Sunday, 18 December 2011

MONOLOG DINIHARI DI IJTIMA TARBAWI

                                        Aku di pintu masuk Dewan Dato' Haji Fadhil Mohd Noor
                                           Kolej Universiti Islam Zulkiflee Mohamad (KUIZM)
                                                   sewaktu menghadiri Ijtima Tarbawi

Ketika artikel ini ditulis,aku berada di Taman Malewar,Gombak,Selangor menghadiri Ijtimak Tarbawi pemuda PAS peringkat kebangsaan.Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi,rakan-rakan seperjuangan yang lain sudah pun melelapkan mata,ada yang tidur di khemah-khemah yang disediakan,ada yang memilih untuk tidur di masjid-masjid atau surau berdekatan.Semuanya Nampak keletihan,mungkin disebabkan jadual program yang agak padat sejak dari semalam.Terdapat daripada mereka yang terpaksa tidur hanya berbantalkan lengan serta berselimutkan kain pelekat,tidak ada tilam dan bantal empuk,tiada selimut tebal yang membaluti tubuh.Namun mereka masih sabar menunggu sehingga program yang berlangsung  selesai.Itulah pemuda PAS yang aku kenal,kehadiran mereka tidak dibayar,mereka datang bukan kerana mengharapkan balasan sebaliknya kerana keiklasan.Keikhlasan dalam perjuangan untuk menegakkan sebuah “daulah islamiyyah”.

Aku membelek-belek jadual atur cara majlis  yang telah dibekalkan kepada setiap peserta,esok adalah hari terakhir.Aturcara majlis yang bermula pukul 4.30 pagi dan berahhir pada pukul 4.45 petang nampaknya sarat dengan program-program ilmu.Ya Allah,terima kasih dan syukur kerana memilih aku untuk hadir ke ijtimak tarbawi kali ini,walaupun kehadiran aku agak lewat sedikit semalam,namun atas pertolongan Allah aku berjaya juga sampai ke destinasi dalam keadaan selamat.Kelewatan ini bukanlah disengajakan,tetapi kerana ustaz Firdaus yang membawa aku dan beberapa orang rakan untuk ke sana terpaksa singgah sebentar di sebuah surau di ipoh setelah menerima jemputan untuk menyampaikan kuliah.Bak kata pepatah “sambil menyelam minum air”,kuliah ustaz Firdaus bukan sahaja sarat dengan dengan mesej-mesej agama yang turut diselitkan dengan unsur-unsur jenaka tetapi juga adalah bertujuan untuk bemengumpul dana PEMBELA,sebuah NGO yang ditubuhkan oleh kepimpinan PAS kawasan Larut bagi membantu orang-orang miskin yang telah dipinggirkan nasib mereka oleh kerajaan UMNO.Di akhir kuliah, beliau turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan PEMBELA kepada para Jemaah di situ. Aku amat kagum sekali melihat semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan beliau.Semoga keikhlasannya dikurniakan ganjaran rahmat serta pahala oleh Allah SWT.
Kami sampai di Taman Malewar pada pukul 1.30 pagi,kelihatan ratusan kereta pengunjung sedang bersesak-sesak untuk keluar dari perkarangan majlis.Mungkin juga mereka adalah peserta atau pengunjung yang tinggal berdekatan dengan tempat majlis berlangsung.Oleh kerana itu,maka mereka memilih untuk pulang ke rumah masing-masing dan akan datang semula pada keesokan harinya.Dengan bantuan bridget beruniform merah,Unit Amal Malaysia yang sentiasa bersiap siaga mengawal lalu lintas,akhirnya berjaya juga kami masuk ke perkarangan majlis.Terdetik juga aku di dalam hati,kalaulah majlis ini adalah majlis UMNO,sudah tentu polis trafik akan memenuhi sepanjang jalan bagi mengawal kelancaran lalu lintas.Namun bukanlah mereka yang perlu dipersalahkan,mereka hanyalah kakitangan awam yang terpaksa tunduk di bawah arahan pak menteri UMNO.Teringat pula aku tentang pengalaman sewaktu menyertai konvoi anjuran pakatan rakyat dahulu bagi menuntut agar DUN Perak dibubarkan,kami terpaksa melalui tiga sekatan polis untuk sampai ke destinasi yang dituju,ramai juga rakan-rakan pemuda yang disaman atas kesalahan-kesalahan kecil.Namun tiada seorang pun daripada mereka yang mengambil keputusan untuk berpatah balik.Bagi mereka berapalah sangat nilai saman tersebut jika hendak dibandingkan dengan jumlah pahala yang dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka kerana memperjuangkan kebenaran.Terdetik sedikit kelucuan di hati aku apabila melihat gelagat seorang anggota polis yang bertanyakan soalan bodoh apabila aku menyerahkan lesen memandu,”hang pakai lesen palsu ka apa  ni”.Aku hanya mengelengkan kepala,malas untuk bertekak dengannya hanya kerana perkara remeh seperti ini.Biasalah,mereka ni anjing kerajaan,ada sahaja salah yang hendak diada-adakan.
                Itulah realiti yang berlaku di Malaysia,institusi-institusi kerajaan terus diperalatkan  bagi menjaga kepentingan UMNO Barisan Nasional.Demokrasikah negara ini? Demokrasikah negara ini jika polis sendiri gagal untuk bertindak secara adil dan saksama dalam tindakan mereka.Demokrasikah negara ini jika media-media yang sepatutnya menjadi medium untuk menambah ilmu pengetahuan sebaliknya terus dijadikan ruang untuk menambahkan kecelaruan.Demokrasikah negara ini jika kita tidak diberi peluang untuk menepis segala serangan tanpa sekatan daripada media-media bangkrap idea.Demokrasikah negara ini jika Akta Kolej Universiti (AUKU) terus membelenggu dan merantai pemikiran golongan terpelajar untuk sama-sama memuntahkan idealisme dan pandangan,berhujah dan mengkritik tanpa kongkongan.Jumlah kedatangan anak muda di Taman Malewar hari ini sudah cukup untuk memberikan jawapan itu.Adakah kerajaan masih buta?
 Anak muda masing-masing sudah tersedar daripada lamunan tidur mereka.Mereka datang dari seluruh pelusuk negeri,masing-masing sudah bersedia dan merelakan diri mereka untuk ditarbiah oleh saf kepimpin.Akidah perjuangan perlu dimantapkan,ukhuwah perlu dijalinkan.Tanpa itu semua,mana mungkin hasrat dan harapan untuk melihat Islam ditegakkan di tanah air tercinta ini akan tercapai.Lihatlah dunia,”kamilah anak muda yang akan menjadi Ansarullah,membentengi Islam daripada terjahan musuh,dan kami akan membayar harga perjuangan ini samada dengan kemenangan atau sebagai syuhada”.Kata-kata semangat itu terus bertiup di dalam jiwa dan hati kecil aku.Entah kenapa,semangat aku terus berkobar-kobar untuk bangkit melawan kezaliman,mungkin juga kerana kemarahan yang meluap-luap setelah membaca sedikit bingkisan  daripada sebuah buku yang aku beli petang tadi.Buku yang bertajuk “Memoir Tragedi Memali”,mengisahkan tentang seorang ulama’,Ustaz Ibrahim Mahmud yang telah terkorban dalam perjuangan untuk menegakkan sebuah daulah islamiyyah di negara kita.Bukan aku tidak pernah membaca kisah ini sebelum ini,ayah aku sendiri telah menceritakan kepadaku berkali-kali.Namun bagi mempersiapkan diri untuk berhujah dengan rejim zalim UMNO Barisan Nasional,kita tidak boleh bergantung kepada maklumat yang sedikit sahaja.Kita perlu mencari  dan meneroka segenap informasi yang ada.Kerap kali jugalah aku diperlekeh serta diperkecilkan oleh rakan-rakan yang lain kerana memilih untuk berada di dalam jemaah Islam ini,kononnya aku terlalu muda,dan tidak layak untuk bercakap tentang politik.Aku tidak salahkan mereka,mungkin juga masih terlalu awal untuk mereka memahami apakah erti perjuangan.”Ya Allah,apa yang aku harapkan semoga mereka diberi taufiq dan hidayah oleh mu untuk menerima perjuangan ini satu masa nanti.
 Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi tidak terdaya lagi rasanya untuk aku menongkat mata.Esok selepas solat subuh kami para peserta akan disajikan dengan sarapan minda,kuliah subuh bersama ustaz Idris Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat.Dua helai kertas putih yang digunakan untuk menulis artikel ini pun nampaknya sudah dipenuhi dakwat pen,hanya tinggal sedikit ruang untuk aku menulis penutup.InsyaAllah apabila pulang nanti aku akan menaip semula artikel ini di laptop untuk dikongsikan bersama para pembaca.Hanya sedikit perkongsian pengalaman serta cetusan idea dan pandangan daripada insan kerdil seperti aku.Apa yang baik datang daripada Allah,apa yang buruk datang daripada diri aku sendiri.Akhir kata,ayuhlah anak muda kita bangkit,persetankan segala tomahan mereka.Ingatlah firman Allah swt yang bermaksud ‘Mereka berjuang (berjihad) pada jalan Allah tanpa menghiraukan celaan orang-orang yang mencela.’ (al-Maidah :54).Sekian,aku sudahi tulisan ini dengan lafaz takbir,Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment