Sunday, 18 December 2011

Rakyat perlu bangkit lawan kezaliman


Lihatlah anak muda dengan teknologi mayanya
telah melontar regim Hosni Mubarak Mesir jauh ke Laut Merah
tersungkur rebah dengan laungan lautan manusia

Kebangkitan rakyat yang bertali arus di bumi umat islam yang telah diperintah oleh rejim-rejim zalim selama ini benar-benar memberi rangsangan dan harapan baru kepada para pencinta kebenaran dan keadilan.Pemimpin-pemimpin yang angkuh mendabik dada,punyai kekuasaan,harta bertimbun-timbun,dikelilingi kekuatan polis dan tentera,dengan monopoli media massa negara mulai merasa bimbang dan takut.Mereka mula menyedari bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membeli rakyat dengan rasuah wang ringgit dan janji-janji manis.Semua bentuk kepura-puraann dan kebatilan telah runtuh dengan kebangkitan rakyat yang tidak dapat dibendung lagi.Jika dahulunya,rakyat dengan mudahnya dibohongi dengan sogokan maklumat dan hujah daripada satu pihak sahaja manakala pihak yang disebelah lagi dilihat tidak langsung diberi peluang untuk menangkis tuduhan dan fitnah yang dilemparkan tetapi kini tidak lagi.Generasi kini adalah generasi celik maklumat,generasi facebook dan twitter.Mereka adalah generasi yang sentiasa menginginkan kebebasan.Kebebasan untuk melontarkan idea dan pandangan,kebebasan untuk berhujah dan mengkritik tanpa konkongan.Cita-cita murni untuk membina sebuah kehidupan yang sejahtera dan aman telah digagalkan oleh sebuah pemerintahan yang terus memimpin secara tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment