Sunday, 18 December 2011

MONOLOG PERJUANGAN DI MEDAN SIASAH

Mata masih terpaku di hadapan skrin komputer riba.Otak sudah mula membeku,dahi yang tidak berkerut terus diurut.Mengharap idea terpancar dari minda yang lemas.Dua hari lagi,aku akan turun ke medan peperangan,menduduki peperiksaan STPM bagi mata pelajaran Pengajian Am kertas 2.Satu-satunya subjek yang paling aku gemari.Usai menelaah nota-nota pelajaran,minda bagaikan sudah berkarat,namun hati ini terus membentak untuk menghasilkan sebuah catatan terbaru untuk dikongsikan bersama ratusan ribu para pembaca harakah di luar sana.


Terima kasih kepada harakah yang sudi untuk menyiarkan sebuah catatan yang ditulis oleh aku pada beberapa keluaran yang lalu.”Monolog Dinihari di Ijtima Tarbawi”,hanya sedikit perkongsian pengalaman serta cetusan idea daripada insan kerdil seperti aku.Jarum jam berdetak pantas,nampaknya sudah pukul 2.40 pagi,entah kenapa terasa bagai ada sesuatu menongkat mata,rugi jika aku tidak memanfaatkan masa yang ada ini sebaik mungkin.Lebih baik jika aku tulis sesuatu yang berguna kepada orang lain,detikku di dalam hati.Tapi apa yang harus ku tulis?


Politik? Sudah tentulah,apa lagi yang harus ditulis kalau untuk disiarkan di ahkbar harakah.Mana sesuai untuk ditulis tentang gosip artis di sini,lainlah jika akhbar sensasi seperti harian metro,bahan bacaan nombor 1 dan terlaris di pasaran.Harakah juga boleh menjadi seperti itu sekiranya diterbitkan setiap hari.Tetapi apakan daya,kita terpaksa akur dengan tuntutan nafsu serakah politik pemerintah,siapalah kita untuk melawan? Seminggu hanya dua kali,kalau langgar peraturan silap-silap boleh ditarik permit keluaran.


Begitulah tahap kebebasan akhbar di negara kita.Agak jauh ketinggalan dengan negara-negara maju yang lain.Minda rakyat terus disekat untuk mendapatkan informasi.Nasib baiklah juga ada internet,medium terbaru,penyebar maklumat terpantas di abad ini.Namun hanya golongan tertentu sahaja yang tahu menggunakannya,bagaimana dengan rakyat di pedalaman? Bagaimana pula dengan rakyat yang kurang mampu? Golongan tua yang masih bergantung dengan bahan bacaan berbentuk kertas?


Sejarah telah membuktikan bahawa kezaliman tidak akan terus bermaharajalela.Lambat laun pasti akan terbongkar juga.Anak muda seperti kitalah yang akan bertindak membongkar segala kebatilan ini.”Kamu masih muda,kukuhkan ekonomi dahulu,baru bina empayar politik”.Kata-kata seorang guru kepadaku beberapa hari sebelum peperiksaan masih terngiang-ngiang di telinga.Mungkin ada benarnya,dia mahu aku menjadi orang yang berjaya.Bukan apa,nanti takut apa yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran.Namun apa yang dia tidak ketahui,penglibatan aku dalam politik bukanlah kerana mahu membina empayar.Itu bukanlah prinsip hidup aku.Kebenaran !! Itu yang aku perjuangkan.


Mungkin politik yang difahami oleh mereka dan aku jauh berbeza.Bagi aku,politik adalah perjuangan,politik adalah jihad.Memegang sebatang pensil untuk memangkah pemimpin dan parti mana yang disukai,samalah seperti memegang sebatang pedang untuk menuju ke medan peperangan.Ini soal pemerintahan,bukan perkara kecil.Kita adalah tentera-tentera Allah yang akan memastikan kemenangan Islam itu tercapai.


Ya,aku masih muda,baru berusia 19 tahun,malah masih tidak layak untuk mengundi.Untuk apa orang seperti aku berdegar-degar bercakap dan berhujah tentang politik? Ahh,persetankan segala tohmahan mereka !! Bagi aku,lebih baik tidak boleh mengundi tetapi menyokong Islam,hakikatnya orang yang layak untuk mengundi itu belum tentu lagi akan menyokong Islam.Apa yang kita perlu tahu,menolak perjuangan untuk memartabatkan Islam,samalah seperti menolak Islam.Mungkin ustaz-ustaz di dalam UMNO tidak pernah ambil tahu tentang perkara ini,sebab itu aku ingin mengesyorkan kepada mereka supaya membuang sahaja ijazah mereka yang berjela-jela itu ke dalam tong sampah.Tidak kiralah daripada Al-Azhar ataupun Jordan,ianya langsung tidak mampu menyelamatkan kamu daripada bahang api neraka jika kamu terus menyatakan sokongan terhadap kezaliman.


“Daulah Islamiyyah” itulah yang sepatutnya orang-orang macam kamu semua perjuangkan.Bukannya perjuangan taghut,”Ketuanan Melayu” yang menyesatkan. Kita masih lagi belum merdeka,luka cengkaman kuku besi penjajah masih membekas di dalam pemikiran rakyat jelata.Luka yang sudah bernanah dan membusuk ini harus dicuci segera sebelum kumannya terus merebak dan menjangkiti orang lain.Masalahnya,bagaimanakah caranya?


Sabda Nabi Muhammad SAW “Aku tinggalkan kamu dua perkara,sekiranya kamu bepegang kepadanya,nescaya kamu tidak akan sesat,itulah Al-Quran dan sunnahku.Sudah tiba masanya untuk kita menghayati erti sebenar wasiat terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah ini.”Kami beriman kepada Al-Quran dan sunnah,kami sembahyang,kami berpuasa,kami membayar zakat,malah kami juga pergi haji,jadi kami juga adalah Islam,kenapa perlunya PAS menentang kami”?.Hujah seorang lelaki yang juga merupakan penyokong tegar Umno kepadaku beberapa hari yang lalu.Begitu sempit sekali pandangannya terhadap Islam.


”Jika benar kata saudara,maka tidak perlulah baginda Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah kemudian bila sampai di Madinah baginda bentuk pula sebuah negara? Kenapa perlunya semua itu jika Islam hanyalah agama yang menuntut kepada sembahyang,puasa,zakat,dan haji? Hujah aku kepadanya.Dia mula terdiam bagai memikirkan sesuatu.”Ahh,budak macam kamu masih mentah,apa yang kamu tahu pasal politik?” Ujar lelaki itu seolah-olah ingin mengalih topik perbualan lalu pergi meninggalkan aku.Perbincangan yang pada mulanya hangat terhenti setakat itu.Itulah dunia politik,perang mulut sudah menjadi perkara biasa.Lebih dasyat lagi apabila ada penyokong tegar UMNO melontarkan hujah dangkal kepadaku di laman social facebook.”Kalau UMNO tak buat masjid.dekat mana orang PAS nak sembahyang?” Aku menggelengkan kepala “Aduh…ada juga manusia yang punya mentality seperti ini”


Perlu diingat,dosa mendaulatkan perjuangan songsang yang membelakangkan al-Quran dan hadis adalah satu penderhakaan yang tidak mampu ditebus dan dibayar oleh sejuta malah ratusan ribu juta masjid yang telah,sedang dan akan dibina oleh UMNO. ”Ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk terus menyatakan kebenaran,aku rela ya Allah,sekiranya di dalam perjuangan ini aku terkorban sebagai syuhada,jika itulah jalan terbaik.Bedilan canister(gas pemedih mata),tembakan meriam air berkimia,semuanya aku dah rasai,dan aku juga telah bersedia sekiranya selepas ini peluru hidup pula yang akan merobek dan menembusi tubuhku.Semangat aku terus berkobar-kobar bangkit.Kisah Imam Hasan Al-Bana,seorang tokoh Ikhwanul Muslimin yang aku baca sebentar tadi di Majalah Tarbawi benar-benar menyentap jiwa mudaku.


Sedarlah wahai rakyat Malaysia,saat ini,kita telah tersadai dalam bahtera karam dihempas gelora jahiliah abad 21 yang mengganas seganasnya.Bilakah masanya lagi untuk kita bangkit? Mungkinkah dengan cara revolusi seperti apa yang berlaku di Tunisia,Mesir,dan Libya? Aku tidak pernah terfikir sampai ke tahap itu.Bagi aku demokrasi adalah jalan tebaik bagi meruntuhkan sebuah kerajaan zalim yang berkuasa.Pilihan raya umum(PRU) ke 13 adalah penentu segalanya.Pilihlah satu di antara dua,sama ada Islam yang menjaminkan keadilan atau fahaman kebangsaan yang menyesatkan.Ayuhlah kita bangkit di medan siasah..Sekian,aku sudahi warkah ini dengan lafaz takbir,Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment