  daripada sebuah buku yang aku beli petang tadi.Buku yang bertajuk “Memoir Tragedi Memali”,mengisahkan tentang seorang ulama’,Ustaz Ibrahim Mahmud yang telah terkorban dalam perjuangan untuk menegakkan sebuah daulah islamiyyah di negara kita.Bukan aku tidak pernah membaca kisah ini sebelum ini,ayah aku sendiri telah menceritakan kepadaku berkali-kali.Namun bagi mempersiapkan diri untuk berhujah dengan rejim zalim UMNO Barisan Nasional,kita tidak boleh bergantung kepada maklumat yang sedikit sahaja.Kita perlu mencari  dan meneroka segenap informasi yang ada.Kerap kali jugalah aku diperlekeh serta diperkecilkan oleh rakan-rakan yang lain kerana memilih untuk berada di dalam jemaah Islam ini,kononnya aku terlalu muda,dan tidak layak untuk bercakap tentang politik.Aku tidak salahkan mereka,mungkin juga masih terlalu awal untuk mereka memahami apakah erti perjuangan.”Ya Allah,apa yang aku harapkan semoga mereka diberi taufiq dan hidayah oleh mu untuk menerima perjuangan ini satu masa nanti.
 Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi tidak terdaya lagi rasanya untuk aku menongkat mata.Esok selepas solat subuh kami para peserta akan disajikan dengan sarapan minda,kuliah subuh bersama ustaz Idris Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat.Dua helai kertas putih yang digunakan untuk menulis artikel ini pun nampaknya sudah dipenuhi dakwat pen,hanya tinggal sedikit ruang untuk aku menulis penutup.InsyaAllah apabila pulang nanti aku akan menaip semula artikel ini di laptop untuk dikongsikan bersama para pembaca.Hanya sedikit perkongsian pengalaman serta cetusan idea dan pandangan daripada insan kerdil seperti aku.Apa yang baik datang daripada Allah,apa yang buruk datang daripada diri aku sendiri.Akhir kata,ayuhlah anak muda kita bangkit,persetankan segala tomahan mereka.Ingatlah firman Allah swt yang bermaksud ‘Mereka berjuang (berjihad) pada jalan Allah tanpa menghiraukan celaan orang-orang yang mencela.’ (al-Maidah :54).Sekian,aku sudahi tulisan ini dengan lafaz takbir,Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.

Bila agaknya Kapten Najmuddin(Adun Batu Kurau) nak tinggalkan UMNO?

                                                        Aku dan saudara Bob Lokman
                                 
Aku begitu kagum apabila mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh bekas pelakon,pelawak,dan penulis lirik,bob lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman pada 1 Oktober yang lalu di markaz pas Kampung Simpang Tiga Gudang,Batu Kurau,Perak.Daripada perwatakannya,jelas terpancar cahaya hidayah di wajahnya,orang yang pernah bergelumang dengan dunia hiburan yang terdedah kepada dosa kini kembali ke pangkal jalan,mengharap reda Allah untuk sama-sama berjuang di atas landasan Islam.Syabas diucapkan kepada ustaz Akmal Kamaruddin merangkap Timbalan Ketua Pemuda Pas Larut yang juga merupakan rakan facebook saya kerana berjaya menggerakkan program santai selebriti bersama anak muda pada 1 Oktober yang lalu di Batu Kurau yang menampilkan beberapa artis serta bekas artis tanah air seperti Bob Lokman,Mel (wings) dan pak long (selagi ada rindu).Satu pendekatan terbaik bagi menarik minat anak muda untuk sama-sama terlibat dalam arena politik negara.

Mungkin ramai yang masih belum sedar,apakah tujuan mereka diutuskan ke muka bumi ini.Adakah hanya untuk mencari makan dan pakai atau mencari reda Allah SWT? Sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan terbaik,saya begitu terharu sekali mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh saudara Bob Lokman.Siapa sangka orang yang pernah hidup dalam kemewahan,pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit sanggup meninggalkan segala-galanya demi untuk sama-sama memartabatkan Islam di bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Bila lagi untuk orang-orang yang berkelulusan agama dalam UMNO untuk sama-sama meninggalkan perjuangan sia-sia anda? Walaupun kamu seorang hafiz al-Quran,percayalah semua itu bukanlah jaminan untuk kamu ke syurga jika kamu sendiri menolak Jemaah yang memartabatkan Islam,menentang segala usaha yang dilakukan oleh orang lain untuk meletakkan Islam pada tempat yang sepatutnya.

Saya sendiri tidak faham kenapa orang-orang bijak pandai agama termasuk adun di batu kurau sendiri,Dato’ kapten (B) Najmuddin Ellias Al-Hafiz iaitu merupakan individu yang tinggi ilmu agamanya sanggup untuk memilih jalan yang salah iaitu bersama-sama UMNO,parti yang jelas menolak agenda penubuhan dan pelaksanaan negara yang berlandaskan kepada syariat Islam.Sebagai salah seorang rakyat di kawasan Dato’,saya berasa amat malu sekali dengan tindakan Dato’.Tindakan Dato’ itu boleh diibaratkan seperit ‘gunting dalam lipatan’,’duri dalam daging’,’api dalam sekam’ dan musuh dalam selimut kepada agama Dato’ sendiri.

Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia merubah corak pemikiran mereka,tidak guna jika pembangunan lebih diutamakan sedangkan Islam terus menerus dipijak dan disepak terajang oleh golongan atasan sebaliknya kita terus berdiam,tidak berani untuk bangkit menentang segala kepincangan.Lihat sahaja pandangan bodoh yang dibuat oleh mereka berhubung hukum hudud di kaca tv,pandangan yang boleh menyesatkan orang ramai.Mana pergi menteri agama dalam hal ini? Mungkin juga menteri tersebut sedang lena dalam singgahsana mewah yang dibina di tengah-tengah kemiskinan rakyat jelata.

‘Kami menerima hukum hudud tetapi belum bersedia untuk dilaksanakan’ Boleh atau tidak seorang menteri yang berstatus anak seorang ulamak memberi hujah dangkal seperti itu.Kalau begitu tidak perlulah ibu bapa memarahi anak-anak mereka yang tidak menunaikan solat jika anak-anak mereka turut memberi jawapan bodoh seperti menteri tersebut ‘kami masih belum bersedia’ untuk bersolat.Tidak perlulah seorang guru memarahi anak muridnya yang ponteng kelas jika pelajar itu menjawab ‘saya masih belum bersedia untuk belajar’.Tidak perlulah polis untuk menyaman individu yang memandu kereta tanpa lesen jika individu tersebut menjawab ‘saya masih belum bersedia nak ambil lesen’.Jadi adakah anda merasakan bahawa Allah akan melepaskan seseorang pemimpin yang gagal untuk mendaulatkan hukum hakamnya hanya dengan memberikan jawapan ‘kami masih belum bersedia’.Ayuh kita fikir-fikirkan bersama.

MONOLOG PERJUANGAN DI MEDAN SIASAH

Mata masih terpaku di hadapan skrin komputer riba.Otak sudah mula membeku,dahi yang tidak berkerut terus diurut.Mengharap idea terpancar dari minda yang lemas.Dua hari lagi,aku akan turun ke medan peperangan,menduduki peperiksaan STPM bagi mata pelajaran Pengajian Am kertas 2.Satu-satunya subjek yang paling aku gemari.Usai menelaah nota-nota pelajaran,minda bagaikan sudah berkarat,namun hati ini terus membentak untuk menghasilkan sebuah catatan terbaru untuk dikongsikan bersama ratusan ribu para pembaca harakah di luar sana.


Terima kasih kepada harakah yang sudi untuk menyiarkan sebuah catatan yang ditulis oleh aku pada beberapa keluaran yang lalu.”Monolog Dinihari di Ijtima Tarbawi”,hanya sedikit perkongsian pengalaman serta cetusan idea daripada insan kerdil seperti aku.Jarum jam berdetak pantas,nampaknya sudah pukul 2.40 pagi,entah kenapa terasa bagai ada sesuatu menongkat mata,rugi jika aku tidak memanfaatkan masa yang ada ini sebaik mungkin.Lebih baik jika aku tulis sesuatu yang berguna kepada orang lain,detikku di dalam hati.Tapi apa yang harus ku tulis?


Politik? Sudah tentulah,apa lagi yang harus ditulis kalau untuk disiarkan di ahkbar harakah.Mana sesuai untuk ditulis tentang gosip artis di sini,lainlah jika akhbar sensasi seperti harian metro,bahan bacaan nombor 1 dan terlaris di pasaran.Harakah juga boleh menjadi seperti itu sekiranya diterbitkan setiap hari.Tetapi apakan daya,kita terpaksa akur dengan tuntutan nafsu serakah politik pemerintah,siapalah kita untuk melawan? Seminggu hanya dua kali,kalau langgar peraturan silap-silap boleh ditarik permit keluaran.


Begitulah tahap kebebasan akhbar di negara kita.Agak jauh ketinggalan dengan negara-negara maju yang lain.Minda rakyat terus disekat untuk mendapatkan informasi.Nasib baiklah juga ada internet,medium terbaru,penyebar maklumat terpantas di abad ini.Namun hanya golongan tertentu sahaja yang tahu menggunakannya,bagaimana dengan rakyat di pedalaman? Bagaimana pula dengan rakyat yang kurang mampu? Golongan tua yang masih bergantung dengan bahan bacaan berbentuk kertas?


Sejarah telah membuktikan bahawa kezaliman tidak akan terus bermaharajalela.Lambat laun pasti akan terbongkar juga.Anak muda seperti kitalah yang akan bertindak membongkar segala kebatilan ini.”Kamu masih muda,kukuhkan ekonomi dahulu,baru bina empayar politik”.Kata-kata seorang guru kepadaku beberapa hari sebelum peperiksaan masih terngiang-ngiang di telinga.Mungkin ada benarnya,dia mahu aku menjadi orang yang berjaya.Bukan apa,nanti takut apa yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran.Namun apa yang dia tidak ketahui,penglibatan aku dalam politik bukanlah kerana mahu membina empayar.Itu bukanlah prinsip hidup aku.Kebenaran !! Itu yang aku perjuangkan.


Mungkin politik yang difahami oleh mereka dan aku jauh berbeza.Bagi aku,politik adalah perjuangan,politik adalah jihad.Memegang sebatang pensil untuk memangkah pemimpin dan parti mana yang disukai,samalah seperti memegang sebatang pedang untuk menuju ke medan peperangan.Ini soal pemerintahan,bukan perkara kecil.Kita adalah tentera-tentera Allah yang akan memastikan kemenangan Islam itu tercapai.


Ya,aku masih muda,baru berusia 19 tahun,malah masih tidak layak untuk mengundi.Untuk apa orang seperti aku berdegar-degar bercakap dan berhujah tentang politik? Ahh,persetankan segala tohmahan mereka !! Bagi aku,lebih baik tidak boleh mengundi tetapi menyokong Islam,hakikatnya orang yang layak untuk mengundi itu belum tentu lagi akan menyokong Islam.Apa yang kita perlu tahu,menolak perjuangan untuk memartabatkan Islam,samalah seperti menolak Islam.Mungkin ustaz-ustaz di dalam UMNO tidak pernah ambil tahu tentang perkara ini,sebab itu aku ingin mengesyorkan kepada mereka supaya membuang sahaja ijazah mereka yang berjela-jela itu ke dalam tong sampah.Tidak kiralah daripada Al-Azhar ataupun Jordan,ianya langsung tidak mampu menyelamatkan kamu daripada bahang api neraka jika kamu terus menyatakan sokongan terhadap kezaliman.


“Daulah Islamiyyah” itulah yang sepatutnya orang-orang macam kamu semua perjuangkan.Bukannya perjuangan taghut,”Ketuanan Melayu” yang menyesatkan. Kita masih lagi belum merdeka,luka cengkaman kuku besi penjajah masih membekas di dalam pemikiran rakyat jelata.Luka yang sudah bernanah dan membusuk ini harus dicuci segera sebelum kumannya terus merebak dan menjangkiti orang lain.Masalahnya,bagaimanakah caranya?


Sabda Nabi Muhammad SAW “Aku tinggalkan kamu dua perkara,sekiranya kamu bepegang kepadanya,nescaya kamu tidak akan sesat,itulah Al-Quran dan sunnahku.Sudah tiba masanya untuk kita menghayati erti sebenar wasiat terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah ini.”Kami beriman kepada Al-Quran dan sunnah,kami sembahyang,kami berpuasa,kami membayar zakat,malah kami juga pergi haji,jadi kami juga adalah Islam,kenapa perlunya PAS menentang kami”?.Hujah seorang lelaki yang juga merupakan penyokong tegar Umno kepadaku beberapa hari yang lalu.Begitu sempit sekali pandangannya terhadap Islam.


”Jika benar kata saudara,maka tidak perlulah baginda Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah kemudian bila sampai di Madinah baginda bentuk pula sebuah negara? Kenapa perlunya semua itu jika Islam hanyalah agama yang menuntut kepada sembahyang,puasa,zakat,dan haji? Hujah aku kepadanya.Dia mula terdiam bagai memikirkan sesuatu.”Ahh,budak macam kamu masih mentah,apa yang kamu tahu pasal politik?” Ujar lelaki itu seolah-olah ingin mengalih topik perbualan lalu pergi meninggalkan aku.Perbincangan yang pada mulanya hangat terhenti setakat itu.Itulah dunia politik,perang mulut sudah menjadi perkara biasa.Lebih dasyat lagi apabila ada penyokong tegar UMNO melontarkan hujah dangkal kepadaku di laman social facebook.”Kalau UMNO tak buat masjid.dekat mana orang PAS nak sembahyang?” Aku menggelengkan kepala “Aduh…ada juga manusia yang punya mentality seperti ini”


Perlu diingat,dosa mendaulatkan perjuangan songsang yang membelakangkan al-Quran dan hadis adalah satu penderhakaan yang tidak mampu ditebus dan dibayar oleh sejuta malah ratusan ribu juta masjid yang telah,sedang dan akan dibina oleh UMNO. ”Ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk terus menyatakan kebenaran,aku rela ya Allah,sekiranya di dalam perjuangan ini aku terkorban sebagai syuhada,jika itulah jalan terbaik.Bedilan canister(gas pemedih mata),tembakan meriam air berkimia,semuanya aku dah rasai,dan aku juga telah bersedia sekiranya selepas ini peluru hidup pula yang akan merobek dan menembusi tubuhku.Semangat aku terus berkobar-kobar bangkit.Kisah Imam Hasan Al-Bana,seorang tokoh Ikhwanul Muslimin yang aku baca sebentar tadi di Majalah Tarbawi benar-benar menyentap jiwa mudaku.


Sedarlah wahai rakyat Malaysia,saat ini,kita telah tersadai dalam bahtera karam dihempas gelora jahiliah abad 21 yang mengganas seganasnya.Bilakah masanya lagi untuk kita bangkit? Mungkinkah dengan cara revolusi seperti apa yang berlaku di Tunisia,Mesir,dan Libya? Aku tidak pernah terfikir sampai ke tahap itu.Bagi aku demokrasi adalah jalan tebaik bagi meruntuhkan sebuah kerajaan zalim yang berkuasa.Pilihan raya umum(PRU) ke 13 adalah penentu segalanya.Pilihlah satu di antara dua,sama ada Islam yang menjaminkan keadilan atau fahaman kebangsaan yang menyesatkan.Ayuhlah kita bangkit di medan siasah..Sekian,aku sudahi warkah ini dengan lafaz takbir,Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Anak muda Larut buat laporan polis

Taiping: Di atas kprihatinan terhadap agama yang semakin terhina di negara ini,beberapa orang anak muda di sekitar Larut,Perak telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bagi membuat laporan dan membantah pembikinan video klip berbentuk drama pendek yang menghina Islam,hukum hudud dan ayat suci al-Quran.
Drama bertajuk “Musim Hudud” dan “Lagi Hudud PAS” yang disiarkan di laman youtube setakat ini telah ditonton oleh ribuan pengguna internet.Pihak polis perlu mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang terlibat.”Dalam keghairahan untuk mengkritik parti-parti politik tertentu,kenapa hukum Allah yang menjadi sasaran cercaan dan hinaan?.Kami tidak boleh menerimanya”.Tegas seorang anak muda ketika ditemubual..
Tuntutan kami kepada PDRM agar mereka yang terlibat di dakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998 kerana menyiarkan bahan tontonan yang berbaur hasutan dan menghina kesucian Islam.Ujarnya lagi.
Setelah diamati satu persatu dialog yang terdapat dalam drama ini,pihak harakah turut mengakui bahawa ia bukan sahaja menghina Islam malah turut mempunyai unsur-unsur penyelewengan akidah.
Pertama dalam drama bertajuk “Lagi Hudud PAS” terdapat dialog yang berbunyi "Buat hudud pun tak jadi apa" yang dituturkan oleh seorang wanita,lalu disambung oleh seorang lelaki tua yang memegang watak sebagai Pak Haji,"makin teruk ada la".Ini merupakan penghinaan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat islam di negara kita.

Dalam drama bertajuk “Musim hudud” pula terdapat dialog yang mengatakan,”kalau orang Islam dikerat tangan kerana mencuri manakala orang bukan Islam dipenjarakan sahaja,ini tidak adil.” Kenyataan seperti ini secara jelas boleh mencetuskan perbalahan dalam masyarakat.Hal ini kerana,keadilan menurut perspektif Islam tidak boleh diperbincangkan dalam ruang lingkup yang sempit seperti yang terpapar dalam video klip tersebut.
Penghasilan  drama ini tidak menguntungkan sesiapa malah boleh mengundang kebencian ramai.Jika dibiarkan,ia akan menyebabkan lebih ramai lagi individu yang tidak berautoriti semakin berani untuk bercakap dan bertindak mentafsir Islam mengikut selera mereka sendiri

Rakyat perlu bangkit lawan kezaliman


Lihatlah anak muda dengan teknologi mayanya
telah melontar regim Hosni Mubarak Mesir jauh ke Laut Merah
tersungkur rebah dengan laungan lautan manusia

Kebangkitan rakyat yang bertali arus di bumi umat islam yang telah diperintah oleh rejim-rejim zalim selama ini benar-benar memberi rangsangan dan harapan baru kepada para pencinta kebenaran dan keadilan.Pemimpin-pemimpin yang angkuh mendabik dada,punyai kekuasaan,harta bertimbun-timbun,dikelilingi kekuatan polis dan tentera,dengan monopoli media massa negara mulai merasa bimbang dan takut.Mereka mula menyedari bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membeli rakyat dengan rasuah wang ringgit dan janji-janji manis.Semua bentuk kepura-puraann dan kebatilan telah runtuh dengan kebangkitan rakyat yang tidak dapat dibendung lagi.Jika dahulunya,rakyat dengan mudahnya dibohongi dengan sogokan maklumat dan hujah daripada satu pihak sahaja manakala pihak yang disebelah lagi dilihat tidak langsung diberi peluang untuk menangkis tuduhan dan fitnah yang dilemparkan tetapi kini tidak lagi.Generasi kini adalah generasi celik maklumat,generasi facebook dan twitter.Mereka adalah generasi yang sentiasa menginginkan kebebasan.Kebebasan untuk melontarkan idea dan pandangan,kebebasan untuk berhujah dan mengkritik tanpa konkongan.Cita-cita murni untuk membina sebuah kehidupan yang sejahtera dan aman telah digagalkan oleh sebuah pemerintahan yang terus memimpin secara tidak bertanggungjawab.

UMNO selamanya tidak akan bela Islam

Kelantangan MCA mencabar DAP untuk berdebat tentang hudud mendapat tepukan gemuruh daripada Umno,mereka seolah-olah memberi lampu hijau kepada MCA untuk terus menghina hukum Islam.Setelah konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan gagal menarik sokongan bukan Islam,Umno dengan bantuan MCA mula mengatur strategi baru dengan memasang jerat perkauman.Syabas kepada DAP kerana tidak menerima pelawaan itu.DAP tidak sebodoh Umno dan MCA,mereka tidak akan terikut dengan rentak politik perkauman Barisan Nasional
Syabas juga kepada Umno kerana setelah beberapa kali pimpinan PAS mempelawa mereka untuk berdebat dan bermuzakarah tentang hudud,kini mereka menghantar MCA sebagai wakil.Ternyata Umno memang tidak pernah ikhlas dalam perjuangan untuk memartabatkan Islam.Mereka sepatutnya sepatutnya sama-sama membantu PAS memperjelaskan kepada orang bukan Islam tentang hukum yang telah temaktub dalam al-Quran ini,bukannya bertindak mengeruhkan lagi keaadaan.Kenapa mereka tidak memanfaatkan sebaik mungkin penggunaan media-media yang dikuasai bagi memperjelaskan hudud kepada orang bukan Islam?
Sebagai satu-satunya parti yang dominan dalam Barisan Nasional,Umno perlulah lantang bersuara menyatakan pendirian.Jika sebelum ini mereka pernah menuduh PAS sebagai boneka DAP.Bagaimana pula dengan Umno? Ingin saya tegaskan bahawa Umno adalah boneka kepada MCA.
Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan bahawa beliau tidak akan berganjak dari pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud biarpun hasratnya itu ditentang DAP.Adakah itu boneka namanya?
Umno lantang mengkritik DAP sebagai rasis apabila terdapat segelintir pemimpin itu mempertikaikan negara Islam yang diperjuangkan PAS,tetapi apabila ada pemimpin MCA mengkritik islam secara terbuka,mereka hanya diam seribu bahasa.Umno tolong berhenti meludah ke langit.